Sunday, August 23, 2015

Misteri Matianak... Apakah Matianak ??


Apakah Matianak ini? Matianak adalah sejenis hantu atau golongan jin yang tempat tinggalnya di kawasan paya dan hutan. Dari segi fizikal matianak tidak ada bezanya dengan pontianak ini kerana asal-usulnya sama sahaja. Menurut orang-orang tua matianak ini mempunyai dua cangkuk di belakang badan dan juga juga di depan badannya. Itu memudahkan ia bergayut di pokok dan cangkuk di depan kegunaannya untuk menyambar mangsa.


Asal usul matianak ini adalah seorang perempuan sarat mengandung yang telah kematian suami dan menghitung hari untuk melahirkan anak sulungnya. Akhirnya dia telah mati ketika melahirkan anaknya. Orang kampung bersepakat untuk tidak mengebumikan jenazah perempuan yang mati mengandung itu kerana ianya tidak pernah berlaku dalam sejarah suku kaum mereka. Jadi mayat perempuan yang mati itu telah diletakkan di pokok ara dan telah dibuat seperti para-para di atas pokok untuk meletakkan mayat perempuan tersebut. Kemudian bermulalah kemunculan matianak.

Gangguan matianak kepada manusia dengan cara membuat tangisan bayi, nyanyian mendayu, cakaran di dinding atau pokok serta menjatuhkan daun-daun pucuk muda. Sekiranya kita duduk di bawah pokok dan tiba-tiba banyak daun-daun pucuk muda jatuh maka anda disarankan berhati-hati atau cara mudah iaitu melarikan diri. Matianak juga suka mengganggu perempuan yang bersalin dengan menahan kandungan keluar dari perut ibu. 


Mereka yang mahir dari segi perubatan dan bidan saja yang tahu cara-cara menangani gangguan Matianak. Namun ada juga sesetengah pihak yang membela matianak untuk mendapat kelebihan seperti mahir dalam perubatan dan bermimpi perkara yang akan terjadi keesokan harinya (macam firasat). Dan ada juga yang menggunakan Matianak untuk mengganggu atau menganiaya sesiapa sahaja yang mereka dendam. Diingatkan sebagai orang Islam janganlah sesekali terlibat dalam perkara di atas kerana dalam Islam ianya syirik serta khurafat sama ada untuk si pelakunya ataupun si pemintanya.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Open Cbox