Thursday, February 28, 2013

::.. Misteri Knight Templar ...::



Kesatria Templar atau Poor Fellow-Soldiers of Christ and of the Temple of Solomon (Latin: Pauperes commilitones Christi Templique Solomonici), 
merupakan antara pertubuhan pasukan tentera dari Kristian Barat yang paling terkenal.Pertubuhan ini bertahan selama dua kurun semasa Zaman Pertengahan. Ia ditubuhkan selepas Perang Salib Pertama yang berlaku pada tahun 1096, dengan tujuan asalnya untuk memastikan keselamatan penganut Kristian yang mengunjungi Jerusalem selepas penaklukannya.


Kesatria Templar secara rasmi disokong oleh Gereja Katolik Rom sekitar tahun 1129, dan menjadi pertubuhan kebajikan yang disukai di seluruh dunia Kristian hinggakan keahliannya dan kuasanya berkembang dengan pantas. Kesatria Templar memakai mantel putih dan salib yang berwarna merah. Mereka adalah di antara unit tempur yang memiliki kemahiran tinggi semasa perang-perang salib. Ahli-ahli pasukan ini yang tidak berperang akan menguruskan infrastruktur ekonomi di seluruh dunia Kristian, memperkenalkan teknik-teknik kewangan seperti perbankan, dan membina banyak kubu di seluruh Mediterranean dan Tanah Suci.


Kejayaan Templar bergantung rapat dengan perang salib; apabila kehilangan Tanah Suci, sokongan terhadap pasukan ini mula pudar. Khabar-khabar angin berkenaan upacara-upacara rahsia membawa kepada ketidakpercayaan, sementara Raja Philip IV dari Perancis yang mempunyai banyak hutang dengan pasukan ini mula menekan Paus Clement V bagi mengambil tindakan ke atas Kesatria Templar. Pada tahun 1307, ramai anggota pasukan ini di Perancis telah ditahan, dan diseksa untuk memberi pengakuan palsu. Mereka kemudian dihukum bakar hidup-hidup. Pada tahun 1312, Paus Clement, di bawah tekanan berterusan daripada Raja Philip, telah membubarkan pasukan Kesatria Templar.




Semasa awal penubuhan kumpulan ini, mereka telah menjajah Baitulmuqadis dan menjadikan Masjidil Aqsa sebagai ibu pejabat mereka.
Memandangkan kuatnya kesatuan ini dalam tentera kristian, mereka berjaya mendapat mandat dari Pope Honorius II pada tahun 1128 untuk menjalankan kerja mereka samada untuk memerangi tentera Islam dan juga menyebarkan Kristian.

Malah pada tahun 1139, Pope Innocent II telah memberikan mandat bebas cukai kepada kumpulan ini dan juga kebebasan untuk mendirikan gereja mereka.

Ini menjadikan mereka amat berkuasa dan kaya raya, malah bagi penganut kristian yang mahu mengunjungi baitulmuqadis, mereka hanya perlu meletakkan deposit wang di gereja kestaria ini di eropah dan kemudian boleh di keluarkan di gereja mereka di baitulmuqadis

Kekuasaan mereka akhirnya menemui penghujung dimana pejuang islam seperti Sala al Din Ayyub berjaya menumpaskan tentera mereka (seperti yang di gambarkan di filem Kingdom of Heaven) pada tarikh 2 Okt 1187

Kegemilangan mereka mula menurun dan akhirnya pada 13 Oct 1307, seramai 5000 ahli kumpulan ini di tangkap atas tuduhan menyebarkan dakyah songsang kristian oleh Pope Clement V.



 Sumber :
1)Majalah Time : Secret Societies, Decoding The Myths and Facts of History's Most Mysterious Organizations.
2)Wikipedia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Open Cbox