Monday, January 19, 2015

Misteri Makhluk Halus Bahagian 1

1. Pontianak / Puntianak / kuntilanak

Pontianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan  bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.

2. Langsuir - perempuan


Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati. Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuirberasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu.Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi. Apabila sampai ketempat yang sunyi, langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal dan akan merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah mereka.

3. Toyol - hantu kanak-kanak bogel


Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

4. Pelesit - boleh dipelihara




Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.

5. Hantu air


Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.

6. Hantu raya


Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Cara mengambilnya ialah: amik dekat pokok kelapa yg kena panah petir Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

7. Hantu bungkus - makhluk ghaib yang dilihat berbungkus dalam kain kafan.


Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakanmengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

8. Polong


Hantu Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan memudaratkan musuh. Hantu polongdipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.Menurut kepercayaan orang Melayu,polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol. Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polongmakan. Dengan memberi makan, polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut.


9. Bota 

Hantu yang terkenal sehingga namanya digunakan sebagai nama sebuah kampung. Mengikut kepercayaan penduduk tempatan Bota, nama kawasan ini diambil bersempena sejenis gergasi yang wujud di sini. Bota ialah sejenis gergasi besar yang hidup dalam tanah, menyembunyikan diri dalam gua di dalam tanah. Bota akan keluar daripada tempat persembunyian pada ketika-ketika tertentu sahaja dan amat meminati kanak-kanak yang tidak memakai seluar.Kebanyakan masanya dihabiskan di dalam tanah dan jarang dilihat oleh manusia. Menurut nenek-nenek tua di kawasan ini, badan gergasi Botaini menyerupai warna tanah itu sendiri terutama di kawasan berlumpur, di tepi rimbunan buluh kuning dan di tepian sawah padi di mana ikan puyu dan tilan biasa ditemui. Makanannya didapati di dalam tanah juga dan sesekali akan mencari makanan dalam bentuk daging manusia atau haiwan. Manusia dan haiwan bukanlah makanan kegemarannya kerana ia hanya keluar sesekali sahaja terutama pada rembang petang.Gergasi Bota ini dikaitkan dengan kehilangan seseorang. Jika seseorang penduduk didapati hilang, mereka percaya Bota yang bertanggungjawab dan penduduk tersebut telah melanggar pantang 'kewujudan' Bota di sesuatu kawasan.Anehnya Bota ini tidak banyak tapi boleh berada di mana-mana sahaja terutama di kawasan Sungai Perak.

10. Bajang - makhluk aneh


Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.Bajang merupakan makhluk setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan setan jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing pole cat. Bajang seringkali menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.Bajangakan dikawal oleh pemiliknya dan akan disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya hendak mengenakan musuhnya.Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.Bajang boleh dihindari dengan menggunakan tangkal atau azimat. Tidak ada cara membunuh bajang tetapi biasanya sekiranya tuannya diketahui, dia akan dibunuh atau diusir dari kampung tersebut.Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

1 comment:

  1. Gabung Bersama kami di Betpulsa,net
    Daftar di Betpulsa,net Dan mainkan Ratusan Game Dalam 1ID
    Situs Paling Terpercaya Betpulsa
    Menangkan Bonus Jutaan Rupiah Setiap Harinya
    Jaminan Kemenangan Bergaransi.
    AYO SEGERA BERGABUNG DAN BUKTIKAN SENDIRI

    Games Yang Tersedia Antara Lain :
    * SPORTSBOOK
    * POKER
    * LIVE CASINO
    * IDN LIVE
    * BLACK JACK
    * SLOT ONLINE
    * SABUNG AYAM S128

    Promo di Betpulsa :
    * Min Depo 25 K
    * Min WD - 50 K
    * Bonus New Member 15%
    * Next Deposit 10%
    * Bonus Harian 5%
    * Bonus Naik Level
    Dan Masih Banyak Bonus Lainnya.
    * Deposit Via Pulsa Tanpa Potongan Rate 100%
    * Deposit dan Withdraw 24 jam Non stop tanpa kendala
    * Proses Deposit & Withdraw Tercepat
    * Jaminan Jackpot 100% Dan Mudah Cair
    * Livechat 24 Jam Online
    * Segera Bergabung Di Betpulsa,net
    * Untuk Info Lebih Lanjut Bisa Hubungi CS Kami

    ## Contact_us ##
    WHATSAPP : 0822 7636 3934

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Open Cbox