Wednesday, March 6, 2013

Lagenda Manusia Gajah (Elephant Man)







Nama: Joseph Carey Merrick
Lahir : 5 Ogos 1862 (England)
Mati: 11 April 1890



Merrick dilahirkan sihat-walafiat dan tak nampak cacat celanya semasa bayi dan beberapa tahun kemudian. Semasa usianya 5 tahun, dia mula menampakkan tanda-tanda ganjil seperti kulit menjadi tebal dan ketumbuhan yang luar biasa seolah-olah seperti kulit gajah. Bila dia semakin membesar, tangan kanan dan kedua-dua kakinya menjadi besar. Ibunya pernah memberitahu bahawa semasa hamil, dia telah ditolak dan ditakut-takutkan oleh seekor gajah maka kononnya anaknya itu dilahirkan terkena  kenan semacam gajah. Kisah ini dipercayai oleh Merrick sepanjang hidupnya.

Semasa kanak-kanaknya, Merrick pernah terjatuh dan ini merosakkan pinggang kirinya mengakibatkan dia jalan tertempang-tempang sepanjang hidupnya. Walaupun cacat sebegitu, Merrick tetap bersekolah seharian dan mempunyai hubungan yang sangat rapat dan akrab dengan ibunya. Malah Merrick mendapat sepenuh kasih-sayang dari ibunya kerana ibunya tahu dia tidak seperti kanak2 lain maka ibunya sangat menyayanginya untuk menjadikan dia senormal kanak2 yang lain. Malangnya ibunya meninggal dunia semasa usia Merrick 11 tahun. Ayah Merrick berkahwin lain. 

Setahun kemudian, Merrick terpaksa berhenti sekolah kerana keadaan fizikalnya yang semakin tak normal. Kehidupannya semenjak kematian ibunya menjadi semakin sukar dan terpencil. Dia tidak mendapat kasih sayang dari kedua ayah kandungnya dan ibu tirinya. Sudah 2-3 kali dia lari dari rumah kerana seolah-olah dia tidak diterima oleh ayah dan ibu tirinya. 

Pada usia 13 tahun, dia bekerja di sebuah kilang rokok, membuat rokok. Tetapi pada usia 15 tahun, keadaannya semakin teruk dan pergerakan tangan kanannya semakin sukar kerana ketumbuhan tersebut. Dia dibuang kerja. Bila menganggur, dia menghabiskan masanya berjalan keseorangan sekali-sekala teringatkan ibu kandungnya yang sudah tiada. Dia juga cuba mencari pekerjaan untuk menyara hidupnya sendiri. Dia takut untuk pulang ke rumah kerana cemuhan dahsyat ibu tirinya. 

Ayahnya mendapatkan lesen menjaja untuknya. Dia menjual barang2 keperluan rumah dari pintu ke pintu. Namun perniagaan ini tidak menjadi. Pada masa itu mukanya semakin menampakkan ketumbuhan yang besar dan orang-orang di situ tidak mahu membeli apa2 darinya. Pertuturannya sudah tidak dapat difahami lagi dan keadaan fizikalnya itu menakutkan orang. Para suri rumah tidak mahu membuka pintu untuk berdepan dengannya dan dia juga mendapati orang2 di sekilingnya bukan sahaja memandangnya dengan rasa jijik malah ada yang mengikutnya dan dia takut kalau2 dia dicederakan. 

Merrick tidak dapat menjual apa2 dan pada satu hari apabila dia pulang ke rumah, dia telah dipukul oleh ayahnya sendiri dengan teruknya hingga menyebabkan dia meninggalkan rumahnya buat selama-lamanya. Dia kini menjadi pelarian dan nasib baik pakciknya mengambilnya tinggal bersama-samanya. Dia masih lagi cuba menjaja, tapi memang tidak ada sesiapa yang mahu membeli darinya. Tumpuan pada dirinya sebegitu dahsyat sekali sehingga pihak perlesenan menarik balik lesen darinya. Pakciknya tidak lagi mampu untuk menyara hidupnya kerana pakciknya juga kena menyara anak2nya yang lain. Merrick dimasukkan ke rumah kebajikan. Ketika itu usia Merrick ialah 17 tahun. Ketumbuhan pada mulutnya sudah menjadi semakin besar sehingga menyukarkan lagi pertuturannya sehingga amat susah untuk dia makan. Oleh itu Merrick menjalani pembedahan dan ketulan yang besar telah dibedah dan dikeluarkan.

Tinggal di rumah kebajikan itu pun bukannya sesuatu yang baik buat dirinya sebab keadaannya memang cacat sebegitu dan tidak mudah diterima oleh penghuni2  rumah kebajikan itu. Merrick mengambil keputusan untuk berusaha mendapatkan kerjanya sendiri. Dia mendapat idea untuk mendaftarkan dirinya bagi pameran ganjil. Maka Merrick pun menulis kepada Sam Torr yang menerimanya bekerja dengannya. Torr mengadakan beberapa pertunjukkan ganjil dan Merrick menjadi bahan keganjilan tersebut. Mereka memberikan gelaran "Manusia Gajah" kepada Merrick. Maka kehidupan Merrick kini ialah menjadikan dirinya bahan pertunjukkan dan dirinya ditunjuk-tunjukan kepada orang seolah-olah dia lebih jijik dari binatang. Begitulah caranya untuk dapat menyara hidupnya.

Keadaan fizikal Merrick menjadi terlalu ganjil sehingga para pengajur pertunjukkan bimbang rupanya menjadi sangat menakutkan sehingga orang tidak mahu lagi lihat rupanya kerana sungguh jijik, menggerunkan dan sungguh hina. Mereka telah menempatkan Merrick di belakang sebuah kedai dengan katil besi. Mereka dapati Merrick tidur dengan keadaan duduk dengan dagu/kepalanya direhatkan di atas lututnya.

Rumah pameran Merrick itu terletak berdekatan dengan Hospital. Pada satu hari seorang Doktor Frederick Treves telah dibawa menemui Merrick. Treves kemudiannya membawa Merrick ke hospital untuk diperiksa. Merrick memakai topi yg besar dan kain (lihat gambar bawah) bagi mengelakkan dia dari diperhatikan orang di sepanjang perjalanan itu. Pelbagai ujian telah dijalankan ke atas Merrick sampai satu tahap Merrick tidak mahu lagi diuji sebab katanya dia dibogelkan dan diperiksa selalu sehingga dia rasa seolah-oleh diperlakukan seumpama binatang yang diperdagangkan di pasar.


Merrick Hood (Topi)


Pertunjukan pameran Merrick sudah dibatalkan kerana membuatkan ramai merasa kurang senang dengan fizikal dan wajah yang menggerunkan dan menjijikan Merrick. Polis dan penguatkuasa memerintakan supaya kedai pameran tersebut ditutup. Merrick berpindah ke bandar Eropa di bawah penjagaan Ferrari. Malangnya pertunjukkan di situ juga tidak mendapat sambutan dan kedai pameran di situ juga turut diperintahkan tutup. Merrick telah dipulaukan oleh Ferrari malah dia juga telah mencuri duit simpanan Merrick sebanyak 50 pound. Sebenarnya Merrick menyimpan wang kerana dia mempunyai keinginan untuk membeli dan memiliki rumahnya sendiri. Tapi kini wang simpanannya dari hasil tilik peluhnya sendiri sudah diambil orang.

Bila dipulaukan, Merrick mahu menaiki feri ke Dover, tetapi dia tidak dibenarkan naik. Dia kemudiannya menaiki kapal ke Harwich dan kemudian menaiki keretapi ke Liverpool Street. Di sana dia tidak pula tahu ke mana dia harus tuju. Rumah2 kebajikan tidak ada di sana. Dia mendapatkan orang ramai untuk menolongnya tetapi kerana pertuturannya itu sukar difahami, orang ramai makin ingin tahu tentang dirinya. Orang ramai mula mengerumuni Merrick dan ini membuatkan polis menariknya dan meletakkanya di sebuah tempat jauh dari perhatian orang untuk dia berehat. Mereka juga tidak tahu apa yang cuba Merrick cakapkan. Tetapi di saku Merrick ada sekeping kad kepunyaan Doktor Treves. Treves dihubungi dan dia membawa Merrick pulang ke hospital.

Merrick cepat dapat menyesuaikan dirinya di hospital London. Treves melawatnya seharian dan menjadi kawan baiknya. Kini Merrick akhirnya mula menemui seseorang yang faham pertuturannya. Treves mendapati, sehingga ke usia 20an itu, Merrick masih menyimpan dan membawa gambar ibu kandungnya. Merrick masih sering ingat akan ibunya dan dia amat merindui belaian ibunya. Hanya ibunya yang mengenalkannya erti nilai sebuah kasih-sayang sedangkan dunia mencemuhnya.

Merrick juga merupakan seorang yang selalu ingin tahu tentang dunia. Dia amat suka membaca buku dan menghabiskan masanya membaca buku di hospital. Dia menghabiskan masanya dengan membaca buku dan membuat model bangunan dari kad.

Ketumbuhan Merrick masih lagi tumbuh. Kepalanya semakin membesar dan berat. Satu hari pada pukul 3 ptg, seorang doktor telah datang untuk melawat Merrick dan mendapati Merrick sudah meninggal dunia di atas katil. Sewaktu bedah siasat, doktor mendapati sebenarnya Merrick sepatutnya tidur dengan cara duduk dan mendagu atau menyandarkan kepalanya pada lututnya tapi pada malam itu Merrick telah cuba untuk tidur seperti orang lain. Dia mahu merasakan dirinya seperti orang lain dengan tidur seperti biasa di atas katil. Kerana percubaan ini, tulang tengkuknya patah disebabkan kepalanya yang berat dan tak seimbang dengan badannya. Itulah nasib Merrick. Dia mati ketika ingin merasakan dirinya seperti orang lain...

Salah satu puisi yang sering ditulis Merrick di akhir setiap warkahnya berbunyi begini:

"Tis true my form is something odd,
But blaming me is blaming God.
Could I create myself anew,
I would not fail in pleasing you.
If I could reach from pole to pole,
Or grasp the ocean with a span,
I would be measured by the soul,
The mind's the standard of the man."







Joseph Merrick.


Merrick gemar membuat bangunan dari kad dan di bawah ini ialah hasil tangan Merrick ketika di hospital.


Merrick Church.


Rangka tulang Merrick yang disimpan di hospital London.




1 comment:

  1. Assalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang Pengusaha Butik yg Sukses, kini saya gulung tikar akibat di tipu teman sendiri, ditengah tagihan utang yg menumpuk, Suami pun meninggalkan saya, dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini, saya coba buka internet untuk cari lowongan kerja dan secara tdk sengaja sy liat situs pesugihan AKI SYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsug hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari, Alhamdulilah benar benar terbukti dan semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir Tuhan, Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita semua, cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya, Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui Ritual Penarikan Dana Hibah AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses, Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia, jika anda ingin seperti saya silahkan Tlp Aki Di 0852-9827-5599 atau KLIK DISINI PESUGIHAN AKI MAULANA Wassalam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Open Cbox