Thursday, May 8, 2014

Misteri Tanah Para Nabi Bahagian 1





 
Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Bagi meneruskan kesinambungan artikel saya mengenai bangsa-bangsa awal dunia, para Nabi terawal serta kaitannya dengan tanah Nusantara yang bertuah ini maka saya persembahkan satu artikel berbentuk teori untuk kita sama-sama memikirkan kebenaran disebaliknya. Dalam artikel ini kita akan mengembara di zaman yang paling jauh yang tak pernah saya pergi sebelum ini. Saya akan bawa anda ke zaman dimana manusia pertama bertapak dibumi. Ya...zaman Nabi Allah Adam a.s bersama isterinya Hawa serta anak-anak mereka setelah baginda dikeluarkan dari Taman Jannah.

 

Sebenarnya para pembaca sekalian, persoalan ini telah membelengu pemikiran saya sejak beberapa tahun yang lalu. Namun hanya sekarang baru saya mampu untuk merungkaikanya setelah membaca dan mengkaji dari pelbagai sudut termasuklah dari sudut Agama. Apakah persoalan tersebut? Ia adalah mengenai teori yang menyatakan bahawa Nabi Adam itu diturunkan oleh Allah di tanah Nusantara. Saya percaya yang ramai diantara pembaca sekalian telahpun tahu samaada melalui pembacaan atau mendengarnya dari sumber kedua tentang perkara ini. Namun bagi saya jika saya tidak mengkajinya sendiri nescaya saya tidak akan berpuas hati dengan jawapan yang saya terima. Sebab itulah saya telah cuba membuat sedikit penyelidikan dan rujuk silang mengenai teori tersebut.Oleh itu mari kita hayati kisah manusia pertama ini dahulu, ADAM.

 

Pada era penciptaan ADAM, Azazil dan kuncu-kuncunya membelot dan membantah tentang pembinaan ADAM tambahan lagi disuruh untuk tunduk dan sujud. Akhirnya Azazil dan pengikutnya diburukkan wajah mereka dan dihalau keluar dari langit. Mereka inilah di namakan sebagai ‘fallen angle’oleh masyarakat barat. Mereka inilah yang pertama sekali menduduki bumi baru. Di dalam ‘syurga’ pula, Adam dan Hawa bergelak tawa. Tapi, di sudut dalam hati manusia, sebenarnya wujud calitan ‘azazil’ yang ego tadi lalu meresap kedalam diri. Calitan itulah yang mengoda ADAM dan HAWA supaya memakan buah yang di larang. Peristiwa itu menyebabkan mereka berdua di halau keluar dari syurga.

 

Pada hakikatnya, peristiwa itu hanyalah sebagai sebab musabab untuk ADAM dan HAWA keluar dari ‘syurga’ menuju ‘Dunia’. Sejak awal penciptaan ADAM lagi, sudah di tentukan tujuannya untuk mentadbir bumi dan menjadi pemimpin pada golongan yang engkar yakni golongan Fallen Angle tadi serta anak cucu mereka. Dek kerana itulah, turunnya ADAM dan HAWA. Mereka turun sebagai pemimpin pada campuran ‘fallen angle’ dan spesis lain yang diciptakan di bumi baru sebelum penurunan ADAM. Setakat itulah yang saya tahu dan jika mahu lebih, anda haruslah mencari dan mengkajinya sendiri.

 

NABI ADAM a.s tidak turun dengan tangan kosong. Baginda telahpun dipenuhkan dirinya oleh Allah swt akan ILMU SEGALA NAMA. Baginda kemudiannya mewariskan ilmu ‘segala nama’ kepada anak cucunya yang haq. Anak cucu inilah yang menjadi dewa-dewi atau wali-wali keramat yang dikenali pada catitan-catitan ketamadunan kuno. Tetapi, dikhabarkan juga, ada ahli yang mendapat ilmu ini untuk diaplikasikan mengikut hawa nafsu. Lantas terbinalah kecanggihan fizikal yang berlandaskan materialistic seperti bangunan yang tinggi-tinggi dan teknologi pembuatan senjata yang memusnah.

 

Jadi, pada era itu, terdapat dua golongan dewangga atau wali. Satu, dewa yang mengurus dunia dengan arahanNYA dan satu lagi, dewa atau orang keramat yang mahu membina dunia sebagai syurga hawa nafsu yang sudah pastinya disemarakkan oleh bisikan Azazil si Iblis. Maka, terjadilah ‘pertelingkahan’ sehingga kini. Inilah dinamakan sebagai ‘light and dark’ hitam atau putih, Ying atau Yang, antara yang baik dengan yang jahat. Pertempuran ini sentiasa terjadi sehingga kini. Jadi para pembaca semua setakat ini sudah tentu anda faham apa yang hendak saya sampaikan. Daripada tulisan diatas kita semua tahu bahawa Nabi Adam a.s telah diturunkan Allah dari syurga ke suatu tempat di atas bumi dengan dilengkapi dengan ILMU SEGALA NAMA. Persoalannya di sini, dimanakah tempatnya Nabi Adam mendarat dari syurga tersebut? Mari kita bincangkan bersama.

 

Berdasarkan riwayat dari Ibnu Abi Hatim, yang diterimanya dari Abdullah bin Umar, menyatakan bahwa Adam turun ke dunia di Bukit Shafa, sedangkan Hawa turun di Bukit Marwah. Akan tetapi, riwayat dari Ibnu Abi Hatim ini terdapat versi lain, yang menyatakan bahwa tempat turunnya Nabi Adam di Bumi, berada di antara negeri Makkah dengan Thaif. Di sisi lain, menurut riwayat Ibnu Asakir yang diperoleh dari Ibnu Abbas, menyatakan bahwa Nabi Adam turun di Hindustan dan Hawa turun di Jeddah. Dimana makna Jeddah berasal dari kata Jiddah, yang berarti nenek perempuan. Syaikh Yusuf Tajul Khalwati berpendapat, Nabi Adam turun di Pulau Serendib. Beliau ketika itu menduga, Pulau Serendib adalah Pulau Ceylon (Sri Langka). (sumber: Tafsir Al Azhar, Juzu’ I, tulisan Buya HAMKA) Tetapi berdasar penelitian, kata Serendib adalah bahasa Sanskrit yang ditulis dalam bahasa Arab, yang aslinya berasal dari kata Suvarna Dwipa pulau emas yakni Sumatera, yang merupakan sebahagian dari kawasan pentas Sunda. Maka melalui pendapat yang dikemukankan oleh Syeikh Yusuf Tajul Khalwati, saya mula mengatur benang-benang untuk cuba mencari kebenaran yang mengatakan Nabi Adam turun di Nusantara. Sememangnya persoalan ini adalah amat membingungkan kerana tiadanya sebarang rekod sejarah mahupun nas-nas dari Al Quran yang menyatakan tempat dimana Nabi Adam turun di bumi. Namun sejak dari zaman Rasulullah lagi telah banyak cubaan dilakukan oleh ahli-ahli tafsir untuk memecahkan kebuntuan tersebut seperti yang kita dapat lihat dalam penulisan sebelum ini.

 

Selain daripada tafsiran-tafsiran yang dibuat oleh Syeikh Yusuf Khalwati terdapat beberapa lagi tafsiran dari sumber-sumber yang boleh dipercayai kesahihannya. Cuma apa yang diperlukan adalah anjakan paradigma dan pandangan yang sedikit berbeza sahaja. Antara riwayat yang saya maksudkan adalah seperti;

·        Dari Qatadah ra, beliau berkata bahwa Allah swt meletakkan Baitullah (di bumi) bersama Nabi Adam as. Allah swt telah menurunkan Nabi Adam as di bumi dan tempat diturunkannya adalah di tanah AL HIND. Dan dalam keadaan kepalanya di langit dan kedua kakinya di bumi, lalu para malaikat sangat memuliakan Nabi Adam as, kemudian Nabi Adam as pelan-pelan berkuranglah tinggi beliau. (H.R. Musonif Abdur Razaq).

·         Dari Ibnu Abbas r.huma. telah berkata : “Sesungguhnya tempat pertama dimana Allah swt turunkan Nabi Adam as di bumi adalah di AL HIND”. (H.R.Hakim)

·         Dari Ali ra. Telah berkata: “Bumi yang paling wangi adalah tanah AL HIND, di sanalah Nabi Adam as. Diturunkan dan pohonnya tercipta dari wangi surga”. (Kanzul Ummal).

·         Dari Ibnu Abbas r.anhum. telah meriwayatkan Ali Bin Abi Thalib ra. Telah berkata: “Di bumi tanah yang paling wangi adalah tanah AL HIND (kerana) Nabi Adam as. telah diturunkan di AL HIND, maka pohon – pohon dari AL HIND telah melekat wangi-wangian dari surga.” (H.R.Hakim)

·         Dari Ibnu Abbas r.hum telah berkata bahwa Jarak antara Nabi Nuh as dengan hancurnya kaumnya adalah 300 tahun. Dari tungku api (tannur) di AL HIND telah keluar air dan kapalnya Nabi Nuh as. Berminggu-minggu mengelilingi Ka’bah. (H.R.Hakim) (riwayat ini penting kerana kita telah tahu bahawa Nabi Nuh berkemungkinan besar berasal dari Sundalan. Jadi AL HIND disini adalah Nusantara dan bukan India. Namun ini hanya teori yang masih banyak harus diperbaiki jadi seeloknya jangan kita ambil bulat-bulat kesimpulan ini.

·         Dari Abu Sa’id Al Khudri ra. mengatakan bahawa seorang raja dari AL HIND telah mengirimkan kepada Nabi saw. sebuah tembikar yang berisi halia. Lalu Nabi saw. memberi makan kepada sahabat – sahabatnya sepotong demi sepotong dan Nabi saw pun memberikan saya sepotong makanan dari dalam tembikar itu. (H.R.Hakim)

·         Dari Abu Hurairah ra. berkata bahwa Nabi saw. telah menjanjikan kepada kami tentang perang yang akan terjadi di AL HIND. Jika saya menemui peperangan itu maka saya akan korbankan diri dan harta saya. Apabila saya terbunuh, maka saya akan menjadi salah satu syuhada yang paling baik dan jika saya kembali (dengan selamat) maka saya (Abu HUrairah ra.) adalah orang yang terbebas (dari neraka). (H.R. An Nasai)

·         Dari Ali Ra. berkata bahwa dua lembah yang paling baik dikalangan manusia adalah lembah yang ada di MEKKAH dan lembah yang ada di AL HIND, dimana Nabi Adam as. diturunkan. Di dalam lembah itu ada satu bau yang wangi, yang darinya bisa membuat kamu jadi wangi.

·         Dari Ibnu Abbas ra. meriyawatkan dari Nabi saw telah bersabda bahwa Sesungguhnya Nabi Adam as. telah pergi haji dari AL HIND ke Baitullah sebanyak seribu kali dengan berjalan kaki tanpa pernah naik kendaraan walau sekalipun.(H.R.Thabrani)

·         Dari Ubay bin Ka’ab ra. mengatakan: “Saya berkeinginan untuk keluar di jalan Allah ke AL HIND”. Ubay bin Ka’ab ra. bertanya kepada Hasan ra.: “Berilah saya nasihat!”. Hasan ra. berkata: “Muliakanlah perinta Allah dimanapun kamu berada maka Allah akan memuliakan kamu”. (H.R. Baihaqi fii Syu’bul iman)

·         Dari Sauban r.a dari Rasulullah saw beliau bersabda: “Dua gulongan dari ummatku yang diselamatkan Allah dari Neraka. Iaitu golongan yang berperang di AL HIND dan golongan yang berkumpul bersama Isa a.s.” (Riwayat Nasai dan Ahmad)

Pada era satu bangsa yakni pada era kepimpinan anak cucu Adam yang berjaya menyatupadukan segala makhluk, kehidupan mereka cukup hebat. Baik dari segi spiritual dan fizikal. Emas itu umpama mainan saja. Terdapat juga kota-kota yang hebat. Kota di bawah laut dan di atas gunung. Tapi benua yang termaju itu terpecah dua dan saling bertelingkahan dan di akhiri dengan peristiwa perang besar. Pada era itu juga, mungkin bukan hanya ‘atlantis’ atau ‘lemuria’ saja yang wujud tapi masih ada lagi wilayah-wilayah lain yang hebat seperti ketamadunan ‘ramayana’ yang di sebut dalam kitab hindu. Tapi, janganlah kita pening untuk memikirkan lokasi-lokasi mereka ini dengan berlandaskan peta kini. Ternyata ketika zaman dahulu, peta mereka cukup lain .Apapun, kita tinggalkan tentang itu.Kemudiannya, peristiwa banjir besar terjadi lantas menenggelamkan segala yang ada. Bahtera NUH yang besar, mendarat di tanah besar yang kini di kenali sebagai Asia Barat.

 

Dari situ, bermulalah kehidupan yang baru di mana, manusia-manusia hybrid seperti Neanderthal dan homo sapien awal dihapuskan (atau mungkin di sembunyikan) sebab itu kita hanya jumpa rangka sahaja. Yang tinggal hanyalah manusia dari keturunan ADAM dan haiwan-haiwan yang di selamatkan. Bertebaranlah mereka membina kehidupan yang baru. Di suatu tempat yang lain pula, benua yang baru saja tenggelam itu membiarkan tanah paling tinggi mereka tidak di tenggelami air. Jadi, wujudlah apa yang kita saksikan sekarang ini sebagai tanah ‘Nusantara’. Tanah-tanah tinggi ini dahulunya pernah di diami oleh para dewa-dewi atau wali keramat pada era ADAM. Tetapi, sejak peninggalan NUH dan banjir besar, tanah ini kosong dan menunggu kepulangan penduduk asalnya. Tapi bilakah mereka itu akan pulang kepangkuan tanah ‘dewa’ ini? (peringatan kepada semua pembaca, bila saya sebut dewa bukan bermakna saya menyekutukan Allah tetapi ini merujuk kepada apa yang difahami oleh manusia zaman purba yakni manusia-manusia terpilih selain Nabi yang ada karamah atau ilmu yang tinggi sehingga disembah sebagai dewa samaada secara sengaja atau tidak sengaja). Bagi lebih memahami perihal ini kita akan lihat era-era berikut satu persatu dimulakan dengan era Adam.

Untuk Lebih Lanjut sila ke sini

1 comment:

  1. Gabung Bersama kami di Betpulsa,net
    Daftar di Betpulsa,net Dan mainkan Ratusan Game Dalam 1ID
    Situs Paling Terpercaya Betpulsa
    Menangkan Bonus Jutaan Rupiah Setiap Harinya
    Jaminan Kemenangan Bergaransi.
    AYO SEGERA BERGABUNG DAN BUKTIKAN SENDIRI

    Games Yang Tersedia Antara Lain :
    * SPORTSBOOK
    * POKER
    * LIVE CASINO
    * IDN LIVE
    * BLACK JACK
    * SLOT ONLINE
    * SABUNG AYAM S128

    Promo di Betpulsa :
    * Min Depo 25 K
    * Min WD - 50 K
    * Bonus New Member 15%
    * Next Deposit 10%
    * Bonus Harian 5%
    * Bonus Naik Level
    Dan Masih Banyak Bonus Lainnya.
    * Deposit Via Pulsa Tanpa Potongan Rate 100%
    * Deposit dan Withdraw 24 jam Non stop tanpa kendala
    * Proses Deposit & Withdraw Tercepat
    * Jaminan Jackpot 100% Dan Mudah Cair
    * Livechat 24 Jam Online
    * Segera Bergabung Di Betpulsa,net
    * Untuk Info Lebih Lanjut Bisa Hubungi CS Kami

    ## Contact_us ##
    WHATSAPP : 0822 7636 3934

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Open Cbox