Monday, September 30, 2013

Misteri di sebalik Vatican City












Pertamanya, timbul satu tanda tanya, mengapa Pusat terbesar pentadbiran Gereja Kristian Katolik adalah di Vatican City, Rome, Italy? Kenapa bukan di tempat lahir dan mengajarnya Nabi Isa a.s (dalam Bahasa Arab) , Yesus (Bahasa Melayu), Jesus (Bahasa Inggeris), atau nama sebenarnya iaitu Yeshua (Bahasa Ibrani)? Sepertimana kita ketahui, Yesus lahir di Bethlehem (dalam bahasa Arabnya Baitul Laham), Palestine. Dan ada juga pendapat mengatakan Yesus lahir di Nazareth. Maka mengapa tidak tertubuhnya pusat pentadbiran Katolik di sana?


Jika pusatnya di negara lain tidak mengapa lagi, tetapi mengapa Italy atau dengan kata lainnya negara bangsa Roman itu juga yang menjadi pentadbirnya? Kata kunci yang boleh dberitahu, Vatican City yang menyebarkan Kristian adalah lahir dari pengaruh POLITIK kerajaan ROM dan sebenarnya ada dalang di sebaliknya.


Yesus lahir di bawah pentadbiran kerajaan Rom


Lahirnya Yesus adalah di sebuah tempat bernama Bethlehem di Palestine. Waktu itu kerajaan yang menguasai tempat itu ialah kerajaan Rom. Dipendekkan cerita, selepas Yesus menyebarkan ajaran Tauhidnya, dia dituduh sebagai pembawa ajaran sesat oleh orang2 Yahudi. Maka Yahudi dan kerajaan Rom telah sepakat untuk mengenakan hukuman salib terhadap Yesus.


Tetapi tidak kah anda merasa pelik, mengapa akhirnya kerajaan Rom dan orang2 berketurunan Yahudi sendiri yang menyebarkan agama Kristian? Termasuklah Paulus kerana Paulus adalah keturunan Yahudi dari sebelah bapanya. Yesus dituduh membawa ajaran sesat, tetapi akhirnya mereka sendiri yang menganut dan menyebarkan ajaran itu. Pelik tetapi benar bukan? :)


Yang lagi peliknya, ketika pemerintahan raja Konstantin, persidangan Niceae telah diadakan pada 325 AD (iaitu 325 tahun selepas kelahiran Yesus) yang mana hasil dari persidangan tersebut telah sepakat mengatakan bahawa Yesus itu adalah anak Tuhan ataupun penjelmaan Tuhan dalam bentuk manusia. Ini bermakna Yesus diangkat menjadi Tuhan hasil dari UNDIAN manusia. Yesus dianggap sebagai Tuhan selepas 300 tahun ketiadaannya. Begitu lama masa yang diambil untuk mengangkat Yesus sebagai Tuhan.


Yesus sendiri tidak pernah mengaku sebagai Tuhan atau anak Tuhan dan tiada bukti dalam Bible yang mengatakan dia adalah Tuhan. Sedangkan raja Konstantin yang bertanggung jawab dalam persidangan Nicaea itu sendiri diragui keimanannya dalam Kristian oleh orang2 Kristian sendiri. Ada pendapat dalam Kristian sendiri mengatakan bahawa raja Konstantin memeluk Kristian kerana menjaga keamanan di dalam empayarnya semata-matakerana waktu itu terlalu banyak berlaku selisih faham dan pecah-belah. Maka siapakah dalang yang telah membonekakan raja Konstantin?



Vatican City menjadi pusat pentadbiran Kristian Katolik dan pelbagai misteri


ufo in vaticanZaman demi zaman berlalu, manusia pun sudah ramai yang lupa dan mengabaikan kisah2 lalu. Kini, Vatican City yang terletak di negara bangsa Rom iaitu Italy telah menjadi pusat pentadbiran bagi gereja2 Kristian Katolik iaitu mazhab Kristian yang paling ramai pengikutnya. Walaupun ia terletak dalam Rome, Italy, tetapi ia sebenarnya telah menjadi sebuah negara tersendiri sejak 1929 , secara ringkasnya negara kecil dalam sebuah negara besar.


Di sebalik itu, muncul banyak kisah misteri yang berkaitan dengan Vatican City. Antaranya ialah kemunculan UFO(Unidentified Flying Object) di sana dan desas-desus mengatakan Vatican City ada hubungan dengan makhluk yang menjadi misteri di dunia sekarang ini. Dan mengikut kajian, UFO itu sendiri sebenarnya adalah berkait rapat dengan Illuminati.


Vatican City dikaitkan dengan 'Black Magic' dan banyak simbol dan gambar di Vatican City yang berunsurkan sihir. Gambar2 dan patung manusia telanjang pun banyak. Sedangkan dalam 10 commandments, Tuhan telah melarang membuat patung apa saja. Tetapi di sini, gereja sendiri telah melakukan larangan dalam 10 Commandments itu. Jika Vatican sendiri tidak segan silu dengan patung dan gambar manusia2 telanjang, apa lagi orang awam?


Pembunuhan Pope-pope Vatican juga telah banyak berlaku, kononnya Pope-pope itu dibunuh kerana tidak memberi kerjasama kepada pergerakan rahsia itu. Pope yang bersekongkol dengan mereka akan dapat bertahan lama biasanya.


Vatican City juga dikaitkan bersekongkol dengan Zionis. Mengapa Zionist yang juga satu pakatan dari Illuminati mahu berbaik dengan Vatican City? Kerana melalui Vatican City mereka boleh mempengaruhi amat ramai umat manusia dan menjalankan operasinya secara halus. Dari dahulu lagi mereka tahu bahawa Vatican City mempunyai pengaruh yang besar terhadap dunia, maka tiada lain melainkan cuba mempengaruhi Vatican City itu sendiri secara halus untuk melaksanakan impian mereka.

Friday, September 20, 2013

SEJARAH KERAJAAN ISLAM SRI WIJAYA



Pemandangan Gunung Jerai yang dilihat dari Pantai Merdeka, Kedah

--------------------------------------------------------------
Kedatangan Sharifah Mariam al-Jefri bersama dengan suaminya, DYMM Raja Merong Maha Wangsa ke Kedah untuk menyebarkan agama Islam keseluruh Nusantara. Gerombolan mereka datang ke Kedah dengan Kapal Arang beserta candi batu berlubang ditengah untuk memacak bendera atau panji kalimah syahadah berwarna merah dan gambar naga berwarna hijau. Candi batu berlubang tersebut kini disimpan oleh pihak muzium negeri Kedah. Sebelum kedatangan baginda bersama isterinya, Wali Abdal Syed Jamal al-Jefri telah memberi arahan agar membuka kerajaan yang dekat dengan sebuah gunung yang mempunyai masjid milik putera nabi Allah Nuh a.s. yang bernama Yafis, orang siam mengelar Yafis sebagai Tok Kong yang bermakna dalam bahasa Melayu Siam iaitu Datuk Puak. Selepas kematian Yafis atau Tok Kong generasi selepas beliau membuat gambar Tok Kong dan memuja serta menyembah gambar tersebut. Kedatangan Raja Iskandar Zulkarnain ke negeri Kedah ialah untuk menghapuskan amalan khurafat mereka dan membawa ajaran Nabi Allah Ibrahim a.s. ke sebelah sini. Putera Raja Iskandar Zulkarnain bernama Phonain dengan bahasa Melayu Siam bermakna 'Lelaki Putera Raja Iskandar Zulkarnain'. Phonain telah banyak membina bangunan purba di sekitar Gunung Jerai, Kemboja, Laos dan Vietnam termasuklah bangunan Angkor yang dirampas oleh Raja Khameang Thai dan Raja Anam. Kawasan ini banyak ditumbuhi dengan pokok Rhu. Bukti adanya bangunan purba di sekeliling gunung Jerai telah di temui oleh ahli-ahli arkeologi. Bangunan-bangunan ini telah dirobohkan oleh tentera Thai dan British selepas mereka berjaya membunuh Maharaja Melayu DYMM Sultan Jaafar Muadzam Shah pada tahun 1876 yang di tangkap di Kota Pulau Tiga, Sungai Merbuk Kedah.
--------------------------------------------------------------------------------------

Gerbang Pintu Masuk KUALA BAHANG ke Penempatan Para Pedagang dan Pelawat di Pelabuhan Melaka, Kedah

Thursday, September 19, 2013

Asal usul kerajaan Islam Daerah Pattani Dan Legeh Kelantan


ejarah realiti pembukaan Negeri Pattani ialah sebenarnya dibuka oleh Puteri Sultan Kedah Syburi Benua Siam Kedah DYMM Sultan Syeikh Ali @ Tabim Sheikh Ali pada tahun 1546M. Puteri Syburi tersebut digelar dengan nama Nang Che Yam. Sila rujuk buku sejarah DGE Hall (History of South East Asia). Dalam hikayat Pattani menyebut namanya sebagai Ratu Hijau. Dalam penulisan Thailand ayahnya digelar Tabim Shwehti. DYMM Sultan Syburi Kaifa Tabim Syeikh Ali dengan bantuan tentera upahan Portugis @ Bugis telah meluaskan empayar Kedah Merong Maha Wangsa dari Martaban ke Pegu iaitu dari utara Mynmar hingga ke selatan Mynmar. Nang Che Yam merupakan anak saudara Zahiruddin Bahadur Shah. Nang Che Yam telah dihantar ke wilayah baru untuk menjadi Ratu Pattani, beliau memerintah di sana dan bapa saudaranya telah menghantar anak saudaranya seorang putera Raja Jammu Kashmir India, yang bernama Raja Ismail untuk dikahwinkan dengan Nang Che Yam. Wilayah Pattani telah menjadi maju selepas adanya pemerintah di sini.


Lukisan lama milik Belanda menunjukkan perarakkan kerabat Kedah Merong Maha Wangsa dari Jammu Kashmir bersama askar Upahan Portugis yang berkhidmat dengan tentera Kedah Merong Maha Wangsa, manakala askar Islam Kedah Merong Maha Wangsa berjubah

Jammu Pattani perkataan bahasa Melayu Siam bermaksud seperti berikut, Jammu maknanya beg tangan dan Pattani bermakna kain corak ini. Perkara tersebut berhubung dengan perkahwinan Ratu Nang Che Yam dengan putera Raja Jammu Kashmir India yang bernama Raja Ismail Jammu Pattani @ Thunag Pa dan bahasa Melayu Siamnya bermaksud Raja Ismail bawa kain dengan tunda kapal kain yang berat.

Raja Kedah Syburi DYMM Sultan Kaifa Tabim Sheikh Ali ibni Almarhum Sultan Rijaluddin Muhammad Syah (Rama Tibodi II) ini telah melantik menantunya Raja Ismail menjadi Raja Pattani. Maka Raja Ismail dan Isterinya Nang Che Yam telah membina kota di Chabang Tiga negeri Pattani.

Di bawah ini ialah salasilah Ratu Hijau (Nang Che Yam)



DYMM Sultan Sheikh Ali dan puterinya Ratu Hijau Nang Che Yam pernah melawat adindanya Raja Siam Ayuthia ke-15 yang bernama Raja Yaakub Jalil Syah Raja Langkasuka Kedah di Pulau Langkawi. Kesan sejarah peristiwa tersebut digelar Teluk Ewa, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman Malaysia. Sultan Sheikh Ali digelar Ewa kerana baginda Sultan ialah Putera Sulong Sultan Rijaluddin Muhammad Syah (Rama Tibodi II) tahun 1491M.

Monday, September 16, 2013

Empayar Kedah Tua MERONG MAHA WANGSA


KEDAH sebuah empayar yang berdaulat dan mempunyai keluasan dari Hanoi hingga ke Perth, Australia dan Tasmania. Pulau Hainan ialah sempadan meritimnya dengan kerajaan CHINA, manakala Pulau Sanglang @ CEYLON (Sri Lanka) ialah sempadan meritimnya dengan kerajaan Islam Delhi Moghul INDIA. Manakala selatan bandaraya Chittagong iaitu kerajaan Islam Melayu Tenangsari @ TENASSARIGN (Myanmar) hingga ke kepulauan Pasifik juga merupakan kawasan Empayar Teratai ini. Sebab itulah kita dapati bangsa Polynesia, contohnya kepulauan Fiji, Jepun, Taiwan dan di Pulau Hainan ada setengah perkataannya dan nombornya sama dengan bahasa Melayu.



Berdasarkan makam Syeikh Abdul Qadir ibni Almarhum Hussein Shah Alam pada tahun 904 Masihi dan salasilah raja-raja Kedah, ternyatalah bahawa Islam telah dibawa ke Kedah oleh Syarifah Mariam al-Jefri bersama dengan suaminya Maharaja Melayu DYMM Merong Maha Wangsa, cucu Maharaja China dinasti Tang iaitu Sai Tee Sung sekitar tahun 700 dan 750 Masihi. Beliau merupakan nenek moyang kepada keturunan raja-raja Kedah Merong Maha Wangsa sekarang. Dari keturunan Quraisy Ahlul-Bait Ajam Bani Hashim. Ditangan merekalah dengan arahan Syed Jamal al-Jefri yang menetap di China dipertanggungjawabkan menyebarkan Islam di wilayah ini.

-----------------------------------------------------------------------------

Meriam Kerajaan Islam Palembang yang bertarikh 1225H(1810M) di Kota Ligor-Kedah, Nakon Sritamarat, Thailand
--------------------------------------------------------------------------------
Oleh kerana itu keturunannya diberi ufti berupa bunga emas setiap tahun sebagai tanda taat setia oleh raja-raja daerah walaupun dimana mereka bersemayam samaada di kerajaan Islam Palembang Darus Salam, Ayuthia, Kencanapuri, Toung Oo, Ligor, Kerajaan Islam Selangor, Kerajaan Islam Dili Timur Timur, Kerajaan Islam Beruas, Bugis Goa @ Makassar, Bandar Hilir Melaka-Johor Riau, Kerajaan Islam Aceh-Pasai, Siak, Jambi, Kerajaan Islam Albani ( Perth ) , Kerajaan Islam Amanilla, Sulu, Brunei, Kerajaan Islam Pattani-Legeh, Kerajaan Islam Papua, Kerajaan Islam Demak, Mataram dan lain-lain. Dan lebih menyebabkan kemarahan musuh-musuh Allah terutamanya British bila raja-raja Melayu ini turut diberi penghormatan istemewa oleh kerajaan Monggol Turki Usmaniyyah, Delhi Moghul India dan Kerajaan Islam China kerana raja-raja Melayu ini berketurunan Rasulullah S.A.W dan berdarahkan nabi Allah Iskandar Zulkarnain dari darah cucu cicit DYMM Raja Merong Maha Wangsa, sehingga Col. James Low pengkaji sejarah dahulu menganggap binaan-binaan di Semenanjung Melaka ini adalah dari penganut-penganut agama Hindu dan Buddha.


Gerbang Purba KOTA STAR

Thursday, September 12, 2013

Penemuan Terbaru - Patung gergasi Firaun Amenhotep III











Para ahli arkeologi menemui sebuah patung gergasi kepada Firaun terkenal Mesir, Amenhotep III, di kuil persemayamannya di kota Luxor, selatan Mesir, menurut pihak berkuasa barangan purba pada hari Selasa.

Patung setinggi 13 meter tersebut ditemui terkubur dalam tujuh bahagian di kuil persemayaman Amenhotep III di Kom al-Hitan.

Patung itu merupakan salah satu dari dua patung yang ditempatkan di pintu masuk utara kuil dan kemungkinan hancur ketika gempa yang melanda pada tahun 27 SM, menurut pernyataan pihak berkuasa barangan purba.

"Kumpulan arkeologi kini sedang bekerja untuk membersih, memulih serta mengumpulkan tujuh bahagian patung itu. Kepala patung itu juga sedang dicari," tulis pernyataan itu. Pernyataan itu juga menyebutkan kembar patung tersebut diharap akan segera ditemui.

Amenhotep III, yang memerintah Mesir antara tahun 1390 hingga 1352 SM, merupakan ayah kepada Akhenaten, sang "firaun sesat" yang dianggap sebagai pendorong ajaran monoteisme kerana dia memperlakukan peraturan untuk penyembahan tunggal terhadap Dewa Aten.

Tuesday, September 10, 2013

Kota purba yang hilang dijumpai di Dardanelles, lebih tua dari Troy












Ahli-ahli arkeologi mengumumkan penemuan penempatan kuno di tepi Dardanelles, Turki, menganggarkan bahawa runtuhan yang ditemui itu mungkin berusia kira-kira 7,000 tahun.

Jika benar, dakwaan itu akan menjadikan penempatan itu sebagai yang tertua di rantau ini, lebih tua dari kota kuno Troy, sebuah pusat perdagangan Mediterranean purba.

Rüstem Aslan, penolong presiden Jawatankuasa penggalian Troy, menyatakan bahawa runtuhan itu terletak berhampiran bandar Erenköy dalam wilayah Çanakkale, dan paras laut yang semakin meningkat perlahan-lahan telah mengambil sebanyak 90 peratus daripada tapak ini.

Runtuhan bandar yang luas tetap kekal, dan ahli-ahli arkeologi telah menjumpai tembikar dan artifak lain yang memberikan pembayang bahawa bandar itu mungkin pernah menjadi pusat perdagangan purba.

Aslan menjelaskan bahawa penemuan penempatan itu akan menjadi bahagian penting dalam mentafsirkan masa lalu prasejarah Dardanelles, yang mana ahli-ahli arkeologi masih mengetahui sangat sedikit.

Tidak ada maklumat mengenai penempatan ini dalam mana-mana peta atau dokumen. "Kita dengan mudah dapat melihat tinggalan penempatan yang berusia 7,000 tahun yang hilang di sini," katanya. "Kita boleh memanggil tempat ini sebuah kota yang hilang."

[Todays Zaman - 28 Sept 2011 , Unikversiti]

Monday, September 9, 2013

Penemuan Mumia Anjing Di Mesir...














Penggalian dari kubur bawah tanah di bawah gurun Mesir telah mendedahkan sisa berjuta-juta mumia anjing dan serigala, penyelidik British mengatakan.

Projek The Catacombs of Anubis, yang dipimpin oleh Paul Nicholson dari School of History, Archaeology and Religion, sedang memeriksa sebuah rangkaian terowong bawah padang pasir di Saqqara, Mesir. Terowong itu dijadikan kubur bawah tanah untuk pengebumian haiwan suci bagi dewa Anubis yang berkepala anjing atau serigala. Tarikh kuburan bawah tanah itu ialah 747-730 SM.

Kuburan itu dikatakan didedikasikan untuk dewa yang berkepala anjing atau serigala, iaitu Anubis, yang juga dikenali sebagai dewa kematian.

Kubur bawah tanah anjing ini telah diketahui sejak abad ke-19 lagi tetapi belum pernah digali sebelumnya. Anggaran pasukan penggalian terbaru adalah bahawa sebanyak 8 juta haiwan - kebanyakan dari mereka ialah anjing atau serigala - dikuburkan di sana.

Kajian pada tulang-tulang haiwan itu menunjukkan bahawa usia mereka hanya beberapa jam atau hari tua ketika mereka dibunuh dan dijadikan mumia. Hal ini kemungkinan anjing dibiakkan dalam ribuan jumlahnya di ladang anjing khusus sekitar ibu negara Mesir kuno iaitu Memphis.

Dr Nicholson berkata: "Penemuan kami menunjukkan pandangan yang agak berbeza tentang hubungan antara manusia dan binatang yang mereka sembah yang lain yang biasanya berkaitan dengan orang Mesir kuno, kerana banyak binatang dibunuh dan dijadikan mumia ketika umurnya hanya beberapa jam atau hari. Haiwan-haiwan ini bukanlah 'korban'. Sebaliknya dedikasi dari mumia haiwan dianggap sebagai tindakan amal baik, dengan binatang bertindak sebagai perantara antara penderma dan para dewa. "
Anubis
Projek ini baru sahaja memenangi Andante Travels Archaeological Award for 2011 untuk suatu karya yang mempunyai kepentingan bagi arkeologi dan daya tarikan awam. Andante Travel adalah sebuah syarikat British yang mengkhususkan diri dalam pelancongan arkeologi dan penghargaan £2,000 akan menyokong kerja-kerja lebih banyak, termasuk penanggalan radiokarbon dari fasa pembinaan kubur bawah tanah tersebut.



Projek ini telah dibiayai sebahagian oleh Fakulti Sejarah, Arkeologi dan Agama / School of History, Archaeology and Religion dan oleh National Geographic.

Sumber - Cardiff University

Sunday, September 8, 2013

Gempar Penemuan Kota Mesir kuno yang hilang di dasar Laut Mediterranean

Ia adalah sebuah kota yang diselubungi mitos, ditelan oleh Laut Mediterranean dan tertanam di dalam pasir dan lumpur untuk lebih daripada 1,200 tahun. Tetapi kini ahli arkeologi telah membongkar misteri Heracleion, mendedahkan artifak-artifak menakjubkan yang dipelihara dengan baik.

Franck Goddio dan pasukan penyelamnya memeriksa patung firaun. Patung amat besar itu dibina dari granit merah dan berukuran lebih 5 meter


Dikenali sebagai Heracleion oleh orang-orang Yunani purba dan Thonis kepada orang-orang Mesir purba, kota (bandar) ini telah ditemui semula pada tahun 2000 oleh ahli arkeologi bawah air Perancis iaitu Dr Franck Goddio dan pasukan dari European Institute for Underwater Acheology (IEASM) selepas satu kajian geofizik selama empat tahun. Runtuhan kota yang hilang itu ditemui 30 kaki di bawah permukaan Laut Mediterranean di Aboukir Bay, berhampiran Alexandria.

Franck Goddio dengan tugu Heracleion utuh dan bersurat (1.90 m)


Penyelidik juga telah mendedahkan pelbagai artifak keagamaan di bandar tenggelam itu, termasuk ukiran batu 16 kaki dianggap telah menghiasi kuil pusat bandar dan sarcophagi batu kapur yang dipercayai  mengandungi haiwan mumia.

Tetapi di sebalik semua keseronokan ke atas penggalian itu, satu misteri tentang Thonis-Heracleion kekal sebahagian besarnya tidak dapat diselesaikan: Mengapa sebenarnya ia tenggelam? Pasukan Goddio mencadangkan berat bangunan besar di gelanggang tanah liat menyebabkan air masuk di rantau ini dan tanah pasir mungkin telah menyebabkan bandar tenggelam ekoran gempa bumi.





UFO Sudah Ada Pada Zaman Purbakala

Tahukah anda terdpat banyak  lukisan-lukisan zaman lama dulu iaitu zaman sebelum adanya lagi televisyen, internet dan sebagainya, yang di dalamnya terdapat objek seakan akan UFO , piring terbang, makhluk aneh dan seumpamanya. 

Ini bermakna, penampakan UFO-UFO itu sudah ada sejak dulu lagi. Akan tetapi teori yang mengatakan makhluk-makhluk asing itu ialah alien dari planet lain, saya rasa itu tidak munasabah. Kerana dari kajian-kajian, yang saya lihat makhluk-makhluk itu adalah sebenarnya para jin dan sewaktu dengannya.
Di bawah adalah lukisan2 tersebut..

Musa menerima Sepuluh Perintah dengan UFO di langit. Lukisan ini dari sebuah laci kayu yang disimpan di Earls D'Oltremond di Belgium.


UFO di langit ketika pembabtisan Yesus. Ini adalah lukisan yang bertajuk 'The Baptism of Christ' dilukis pada tahun 1710 oleh Aert De Gelder.


Saturday, September 7, 2013

Artifak Emas Yang Ditemui Didalam Piramid..

Bayangkan bagaimana ribuan tahun yang lalu manusia sudah dapat mencipta atau menghasilkan barang-barang seperti di bawah ini.

Antara artifak-artifak yang diperbuat dari emas yang ditemui dalam piramid, dalam makam-makam diraja Mesir kuno dan persekitarannya;

Ikat emas pada gigi - tahun 2,000 SM
Pisau cukur dari makam Sithathoryunet, dari dinasti ke 12 , 1887–1813 SM. Diperbuat dari emas, gangsa dan tembaga aloi. 


Eye of Horus bracelet. Diperbuat dari emas, lapis lazuli dan beberapa bahan lagi. Ditemui pada makam Raja Shoshenq II, 890SM. 


Friday, September 6, 2013

Gempar!! Tulisan dari masa Nabi Daud & Nabi Sulaiman ditemui berhampiran Gunung Kuil

Bekerja berhampiran Gunung Kuil (Temple Mount) di Jerusalem, ahli arkeologi dari Hebrew University of Jerusalem iaitu Dr Eilat Mazar telah menemui teks terawal abjad ditulis pernah ditemui di bandar itu.

Tulisan dari masa Nabi Daud & Nabi Sulaiman

Tulisan (inskripsi) yang terukir pada pithos besar, balang seramik tidak bertengkuk ditemui dengan enam lagi di tapak penggalian Ophel. Menurut Dr Mazar, tulisan, dalam bahasa Kanaan, adalah satu-satunya yang ditemui di Jerusalem dan tambahan penting kepada sejarah bandar ini.

Bertarikh abad kesepuluh SM, artifak itu wujud sebelum dua ratus lima puluh tahun paling awal tulisan Hebrew yang dikenali dari Jerusalem, iaitu dari tempoh Raja Hizkia (Hezekiah) pada akhir abad kelapan SM.

Seorang ahli arkeologi generasi ketiga yang bekerja di Institut Arkeologi Universiti Hebrew, Dr Mazar mengarahkan penggalian arkeologi di puncak Kota Daud dan di dinding selatan Gunung Kuil.

Penemuan itu akan diumumkan pada kertas tugasan oleh Dr Mazar, Prof Ahituv Shmuel Ben-Gurion dari University of the Negev, dan Dr David Ben-Shlomo dari Universiti Hebrew, berikutan kajian yang menyeluruh terhadap artifak tersebut. Prof Ahituv mengkaji tulisan dan Dr Ben-Shlomo mengkaji komposisi bahan-bahan seramik. Kertas bertajuk, "An Inscribed Pithos From the Ophel," muncul dalam Israel Exploration Journal 63/1 (2013).

Tulisan ini telah terukir berhampiran tepi balang sebelum ia dipecat, dan hanya serpihannya telah dijumpai, bersama-sama dengan serpihan enam balang besar jenis yang sama. Serpihan telah digunakan untuk menstabilkan bumi mengisi bawah lantai dua bangunan yang mereka telah ditemui, yang bermula dengan awal Zaman Besi IIA (abad ke-10 SM). Analisis komposisi tanah liat balang menunjukkan bahawa mereka semua dibuat oleh pembuat yang sama, dan mungkin berasal dari negara pusat bukit berhampiran Jerusalem.

Menurut Prof Ahituv, tulisan tidak lengkap dan mungkin serpih di sekitar bahu balang, manakala bakinya hanya akhir tulisan dan satu surat dari awal. Tulisan ini terukir dalam skrip proto-Kanaan / awal Kanaan kesebelas hingga kesepuluh abad SM, yang pra-tarikh pemerintahan Israel dan kelaziman skrip Ibrani (Hebrew).

Dibaca dari kiri ke kanan, teks mengandungi gabungan huruf kira-kira 2.5 cm tinggi, yang diterjemahkan kepada m, q, p, h, n, (mungkin) l, dan n. Oleh kerana gabungan surat ini tidak mempunyai makna dalam bahasa yang diketahui Barat Semitik, maka makna tulisan itu tidak diketahui.

Ahli-ahli arkeologi mengesyaki tulisan tersebut menyatakan kandungan balang atau nama pemiliknya. Kerana tulisan itu tidak dalam bahasa Ibrani, ia mungkin telah ditulis oleh salah seorang penduduk bukan Israel di Jerusalem, mungkin Yebus, yang merupakan sebahagian daripada penduduk bandar di masa raja Daud dan Sulaiman.

Penggalian di tapak ini dijalankan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, Lembaga Alam dan Taman Israel, dan Syarikat Pembangunan Jerusalem Timur. Tapak ini adalah dalam taman negara di sekeliling dinding Kota Lama Jerusalem, berhampiran dinding selatan kawasan Gunung Kuil. Pihak Berkuasa Antikuiti Israel mengekalkan tapak penggalian itu sebagai sebuah Taman Negara terbuka kepada orang ramai.

Penggalian dijadikan kenyataan melalui sumbangan murah hati oleh Daniel Mintz dan Meredith Berkman New York. Peserta dalam penggalian termasuk pelajar dan pekerja Israel, bersama-sama dengan pelajar atau alumni dari Kolej Herbert W. Armstrong dihantar ke Baitul Maqdis dari Edmond, Oklahoma untuk mengambil bahagian dalam penggalian.

[Eurekalert , Hebrew University of Jerusalem]


Misteri Kerajaan Purba di Nepal

Tersembunyi dalam banjaran Himalaya, 155 kaki dari tanah, gua buatan manusia ini adalah salah satu misteri terbesar dunia dalam bidang arkeologi.

Misteri kerajaan purba ditemui di Nepal

Beribu-ribu lubang yang dipahat, tebing berpasir rapuh berwarna dalam gaung yang begitu besar yang membuatkan Grand Canyon tampak kerdil.

Bilangan gua yang menakjubkan, beberapa digali ke tepi tebing, yang lain diterowongkan dari atas, berusia beribu-ribu tahun, tetapi siapa yang membina dan mengapa masih menjadi misteri.

Misteri kerajaan purba ditemui di Nepal

Dianggarkan 10,000 gua misteri buatan manusia ini telah ditemui di bekas Kerajaan Mustang di Utara, Tengah Nepal. Mereka yang telah melihat gua misteri ini mengatakan kesan daripada mereka di muka tebing membuatkan ia kelihatan seperti sebuah istana pasir gergasi.

Jurugambar pengembaraan, Cory Richards menyertai pendaki Pete Athans, ahli arkeologi Mark Aldenderfer dan pasukan penjelajah untuk mencungkil peninggalan tersembunyi gua purba dan terpencil ini.

Misteri kerajaan purba ditemui di Nepal

Thursday, September 5, 2013

Benarkah Istana Nabi Daud Ditemui ??

Ahli-ahli arkeologi di Jerusalem telah mendedahkan dua bangunan besar yang sesuai bagi seorang raja - iaitu Raja Daud.

Ahli-ahli arkeologi dakwa mereka temui Istana Nabi Daud

Sepanjang tahun yang lalu, ahli-ahli arkeologi telah menggali tapak yang mereka percaya adalah menjadi bandar Judah dari Shaarayim, di mana Daud memukul Jalut seperti yang dinyatakan dalam Alkitab (Bible).

"Runtuhan itu adalah contoh terbaik setakat ini bandar kubu tertutup Raja Daud," kata profesor Yossi Garfinkel dari Universiti Hebrew dan Saar Ganor, yang mengetuai penggalian. "Ini adalah bukti yang tidak dapat dinafikan kewujudan kuasa pusat di Judah pada zaman Raja Daud."

Shaarayim, sepertimana ia telah dipanggil dalam Alkitab, dianggap sebagai bandar moden Khirbet Qeiyafa.

Garfinkel dan Ganor mengenal pasti satu struktur istana Daud dan lain-lain sebagai stor besar diraja. Mereka adalah dua bangunan terbesar yang diketahui telah wujud pada abad kesepuluh SM di Jerusalem.

Pihak Berkuasa Antikuiti Israel atau Israel Antiquities Authority (IAA) memberitahu The Times of Israel yang mereka yakin tapak ini boleh dikaitkan dengan masa pemerintahan Raja Daud.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Open Cbox