Thursday, December 5, 2013

Pemalsuan Barat Tentang Logaritma







Konsep logaritma yang telah dicetuskan oleh Abu’l-Hassan Ali bin Ahmad al-Nasawi menerusi hasil karyanya dalam bahasa Parsi yang kemudiannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dengan tajuk al-muqni’ fi’l hisab al-Hind. Ibnu Yunus al-Safadi telah menukar proses pendaraban kepada proses penambahan menerusi rumus trigonometri seperti berikut: 

Ibnu Yunus dikatakan mendapat ilham idea itu daripada Ibnu al-Fath al-Harani pada kurun ke 10. Ibnu Hamzah memberikan ungkapan log(xy) = log x + log y yakni berpadanan dengan log (32) = log (4.8) = 2 + 3 = log 4 + log 8. Umat Islam pada kurun ke 9 dan kurun ke 10 telah berdebat dengan hangat tentang trigonometri, sedangkan John Napier menggunakan hubungan trigonometri untuk pentakrifan konsep logaritma pada kurun ke 17 seperti yang telah dilakukan oleh Ibnu Yunus sebelumnya.

Ini adalah konsep yang ditemukan pada permulaan logaritma Eropah. Henry Briggs (kurun ke 17) kemudiannya memperincikan konsep logaritma dalam buku yang ditulisnya iaitu Arithmetica Logaritmica dengan menggunakan siri geometri. Burgi pula telah menulis Progress tabulen (1620) yang mentakrifkan logaritma dan antilogaritma secara terperinci. Pihak Barat sering bertelagah tentang siapakah orang yang mengasas logaritma. Ada juga pihak yang mengatakan Henry Briggs dan pihak yang lain mengatakan John Napier sebagai pengasas Logaritma. Bolehkah 2 orang pada masa yang sama mengasaskan benda yang sama? Begitulah penipuan yang dilakukan oleh pihak Barat terhadap logaritma. Sedangkan perkataan logaritma itu adalah berasal dari nama Al-Khwarizmi (Muhammad Musa Al-Khwarizmi kurun ke 9) yang telah dilatinkan iaitu al-gorithma=logaritma.


Penulis Eropah pernah menyatakan bahawa James Gregory (kurun ke-17) yang menemukan siri tan-1x dan menyatakannya sebagai siri tidak terhingga

tan-1x = x - x3/3 + x5/5 - x7/7 + …

dan apabila nilai x = 1 dimasukkan ke dalam siri di atas, nilai diperoleh,

/4 = 1-1/3+ 1/5 - 1/7 + …

Akan tetapi siri ini terlebih dahulu dikaji di India oleh Madhava pada kurun ke-15 sebelum penemuan kembali di Eropah oleh Gregory. Liebniz juga mengaku turut menghasilkan siri yang sama di Jerman pada kurun ke-17. Demikian pula siri sin(x) dan kos(x) yang diberikan Newton telah diberikan oleh Madhava terlebih awal di India. Nilai sin(1°) = 0.0174524064 yang dikatakan diperoleh menerusi rumus Newton tetapi pada hakikatnya telah diberikan oleh al-Biruni pada kurun ke-11 di India pada masa ketika beliau berkhidmat dengan kerajaan Ghaznawi.

Setelah itu, konsep logaritma berkembang dalam matematik seluruh dunia. Pada mulanya ahli falak Islam telah menggunakan logaritma dalam astronomi untuk pengiraan waktu sembahyang dan penentuan arah kiblat. Menariknya, ialah penggunaan nama al-Khawarizmi dalam bahasa Latin iaitu Algorithm atau Logarithm untuk mentakrifkan fungsi tersebut. Sampai kini dalam tradisi pengajian Melayu Islam, logaritma digunakan untuk tujuan pengiraan waktu ibadah dan arah kiblat Solat lima waktu.

Dari paparan di atas, kita sebagai Muslim yang telah lama dijajah, dipijak dan ditindas tidak menyedari perancangan rapi yang dilakukan pihak Barat untuk menutup fakta sejarah yang benar belaka. Selama ini kita disogok dengan sejarah palsu yang memartabatkan pihak Barat, sedangkan punca ilmu sebenarnya bermula dari para Rasul, Nabi dan Ulama’ Islam dahulu kala.

4 comments:

  1. ITULAH SEBUAH HAKIKAT YANG TERPAKSA DI TELAN OLEH UMAT ISLAM ISLAM,APABILA EMPAYAR ISLAM DI SERANG DAN JATUH SERTA DI TINDAS BERTERUSAN OLEH PENJAJAHAN DARI EROPA/BARAT YANG BEGITU HEBAT DENGAN SLOGAN KEMAKNUSIAN SEJAGAT TETAPI HANYALAH HELAH SEMATA.SEJARAH NUSANTARA DAN ASIA BARAT MEMBUKTIKAN,MEREKA YANG MENANG TELAH MENULIS SEJARAH YANG KALAH.INSHA-ALLAH,JANJI ALLAH SWT ITU BENAR,KEBANGKITAN UMMAH KEBENARAN DI AKHIR ZAMAN PASTI MUNCUL....TETAPKAN AKIDAH,IMAN DAN JATIDIRI,TERUS BUDAYA ILMU ISLAM....AMIN.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Saudara, bolehkah saya minta sumber rujukan tulisan ini? Terima kasih. alamat e-mel saya : tubiatunmae@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Gabung Bersama kami di Betpulsa,net
    Daftar di Betpulsa,net Dan mainkan Ratusan Game Dalam 1ID
    Situs Paling Terpercaya Betpulsa
    Menangkan Bonus Jutaan Rupiah Setiap Harinya
    Jaminan Kemenangan Bergaransi.
    AYO SEGERA BERGABUNG DAN BUKTIKAN SENDIRI

    Games Yang Tersedia Antara Lain :
    * SPORTSBOOK
    * POKER
    * LIVE CASINO
    * IDN LIVE
    * BLACK JACK
    * SLOT ONLINE
    * SABUNG AYAM S128

    Promo di Betpulsa :
    * Min Depo 25 K
    * Min WD - 50 K
    * Bonus New Member 15%
    * Next Deposit 10%
    * Bonus Harian 5%
    * Bonus Naik Level
    Dan Masih Banyak Bonus Lainnya.
    * Deposit Via Pulsa Tanpa Potongan Rate 100%
    * Deposit dan Withdraw 24 jam Non stop tanpa kendala
    * Proses Deposit & Withdraw Tercepat
    * Jaminan Jackpot 100% Dan Mudah Cair
    * Livechat 24 Jam Online
    * Segera Bergabung Di Betpulsa,net
    * Untuk Info Lebih Lanjut Bisa Hubungi CS Kami

    ## Contact_us ##
    WHATSAPP : 0822 7636 3934

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Open Cbox