*Nama asal Cik Wan Kembang
*Kematian ayah sejak usia empat tahun
*Raja Kelantan ke enam dari keturunan Sultan Iskandar Shah
*Menjadi raja dalam usia 30 tahun pada 1610
*Pusat pemerintahan, Gunung Chinta Wangsa dan Kota Tegayong
*Tidak berkahwin dan menjadikan Puteri Saadong sebagai anak angkatnya
*Binatang kesayangan adalah kijang dan menjadikan binatang itu sebagai lambang negeri
*Memerintah Kelantan selama 67 tahun
Wanita pertama perintah sebuah negeri selama 67 tahun bermula 1610 tidak pernah berkahwin
RAMAI pasti terpinga-pinga atau menggelengkan kepala jika ditanya siapakah Cik Wan Kembang.
Namun bila disebut Cik Siti Wan Kembang, orang pasti mengaitkan nama wanita itu dengan Kelantan hingga menjadi antara nama timangan negeri berkenaan yang turut bergelar Serambi Makkah.
Berdasarkan catatan sejarah, nama sebenar raja keenam memerintah Kelantan dari keturunan Iskandar Shah itu ialah Cik Wan Kembang, yang diberikan ayahandanya, Sultan Ahmad.
Berdasarkan buku ringkasan cerita Kelantan, karangan Datuk Perdana Menteri Paduka Raja, gelaran "Siti" diberikan seorang pedagang Arab yang membahasakan Cik Wan Kembang dengan "Siti".
Ketika mengadap dan berbual dengan Cik Wan Kembang, orang Arab itu membahasakan beliau dengan "Siti" dan panggilan "Siti" itu didengar beberapa orang yang berada di balai mengadap.
Lalu seorang daripada kumpulan itu bertanya apakah erti "Siti" sebelum dijawab pedagang Arab, yang Siti adalah gelaran bagi seorang perempuan yang menjadi tuan atau ketua orang ramai.
Terdapat juga sumber sejarah menyatakan beliau turut digelar panggilan Paduka Cik Siti.
Buku sejarah Kelantan karangan Arifin Abdul Rashid, terbitan Pustaka Al-Ahliah (1962), Siti bererti tuan (perempuan) yang layak digelarkan kepada perempuan yang mula-mula menjadi pemerintah sesebuah negeri.
Dalam usia empat tahun, Cik Siti Wan Kembang kehilangan kasih sayang ayah yang mangkat menyebabkan pucuk pemerintahan Kelantan diambil alih Raja Husin.
Sejarah Pemerintahan
Sejarah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Kelantan bermula pada 1610. Berdasarkan sumber sejarah tempatan, dalam usia 30 tahun, beliau dilantik sebagai pemerintah Kelantan menggantikan Sultan Hussin.
Beliau bersemayam di Gunung Dang Besar, Hulu Kelantan yang kemudiannya ditukar nama sebagai Gunung Chintawangsa, terletak kira-kira 40 kilometer di tenggara Kuala Krai. Nama gunung itu kekal hingga kini.
Sepanjang pemerintahannya, ramai pedagang dari luar terutama Arab dan China datang berdagang di negerinya membuatkan nama Cik Siti Wan Kembang terkenal.
Walaupun seorang wanita, sebagai pemerintah, Cik Siti Wan Kembang bijak mengatur langkah memastikan negeri di bawah penguasaannya sentiasa berada dalam keadaan selamat.
Kerana bimbangkan pemerintahan di Gunung Chintawangsa akan diserang, beliau merancang pembinaan sebuah kota pentadbiran baru supaya tidak hanya bergantung kepada satu pusat pemerintahan saja.
Beliau membuat keputusan meninggalkan Gunung Chintawangsa. Dalam pencarian kawasan baru itu, beliau sampai ke hutan yang dipenuhi pokok tegayong. Di situ, beliau membuka Kota Tegayong.
Di kota pentadbiran baru itu, beliau membina sebuah taman bunga sebagai tempat bermain dan bersuka ria yang dinamakan dengan Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong, yang kini terletak di Kampung Kedai Piah, Pangkal Kalong, Ketereh.
Apabila nama Cik Siti Wan Kembang mula terkenal, rakyatnya yang mendiami Gunung Ayam (berhampiran Sungai Nenggiri, kini Hulu Kelantan), membawa pelbagai persembahan untuk beliau.
Antara persembahan itu ialah seekor anak kijang cantik yang amat dikasihinya. Kerana terlalu sayangkan kijang itu, Cik Siti Wan Kembang menerapkan lambang kijang pada wang emas negeri selain diabadikan pada sebahagian lambang kebesaran Kelantan yang kekal hingga kini.
Kecantikan & Keperawanan
Di sebalik kecantikannya, Cik Siti Wan Kembang tidak bersuami walaupun ramai raja dan anak raja datang meminangnya. Ramai ditolak Cik Siti Wan Kembang dengan alasan tidak terlintas dihatinya untuk bersuami.
Lama kelamaan, keadaan itu membuatkan Cik Siti Wan Kembang berasa kesunyian hidup sendirian. Apabila melihat Puteri Saadong, (Puteri Raja Loyor) ketika mengadap Raja Loyor di Jembal, timbul hasrat mengambil puteri itu sebagai anak angkatnya.
Rundingan di antara Raja Loyor dan permaisurinya berakhir dengan kerelaan mereka menyerahkan Puteri Saadong untuk dijaga Cik Siti Wan Kembang.
Puteri Saadong adalah seorang gadis ayu serta cantik dan digelar penduduk Gunung Chintawangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu sampai kepada pengetahuan maharaja Siam yang menghantar utusan meminangnya tetapi ditolak Cik Siti Wan Kembang.
Menyedari Raja Siam akan menimbulkan masalah berikutan penolakan lamaran itu, Cik Siti Wan Kembang mengahwinkan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah (sepupunya) dari Jembal sebelum dimahkotakan di Kota Tegayong dan kemudian berpindah ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.
Sejarah Cik Siti Wan Kembang berakhir apabila beliau melantik Raja Abdullah dan Puteri Saadong sebagai pemerintah Kelantan.
Selepas pelantikan itu, Cik Siti Wan Kembang kembali semula ke Gunong Chintawangsa, kota pemerintahan awalnya dan selepas itu kisahnya tidak diketahui lagi.
Cik Siti Wan Kembang memerintah Kelantan selama 67 tahun, antara 1610 dan 1677 dengan dua pusat pemerintahan iaitu Kota Tegayong dan Gunung Chintawangsa.
cik siti bukan raja tapi putri
ReplyDeleteShe was a raja
DeleteMak cik saya cakap kami sekeluarga keturunan Cik Siti Wan Kembang. Mula mula saya rasa tak betul tapi saya akan selidik lagi bila saya baca tentang Puteri Saadong menjadi anak angkat Cik Siti Wan Kembang.
ReplyDeleteMaaf..beliau tidak berkahwin..macam mana blh ade zuriat/keturunan?
DeleteBeliau kan ada sepupu
DeleteSepupu beliau Raja Loyor mempunyai puteri bernama puteri saadong, dan beliau mengambilnya sebagai anak angkat
DeleteSalam warga blog...semasa arwah datuk saya masih hidup saya sering terdengar bualan dengan ahli keluarga tentang Che Siti Wan Kembang..Datuk kata kami keturunan che Siti Wan Kembang..patutla semasa hayatnya kami walaupun sebagai rakyat biasa sekarang dididik dgn tohmaninah atau protocol yang kadang merimaskan.Kalau makan sudu tak boleh beruntung maksud saya berlaga.pinggan harus yang bukan lutsinar.berjalan tak hentak kaki(rumah tuk dulu papan so jln senyap tanpa bunyi mcm kucing��), Perempuan kalau duduk dikerusi kedua tangan disatukan atas riba.ketawa ...kalau bole senyum je.macam mcm la pada masa tu saya baru 20thn mmg rasa rimas.!Kata Datuk keturunan Che Siti Wan Kembang dan Saadong harus beradat dan lemah lembut.Hmmm Kuat jugak serrr Keturunan nok,che,dan Wan ni.
ReplyDeleteTaipan Indonesia | Taipan Asia | Bandar Taipan | BandarQ Online
ReplyDeleteSITUS JUDI KARTU ONLINE EKSKLUSIF UNTUK PARA BOS-BOS
Kami tantang para bos semua yang suka bermain kartu
dengan kemungkinan menang sangat besar.
Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
Cukup Dengan 1 user ID sudah bisa bermain 7 Games.
• AduQ
• BandarQ
• Capsa
• Domino99
• Poker
• Bandarpoker.
• Sakong
Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
customer service kami yang profesional dan ramah.
NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
• FaceBook : @TaipanQQinfo
• WA :+62 813 8217 0873
• BB : D60E4A61
Come & Join Us!!
babi berkemban
ReplyDeleteSape ko ¿? Babi mane??
DeleteThanks admin ! Beauty historyđź’•
ReplyDeleteBaru je jumpa keturunan che siti wan kembang kat tv tadi
ReplyDeleteNama gelaran dia che siti wan kembang ketiga
ReplyDeleteKat awesome tv
ReplyDeleteputeri ni masih hidup tapi aku dengar dia sembunyi tapi aku tak faham apa yang dia sembunyi
ReplyDeleteapakah sumbangan beliau
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete