Adakah replika istana Melaka ini menepati senibina asalnya?
Salam
para pembaca semua,kali ini saya
akan memaparkan sebuah artikel berkenaan binaan kota Melaka pada zaman
kegemilangannya. Sebahagian besar daripada lakaran ini belum pernah
diterbitkan oleh mana-mana pihak di negara kita kerana ianya boleh
dikatakan fresh dari sumber utama yang diperolehi dari Belanda dan
Portugal. Oleh itu anda bertuah kerana dapat menatapnya disini. Namun
ini hanya sebahagian kecil sahaja daripada banyak lakaran yang berjaya
dibawa pulang oleh team Pengkaji Universiti. Diharapkan artikel saya
kali ini dapat membuka kotak pemikiran kita dengan lebih luas tentang
ketamadunan bangsa Melayu pada zaman silam.
Lakaran
menunjukkan Kota Melaka pada zaman pemerintahan penjajah portugis.
Lakaran diatas dibuat bagi merakamkan serangan Armada Acheh Darussalam
ketika mengepung kota tersebut selama lebih kurang setahun. Dalam
lakaran ini juga ada kelihatan sejenis senjata pelontar yang digunakan
oleh tentera Acheh.
Sebenarnya para pembaca sekalian, semasa seorang pengembara Itali yang bernama Ludovico Vertema melawat Melaka antara tahun 1506
hingga 1510 pihak Portugis sering menghantar pengintip mareka ke Melaka
untuk mencari maklmat tentang kemajuan perdagangan,, masyarakat dan
kerajaan Melaka. Antara maklumat penting yang dibawa
oleh portugis yang datang ke Melaka pada tahun 1506 dan 1508 ialah
tentang strategi pertahanan Melaka. Beberapa lakaran tentang rupa bentuk dan binaan kota, istana dan kedudukan Bandar pelabuhan Melaka berjaya direkodkan.
Antara lakaran tersebut ada menunjukkan bentuk tembok kota Melaka dan
pintu gerbangnya yang kukuh dan dibina daripada bahan binaan tempatan
seperti batu laterit. Bahan binaan ini sememangnya banyak terdapat di
Melaka. Kedua dua pengembara tersebut iaitu Jorge Mello yang datang pada
tahun 1507 dan Jorge De Aguilar yang datang pada tahun 1508, telah
menghantar maklumat kepada sejarawan kerajaan Portugal iaitu Joan De
Barros.
Dari lakaran yang dibuat, ia
membuktikan tentang teknologi Melayu pada zaman tersebut. Pembangunan
fizikal dan infrastruktur Melaka ternyata mempunyai ciri-ciri
keselamatan yang mantap dan setanding dengan keududkan kota di Negara
Asia lain. Dalam hal ini kemungkinan juga kerajaan Melaka mendapat
tenaga buruh daripada orang gujerat yang memang terkenal bukan sahaja
sebagai pedagang tetapi juga sebagai tukang pembina rumah dan bangunan.
Hal ini juga menggambarkan wujudnya semangat kerjasama yang erat
diantara tukang-tukang Melayu dan India Islam di Melaka dari aspek
pembangunan kota dan pelabuhan yang pentadbiranya berpandukan hukum
Islam.
Maklumat yang diperolehi
daripada lakaran yang diterbitkan di Belanda pada tahun 1508 itu juga
menunjukkan bahawa pintu gerbang ke kota Melaka yang ada sekarang
sebenarnya bukanlah dari bahan binaan asal portugis. Berdasarkan lakaran
yang ditemui melalui penelitian yang telah dibuat, mendapati asal binaan Melayu Melaka yang dimusnahkan Portugis telah diganti serta diubahsuai mengikut senibina Portugis.
Senibina yang sama dilihat di Goa, Macao dan Ternate. Maklumat ini
cukup membanggakan orang melayu khasnya dan Nusantara amnya kerana
lakaran ini menjadi bukti nyata tentang ketamadunan Melaka pada waktu
tersebut. Bermakna bahawa lakaran tersebut melambangkan betapa keupayaan
orang Melayu mempamerkan kemampuan yang menjadi kemegahan bangsa dan
negerinya yang setanding dengan bangsa lain. Dalam hal ini maklumat yang
dicatat dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah mampu merakamkan
pencapaian peradaban dan Tamadun Melayu pada ketika itu.
Lakaran portugis juga turut
merakamkan peristiwa peperangan yang berlaku diantara armada Portugis
dengan Melaka. Dari lakaran tersebut diperlihatkan bahawa meriam-meriam
daripada kapal Portugis dapat merosakkan benteng-benteng pertahanan
orang Melaka dan juga kapal-kapal yang dimiliki oleh saudagar Islam.
Dalam lakaran tersebut juga terlihat dikejauhan bangunan –bangunan yang terdapat di dalam kota Melaka dan di pelabuhan Melaka.
Jelas daripada lakaran tersebut terdapatnya sebuah banggunan yang
mempunyai kubah dan menara yang berkemungkinan adalah masjid Melaka atau
mungkin juga istana. Terdapat juga beberapa buah lagi bangunan yang
berderet-deret yang kelihatan diperbuat daripada batu atau konkrit dan
mempunyai lebih daripada dua tingkat, bangunan ini berkemungkinan adalah
istana sultan atau sebuah bangunan yang terpadat di dalam kompleks kota
pelabuhan Melaka.
Lakaran
diatas adalah menunjukkan serangan armada Portugis terhadap Kota
Melaka. Banyaknya bilangan kapal dalam lakaran menunjukkan bukan sahaja
askar Portugis yang terlibat dalam penyerangan tersebut, malahan mungkin
juga askar upahan.
Jika
anda semua perhatikan betul-betul lakaran penyerangan armada Portugis
ini, anda akan dapat melihat dari kejauhan di pelabuhan Melaka deretan
bangunan-bangunan yang besar, bertingkat-tingkat dan juga berkubah serta
mempunyai beberapa menara. Mungkinkah ini bentuk Istana atau masjid
Melaka yang sebenar?
Peristiwa peperangan Melaka juga
ada dirakam dengan lakaran yang dibuat oleh orang Portugis. Lakaran
tersebut menunjukkan strategi serangan orang Portugis terhadap Bandar
Melaka dan juga bagaimana strategi orang Melaka mempertahankan bandar
mereka yang memperlihatkan barisan pejuang dan hulubalang malahan
gajah-gajah perang. Dalam konteks ini, suatu alat berupa carriage diikat
pada gajah-gajah tersebut dan ditempatkan hulubalang-hulubalang untuk
melakukan serangan terhadap askar-askar Portugis yang sedang bersedia
untuk menghadapi serangan orang Melaka. Lakaran ini juga memperlihatkan bagaimana perbezaan strategi serangan yang digunakan oleh Portugis dan orang Melaka.
Pihak Portugis kelihatan menggunakan taktik serangan manakala orang
Melayu lebih bersifat bertahan. Berdasarkan lakaran tersebut juga kita
dapat lihat persenjataan yang digunakan oleh kedua-dua pihak. Portugis
menggunakan lebing panjang yang lazimnya digunakan di Eropah, manakala
orang Melayu mengunakan lembing atau tombak yang lebih pendek. Apa yang
menarik ialah kelihatan tembok kota Melaka
yang telah dibina dengan bahan-bahan tempatan seperti batu bata dan
laterit. Reka bentuk tembok tersebut juga menunjukkan struktur pembinaan
yang dilengkapi dengan tempat-tempat peninjau pada sudut-sudut
tertentu. Manakala bahagian dalam kota kelihatan senibina rumah-rumah
Melayu yang dimiliki oleh para pentadbir dan saudagar.
Lakaran
menunjukkan peristiwa penyerangan tentera Portugis keatas kota Melaka.
Lakaran sebegini adalah julung-julung kalinya ditemui oleh sejarawan
kita. Selama ini kebanyakan lakaran yang kita dapati hanyalah gambaran
pelukis. Namun lakaran ini dipercayai adalah lakaran sezaman dengan
peristiwa sebenar. Oleh itu kita dapat mengandaikan bahawa lakaran ini
adalah gambaran seorang pelukis yang berada diwaktu tersebut.
Terdapat sebuah lagi lakaran
yang berjaya diperolehi oleh mahaguru saya dari arkib dan peprustakaan
di Lisbon dan Belanda. Kunjungan wakil pedagang Portugis iaitu Lopez De
Sequeiraa pada 1509 ke kota Melaka disambut menurut adat kebesaran
tetamu kenamaan dari negeri luar ada dilakarkan. Dalam lakaran ini
beliau telah diberi penghormatan untuk menunggang gajah yang menjadi
salah satu pengangkutan resmi kerajaan Melayu. Dalam perarakan menuju ke
istana Melaka, De Sequera diiringi rombongan Portugis. Lakaran ini juga
memperlihatkan senibina tembok kota dan pintu gerbang istana sultan
Melaka yang diperbuat daripada bahan-bahan binaan yang kukuh.
Berdasarkan kepada lakaran ini, bahan binaan
tembok adalah daripada batu putih tempatan. Manakala Istana Sultan
Melaka juga diperbuat daripada bahan binaan yang sama. Oleh itu istana
Melaka yang terdapat di Melaka sekarang tidak menepati senibina istana
asal yang diperbuat hampir keseluruhan dari batubata. Perarakan
tersebut menarik perhatian sebilangan penduduk Melaka yang hairan dengan
kedatangan Portugis. Dalam lakaran tersenut juga memperlihatkan
pengawal-pengawal dan hulubalang yang berada di luar pagar Melaka
membawa tombak dan busur panah yang amat besar. Mereka juga memakai
pakaian yang melebihi separas lutu dan melilit pinggang dengan lain
bercorak. Pakaian mereka tak ubah seperti pakaian zaman Rom. Istana
Melaka yang dilakarkan tersebut mempunyai balkoni atau berandah yang
menghadap ke arah pelabuhan dan sultan dilihat sedang duduk diatas
balcony sambil menunggu kedatangan utusan Portugis bersama para menteri dan hulubalang. Istana ini juga bertingkat-tingkat seperti yang dikatakan dalam Sejarah Melayu.
Lakaran
menunjukkan perarakan utusan Portugis ke Istana Melaka dengan
disaksikan oleh penduduk Melaka. Apa yang menariknya keadaan penduduk
melaka yang hairan melihat Benggali Putih ini turut dicatatkan dalam
Sejarah Melayu. Yang lebih menarik perhatian ialah binaan Istana Sultan
Melaka.
Maka para-pembaca sekalian,
sekarang telah terjawab mungkin suku daripada persoalan-persoalan
tentang kehebatan kota Melaka yang sering digembar-gemburkan dalam
catatan-catatan pengembara luar dan dalam. Kita juga dapat melihat
secara lebih terperinci bagaimana pesat dan membangunnya Bandar Melaka
dan system pertahanannya daripada lakaran yang telah saya paparkan.
Semoga ia member manafaat kepada anda semua. Wallah hu a’lam.
No comments:
Post a Comment