Thursday, January 17, 2013

::... Asal Usul Baju Melayu ...::



Asal Usul Baju Melayu
Dipercayai telah di gunakan sejak Sultan Muhammad Syah (1424-1444) iaitu lebih kurang 700 tahun yang lalu. Mengikut catatan dalam Sejarah Melayu baginda menyarung Baju Melayu (dipakai cara sarung, lengkap destar. Tiba di masjid barulah baginda mengena jubah (pakaian Atas Angin)).


Jenis-jenis Baju Melayu
Dalam sejarah melayu juga dikatakan bahawa Baju Melayu yang di pakai oleh rakyat melaka singkat dan sendat, tetapi seorang pembesar melayu telah memanjangkannya dan membesarkan pesaknya, maka terbentuklah Baju Melayu seperti sekarang.





Falsafah Baju Melayu
Baju Melayu cekak musang mempunyai 5 butir kancing. Ada pendapat mengatakan ini diambil sebagai lambang keharmonian rumah tangga, 2 butir di bahagian atas melambangkan ibu dan bapa dan 3 butir di bawahnya melambangkan anak-anak mereka.


Tetapi pendapat ini di sanggah oleh Azah Aziz atau lebih dikenali dengan Mak Engku. Beliau berpendapat bahawa tujuh butir untuk kalangan bangsawan atau raja di istana. Ini bersamaan juga dengan salah satu seni pusaka orang melayu itu sendiri iaitu keris. Dalam rekabentuk keris = berlok 3 – 11. Lok 11 ialah milik Sultan & Ratu, lok 9 (Pewaris), lok 5 untuk bendahara dan anak-anak raja.


Falsafah Baju Melayu Dan Islam
Sesetengah Ulama Nusantara menyatakan bahawa falsafah Baju Melayu adalah selari dengan Agama Islam. Ini di buktikan dengan menyatakan bahawa 5 butir kancing melambangkan rukun Islam yang lima, 4 butir kancing melambangkan syariat, hakikat, tarikat dan ma’rifat dan bagi 3 butir pula ia membawa maksud Islam, Iman dan Ihsan.
Indah sungguh seni pusaka tinggalan nenek moyang kita orang melayu, cukup indah, berseni dan mempunyai falsafah yang tersendiri. Masih banyak rahsia Baju Melayu yang masih boleh di ungkai seperti mengapa Baju Melayu Johor hanya satu butang? mengapa diadakan pula poket Baju Melayu yang sebelum ini tiada poket ketika zaman kesultanan Melayu terdahulu?.



Semoga kita tidak melupakan asal usul dan adat istiadat yang ditinggalkan nenek moyang terdahulu..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Open Cbox