Mungkin artikel ini agak pelik bagi sesiapa yang
tidak arif tentang sejarah ketamadunan Melayu, namun bagi yang suka membaca
buku sejarah maka kehadiran orang Melayu di China adalah perkara yang tidak
dapat disangkal. Ketika membuat kajian tentang hubungan China dengan
Negara-negara kota Melayu telah dijumpai satu perkara yang amat menarik.
Semuanya berkait dengan perkataan Kunlun.
Sebelum
saya meneruskan cerita mengenai pendekar tersebut , perlu rasanya untuk saya
menjelaskan satu istilah yang penting.Kunlun adalah sebutan atau gelaran orang
cina terhadap orang yang berkulit gelap. Jika kita cari didalam kamus-kamus
cina lama maka akan dijumpai perkataan ini. Namun demikian, perkataan Kunlun
ini pada awalnya bukanlah umum bermaksud orang yang berkulit gelap. Hal ini
kerana perkataan tersebut terbit daripada sebutan cina terhadap raja yang
memerintah kerajaan Funan dan kerajaan-kerajaan di Semenanjung tanah Melayu
yakni di bahagian timur.
Tidak
diketahui bila bermulanya perkataan Kunlun ini digunakan untuk menggambarkan
setiap bangsa yang berkulit gelap menggantikan bangsa Melayu. Sememangnya
Kunlun adalah khas panggilan orang china terhadap bangsa Melayu yang
kemudiannya termasuk sekali bangsa Khmer. Ada pihak-pihak tertentu yang ingin
menafikan perkara ini dengan mengatakan bahawa Kunlun merujuk kepada bangsa
Negrito atau Afrika. Pada saya pernyataan ini adalah tidak tepat, malahan
kurang hujah serta bukti yang kukuh. Orang Melayu sebagai Kunlun telah saya
jelaskan sebelum ini bahawa ia bermula daripada pelat orang-orang Cina menyebut
gelaran raja-raja purba Melayu di Indochina yang dipercayai sesetengah
sejarawan sebagai kurung atau kulun atau gunung! Iching dan Su Kung dalam buku
pengembaraannya pernah menyatakan bahawa bunga cengkih banyak ditanam di negeri
Kunlun. Jadi tak mungkin Kunlun itu Afrika. Manakala dalam kamus sanskrit China
pada zaman Tang Kunlun bermakna Dvipantara yakni Semenanjung Asia Tenggara!
Mengukuhkan
lagi hujah ini, masyarakat cina melalui catatan-catatan pengembara mereka turut
merekodkan tentang aktiviti pelayaran dan perkapalan serta perdagangan yang
dijalankan oleh orang-orang Kunlun. Turut direkodkan kehebatan kapal-kapal
buatan orang-orang Kunlun yang dipanggil sebagai Kunlun po. Perkara ini
mengesahkan lagi bahawa Kunlun adalah orang Melayu kerana orang Melayu memang
mengamalkan aktiviti kelautan sejak dari awal lagi. Pada zaman dinasti Tang
juga ada direkodkan bahawa seorang pedagang Kunlun yang membunuh gabenor
Guangzhou kerana gabenor itu cuba menipu dalam urusan perdagangan dengannya.
Pada zaman dinasti Yuan pula ada tercatat dalam buku sejarah China bahawa
lokasi Kunlunguo atau kerajaan Kunlun terletak di laut selatan dan lebih
selatan dari Lin yi atau Champa. Ternyata pernyataan ini menunjukkan Kunlun itu
terletak di Semenanjung Melayu.
Penuntut
kung fu aliran Wudang dikatakan mampu melakukan teknik terbang melayang seperti
yang dilakukan oleh hamba Kunlun. Adakah teknik Wudang ini berasaskan dari
hamba Kunlun tersebut yang merupakan seorang pendekar Melayu?
Namun
tidak dinafikan bahawa memang pernah wujud orang-orang Afrika yang dijadikan
hamba dibawa ke China untuk dijual. Kebanyakan hamba-hamba ini dimiliki oleh
orang-orang asing yang berniaga di China seperti di Xian dan Canton yang memang
terdapat banyak penempatan orang asing seperti Arab dan Parsi. Untuk mengatakan
bahawa orang negrito ini datang sendiri dan menetap di China adalah agak
mustahil kerana diketahui bahawa mereka adalah agak primitive berbanding bangsa
lain terutama dalam soal pelayaran dan perdagangan antarabangsa berbanding
orang Melayu dan Arab. Walaubagaimanapun mereka tetap digelar sebagai Kunlun
oleh orang-orng cina dan hal ini menyebabkan perkataan Kunlun bukan lagi khusus
untuk bangsa Melayu. ini menyukarkan dan mengelirukan ahli-ahli sejarah yang
ingin mengkaji tentangnya.
Perkataan
Kunlun juga dikatakan berasal daripada banjaran gunung yang berada di Tibet
yakni Kunlun shan. Namun ada pengkaji mendapati Kunlun juga panggilan
orang-orang china bagi gunung yang berada di Pulo Condor (baca pulau kundur).
Sejak beratus tahun yang lampau pulau ini telah dikenali para pedagang dengan
nama tersebut yang terang-terang adalah bahasa Melayu. Para pedagang china juga
sering menamakan Asia Tenggara terutama kepulauanya sebagai kunlun. oleh itu
tidak dapat disangkal lagi bahawa orang kunlun merujuk kepada orang-orang Asia
Tenggara.
Berbalik
kepada persoalan pendekar Melayu di china itu tadi sebenarnya tidak ada record
sejarah yang betul-betul dapat mengesahkan bahawa lelaki ini memang wujud pada
zaman tersebut. Namun demikian wujudnya Novel Kunlun Nu atau The Kunlun Slave
yang dikarang pada zaman dinasti Tang menunjukkan bahawa masyarakat China telah
terdedah dengan kedatangan atau kehadiran orang-orang bangsa Kunlun atau
Melayu.
Dalam
novel tersebut yang berlatarbelakankan Kerajaan China dinasti Tang, wujud
sebuah keluarga bangsawan yang mempunyai seorang hamba berbangsa Kunlun.
Dipendekkan cerita. Pada suatu hari anak lelaki daripada keluarga bangsawan
telah tertarik hati dengan salah seorang perempuan istana atau puteri
raja. Mereka telah tertearik hati diantara satu sama lain dan jatuh cinta.
Untuk bertemu dengan sang puteri atau gundik tersebut si pemuda bangsawan
terpaksa memanjat kota yang tinggi melebihi 20 kaki.
Dengan
bantuan hambanya si orang Kunlun, beliau telah berjaya melepasi tembok
tersebut. Si pemuda telah membawa lari perempuan istana tersebut dengan dibantu
oleh hamba Kunlun. Hamba Kunlun ini digambarkan mempunyai kuasa mistik. Dia
dikatakan telah menggunakan kuasa mistiknya bagi membunuh para pengawal Istana
dan membawa lari si puteri dengan cara terbang melepasi tembok dan melompat
dari satu bumbung ke satu bumbung bangunan yang lain (seperti dalam
cerita-cerita kung fu). Si hamba juga dikatakan boleh menghilangkan diri dan
mempunyai kuasa untuk menyembuh dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam
perubatan.
Apa
yang menariknya ciri-ciri hamba Kunlun ini sama seperti gambaran orang Cina
terhadap orang-orang Asia tenggara atau Melayu. Orang cina menggelarkan
orang-orang Kunlun sebagai bangsa yang gasar dan berkulit gelap dengan rambut
yang beralun atau kerinting. Seperti yang telah kita bincangkan sebelum ini,
Kunlun merujuk kepada orang Melayu. Jadi persoalannya adakah hamba ini seorang
Melayu? Saya berkesimpulan bahawa dia memang seorang Melayu. Seperti yang kita
tahu pada zaman dahulu lagi bangsa Melayu memang mempunyai kehebatan dalam ilmu
beladiri yang mistik. Kehebatan untuk terbang dari satu pokok ke pokok oleh
pendekar-pendekar Melayu pada zaman dahulu sehinggalah zaman jepun kasih
bermain di bibir masyarakat Melayu. Tetapi adakah orang Afrika mempunyai kemahiran
sebegitu. Jawapannya tentulah tidak. Tidak ada dalam sejarah mereka ilmu mistik
dan pertahanan diri sebegitu rupa. Tetapi ilmu persilatan orang Melayu memang
ada sejak beribu tahun lagi. Ilmu-ilmu kebatinan orang Melayu memang sangat
kuat diamalkan pada zaman Hindu-buddha. Jadi adalah tidak mustahil jika saya
katakan bahawa hamba Kunlun tersebut adalah seorang Melayu yang tinggi ilmu
kebatinannya.
Menurut
sejaraawan China, novel tersebut adalah diantara novel Wushia atau kependekaran
yang terawal di China yang membuka ruang kepada novel-novel dan cerita-cerita
kependekaran yang lain di china. Hal ini menunjukkan bahawa ilmu terbang
melayang seperti yang kita sering lihat dalam filem-filem China sebenarnya
berasas daripada cerita pendekar Melayu yang tinggi ilmu batinnya. Dalam novel
tersebut si hamba Kunlun kemudiannya menghilangkan diri dan beberapa tahun
kemudian dilihat menjual ubat-ubatan di pasar. Jika kita telitikan dapat
diketahui bahawa sebahagian besar daripada rempah ratus dan ubat ubatan China
adalah bersumberkan dari hutan-hutan Asia Tenggara jadi tidak mustahil si hamba
tersebut balik semula ke kepulauuan Melayu dan menjadi pedagang. Satu lagi ciri
yang dapat memberikan gambaran bahawa si hamba Kunlun adalah seorang Melayu
ialah nama beliau. Namanya dalam pelat cina ialah Mole atau Mohe. Jika kita
cuba padankan dengan bahasa Melayu boleh jadi Molek atau Mula atau Malin.
Tambahan lagi beliau juga dikatakan sering membawa sejenis dagger atau pisau
yang menjadi satu-satu hartanya yang dibawa kemana-mana. Mungkinkah ianya
keris?
Nampaknya
kemisterian kisah ini hampir sama seperti Kisah Henry The Black atau Panglima
Awang. Namun persamaan kedua-dua cerita ini adalah mereka tidak lain tidak
bukan adalah dari kepulauuan Melayu. Terpulang kepada anda samaada untuk
menyetujui kesimpulan saya yang meletakkan si hamba sebagai melayu atau tidak.
Diharapkan anda memberikan komen masing-masing dan mungkin pandangan lain
tentang topik ini. Sekian wallah hu a’lam.
Amik satu contoh...dalam filem "IP MAN", wing chun yang dipertunjukkan menyamai 'Lian Padukan" atau sering dipanggil sebagai Buah Pukul Mersing...cuba perhatikan...
ReplyDeletelian padukan tu asal dari cina...
Deletedibawak ke sini dan diubah mengikut cara sini... ko pi kaji dan cari maklumat pasal buah pukul dan lian padukan
lian padukan tu asal dari cina...
Deletedibawak ke sini dan diubah mengikut cara sini... ko pi kaji dan cari maklumat pasal buah pukul dan lian padukan