Seorang
Wanita Bangsawan Melayu
Mungkin
masih ada yang tertanya-tanya bagaimanakah rupa bangsa Melayu awal. Putihkah?
Atau hitamkah atau kelabu? Persoalan ini mungkin nampak kompleks, namun
tuan-tuan sekalian penjelasannya memang ada jika kita tahu dimana untuk
mencarinya.
Kita
telah tahu bahawa wujud satu tamadun yang hebat di Nusantara ini suatu ketika
dahulu. Namun yang kita tidak tahu siapakah bangsa yang membina tamadun
ini.Adakah mereka dari keturunan Melayu proto atau mereka adalah dari Suku
Mon-Khmer yang juga menjadi penduduk terawal Asia tenggara terutama Semenanjung
Tanah Melayu. Sebelum ini srikandi ada menyatakan tentang terdapatnya kota
purba di Tasik Chini, namun yang peliknya suku kaum asli yang tinggal di Tasik
Chini bukan dari golongan Melayu Proto atau Austronesia tetapi dari golongan
Mon-Khmer. Jadi Milik siapakah kota tersebut? Berkemungkinan ia milik Mon
Khmer.
kaum yang tinggal di sekitar Tasik
Chini adalah kaum Jakun iaitu dari kaum Melayu proto Austronesia dan bukan
Mon-Khmer dan saya juga mengesahkannya dengan membuat lebih research. Jadi
adalah berkemungkinan kota yang berada dibawah Tasik Chini juga adalah kota
Bangsa Melayu Proto atau Mala, ditambah lagi dengan lagenda Naga Seri gumum
yang juga milik bangsa Melayu Proto ini. Terima kasih kepada Srikandi kerana
memberi komen)
Siapakah
suku proto Melayu? Bagaimanakah rupa orang Melayu zaman dahulu? Ini persoalan
kita. Jawapannya mudah sahaja. Kita boleh lihat rupa orang Melayu dahulu dengan
melihat rupa orang Semelai dan Jakun. Sebenarnya menurut ahli-ahli antropologi
tempatan kaum, Semelai adalah kaum yang paling dekat dengan Melayu Deutro atau
modern. Hidung mereka, warna kulit mereka, rambut mereka adalah tidak ubah
seperti kaum Melayu. Malahan jika kita perhatikan betul-betul kebanyakan mereka
berwarna kulit yang cerah dan bukan gelap seperti suku-suku asli yang lain.
Suku kaum Semelai terdapat banyak di Negeri Sembilan dan Pahang terutama di
sekitar tasik bera. Adat dan upacara mereka juga adalah hampir sama dengan adat
Melayu. Satu lagi keunikan mereka ialah mereka pandai membina perahu yang baik
serta alatan muzik bertali serta gong.
Siapa
sangka satu kaum yang nampak primitif dan tak berpakaian ini pernah membina
tamadun hebat.Nah...jangan terpedaya, lupakah anda pada catatan envoi china ke
Funan yang menyatakan bahawa kota hebat Funan dipenuhi manusia yang separuh
bogel. Bogel belum tentu bodoh..;)
Persoalannya
adakah mereka ini bangsa yang pernah mendiami Funan, Chih Tu, Tan Mo Ling dan Pan-pan.
Ianya masih belum terjawab. Namun clue nya ada pada nama kaum Semelai itu
sendiri yakni Se Melai, Melai atau Malai=Mala? Mungkinkah mereka adalah turunan
kaum Mala yang masih mengekalkan cara hidup sebelum tamadun Hindu-Buddha? Dalam
folklore kaum Temuan yakni juga kaum proto Melayu Austronesia, ada diceritakan
tentang banjir besar yang berlaku beribu tahun dahulu. Dalam banjir tersebut
yang terselamat hanya dua orang sahaja yang kemudiannya menjadi leluhur kepada
orang Temuani. Adakah peristiwa banjir besar Sundaland terpahat dalam petitih
kuno mereka sejak turun temurun? Jika benar bermakna mereka adalah suku yang
tertua di Nusantara ini dan telah ada sejak sebelum tenggelamnya Sundaland
dalam banjir NAbi Nuh!
Ini
wajah seorang pemuda Semelai. Kacak bukan. Tidak seperti suku-suku Aslian yang
lainnya, suku Semelai dan Temuan mempunyai iras wajah tak tumpah seperti orang
Melayu.
Mungkin
ada yang kurang setuju dengan teori Sundaland. Tapi tak apalah, setuju atau
tidak itu pendapat masing-masing tetapi di ingatkan supaya gunakan akal dan
kemahiran menyelidik dan bukan hanya main teka-teka sahaja dalam membuat suatu
kesimpulan. Kalau anda hendak tahu teori ini juga telah disokong oleh Human
Genome Organization yang telah mengkaji DNA atau genetik kaum-kaum di Asia dan
Asia Tengara dan hasilnya mereka mendapati teori keluar dari Yunan adalah
kurang tepat. Sebaliknya mereka menyetujui teori keluar dari Sundaland atau
Nusantara. Sebelum ini saya ada sebut dalam artikel saya bahawa sebenarnya
setelah diselidik didapati bahawa suku kaum di Asia Timur ini semuanya
berleluhurkan suku Austronesia di Asia Tenggara dan bukan sebaliknya! Orang
China, Jepun Dan Korea teras nenek moyang mereka adalah orang-orang
Austronesia! Orang Austronesia ini mengembara hingga ke Yunnan, Taiwan dan
kemudian ke China dan bercampur dengan kaum-kaum Monggoloid serta Siberian dan
membentuk kaum-kaum di Asia timur sekarang. Hasil penyelidikan ini
menggemparkan dunia dan tak ramai yang mahu menerimanya lagi.
Rumah
tradisional orang Semelai. Mungkinkah rumah sebegini yang dilihat oleh para
pengembara Mesir purba ketika sampai di Tanah Punt?
Seorang
gadis Melayu dengan rambut yang ikal Mayang Mengurai!
Saudara
sekalian, jika benar kaum Semelai adalah kaum asal Mala bermakna sahlah Melayu
bukan pendatang, sebaliknya telah wujud beribu-ribu tahun yang lalu. Satu lagi
keunikan mereka adalah dari segi bahasanya. Walaupun ahli-ahli antropologi
telah membuat kesimpulan bahawa mereka adalah Proto Malay namun bahasa mereka
bukan sahaja mengandungi suku kata Austronesia tetapi terdapat juga campuran
bahasa Mon-Khmer. Ini dapat memberikan kita gambaran bahawa betapa eratnya
hubungan diantara suku-suku Melayu pada zaman dahulu dengan suku-suku
Mon-Khmer. Hubungan yang dimaksudkan mungkin hubungan diantara agrarian dan
Maritim. Suku Mon Khmer yang di ketahui sebagai bangsa Agraria mungkin menjadi
pembekal barang-barang dagangan dari hutan manakala suku Melayu proto
mebekalkan barangan dari Tasik, sungai dan laut kepada mereka.
Teknologi
kaum Semelai. Apa bende ini? ini adalah sebuah piston bellows yang digunakan
oleh orang proto Malay terutama Semelai untuk menghidupkan api. Kehebatan
teknologi ini telah diakui oleh para pengkaji dan Antropologis dari Barat,
malahan mereka terkejut apabila melihatnya buat kali pertama sedangkan kaum
Semelai telah menggunakannya sejak beribu-ribu tahun untuk menghidupkan api
tanpa perlu menggosok-gosok kayu seperti orang Red Indian.
Satu
lagi teknologi orang Semelai yakni sebuah alat muzik bertali yang dibuat dari
kulit ikan buntal. Cara permainannya sama seperti biola bertali satu dari
China.
Masih
banyak lagi rahsia-rahsia yang boleh kita kaji mengenai prang-orang Melayu
proto ini. Mungkin mereka masih ingat kota-kota hebat yang dibina saudara
mereka pada suatu ketika dahulu dan terpahat dalam petitih-petitih tradisi
mereka. Mungkin mereka tahu dimana terletaknya kota-kota purba ini. Amat perlu
rasanya ahli-ahli arkeologi tenpatan dan sejarawan berkerjasama dengan mereka
untuk membongkar rahsia bangsa Mala yang telah terkubur lama ini. Sekian,
wallah hu a’lam
No comments:
Post a Comment