Monday, November 11, 2013

Bangsa Misteri Di India..



Ravana seorang Raja bangsa Rakshasa. Ayahnya adalah berbangsa Yaksha. 


Artikel in adalah tentang jenis-jenis bangsa purba yang pernah wujud di India suatu ketika dahulu. Pengetahuan kita tentang bangsa-bangsa purba ini sebenarnya juga adalah amat penting untuk kita memahami sejarah bangsa Melayu di Nusantara terutama setelah pembentukan kaum-kaum baru setelah banjir besar Nabi Nuh. Sebenarnya bangsa-bangsa purba di benua India dibahagikan kepada dua kelompok. Kelompok pertama adalah kelompok yang dianggap baik atau suci dan kelompok kedua adalah kelompok yang dianggap jahat dan kejam.




Tentang mengapa terjadinya pembahagian sebegini dalam masyarakat India purba tidaklah mahu saya sentuh dengan mendalam disini kerana ianya amat panjang.  Di dalam epik klasik India seperti Mahabrata dan Ramayana, serta Purana ada dinyatakan nama-nama kaum atau bangsa tersebut. Namun demikian dalam epik-epik ini kesemua bangsa ini tidak digambarkan sebagai manusia biasa sebaliknya mereka digambarkan memiliki pelbagai kuasa ajaib dan sakti mandraguna. Penceritaan mengenai mereka biasanya tidak dapat lari daripada mitos dan dan lagenda. Diantara puak-puak yang terdapat pada masa tersebut adalah seperti Yakshas, Kinnaras, Kimpurushas, Rakshasas, Suparnas, Vanaras, Vidyadharas, Valikilyas, Pisachas, Devas dan Asuras.





Salah satu daripada puak yang akan saya sentuh adalah puak Yakshas. Yakshas adalah dianggap sebagai makhluk yang ajaib kerana mereka dikatakan boleh menghilangkan diri dengan tiba-tiba. Raja mereka bernama Vaisravana atau Kuvera dan merupakan penyembah Siva. Dalam agama Hindu dia dianggap sebagai Dewa Kekayaan. Menurut epik Ramayana, Kuvera telah membina kerajaan  yang bernama Lanka atau sekarang dipanggil Sri Lanka (ada yang kata Pulau Langkawi). Dalam masa yang singkat negeri Lanka dipenuhi dengan bangsa  Yaksha . Tidak lama kemudian adik tiri Kuvera yakni Ravana telah menawan Sri Lanka. Atas  permintaan ayah mereka, Kuvera berpindah ke kawasan berhampiran Kailasa berdekatan gunung Himalaya. Apa  yang menariknya ,bangsa Yaksha yang tinggal di Sri Lanka  masih lagi wujud hingga sekarang. Namun mereka tidak lagi digelar Yakshas. Mereka sekarang  adalah satu-satunya penduduk orang asli yang wujud di Sri Lanka. Hingga sekarang masyarakat Sri Lanka mengaggap mereka sebagai manusia ajaib kerana kemahiran mereka akan bentuk muka bumi dan hutan belantara yang menyebabkan mereka sukar untuk didekati dan ditemui. Mereka juga ditakuti oleh masyarakat Sri Lanka kerana dikatakan mereka boleh menyumpah sesiapa sahaja.




Perkara pokok yang ingin saya sampaikan di sini adalah, semua bangsa-bangsa purba dalam epik-epik kuno tersebut adalah manusia biasa yang telah di salahtafsirkan oleh kita. Mereka sengaja digambarkan sebagai manusia ajaib dan sebagainya kerana ia adalah suatu propaganda ala zaman purba. Bangsa yang menang biasanya akan digambarkan sebagai dewa dewi manakala bangsa yang kalah atau dianggap jahat akan digambarkan sebagai demon atau sesuatu makhluk yang menggerunkan dengan taring dan kuku yang tajam. Ini semua adalah propaganda sejarah. Begitu juga dengan kisah peperangan diantara Rama dengan Ravana. Rama dianggap sebagai Dewa kuasa baik maka Ravana musuhnya dianggap sebagai manusia yang hodoh dan bertaring serta kejam. Padahal Ravana juga adalah manusia biasa cuma berlainan bangsa dari Rama. Ravana yang juga berketurunan yaksha dianggap sebagai seorang Rakhshasa yang paling terkenal. Oleh kerana itu dapat kita simpulkan bahawa Rakhshasa adalah suku yang terbit dari bangsa yaksha juga. Rama hanya dianggap sebagai Devas kerana dia menang dalam perang tersebut. Bayangkan jika Ravana yang menang dan para pengikut Ravana yang menulis epik tersebut, sudah tentu Rama dianggap sebagai bangsa yang hodoh dan jahat bukan?


Tujuan  artikel ini adalah untuk memberi pemahaman kepada anda semua yang suka baca hikayat-hikayat melayu lama yang banyak simbolisme. Supaya anda tidak ambil bulat-bulat apa yang ditulis contohnya dalam Hikayat Merong Mahawangsa ada disebut bahawa penduduk  asal Kedah adalah keturunan gergasi dan Raja Merong Mahawangsa berkahwin dengan anak Raksaksa. Jadi jangan gunakan pemahaman cetek orang yang tidak tahu sejarah dengan mengatakan ia dogeng sebab kalau ikut kepala otak logik kita maka Hikayat Raja Merong Mahawangsa jadi macam cerita Doraemon. Melalui penjelasan dan pemahaman tentang bangsa-bangsa purba India ini maka saya pasti anda akan lebih mudah untuk memahami hikayat-hikayat lama seperti Merong Mahawangsa dan sebagainya.


Bacalah dengan minda yang terbuka dan janganlah menghukum atau menolak membabi buta dan saya juga tidak memaksa sesiapa untuk menerimanya , sekian:
Untuk lebih lanjut boleh ke : 

1 comment:

  1. Gabung Bersama kami di Betpulsa,net
    Daftar di Betpulsa,net Dan mainkan Ratusan Game Dalam 1ID
    Situs Paling Terpercaya Betpulsa
    Menangkan Bonus Jutaan Rupiah Setiap Harinya
    Jaminan Kemenangan Bergaransi.
    AYO SEGERA BERGABUNG DAN BUKTIKAN SENDIRI

    Games Yang Tersedia Antara Lain :
    * SPORTSBOOK
    * POKER
    * LIVE CASINO
    * IDN LIVE
    * BLACK JACK
    * SLOT ONLINE
    * SABUNG AYAM S128

    Promo di Betpulsa :
    * Min Depo 25 K
    * Min WD - 50 K
    * Bonus New Member 15%
    * Next Deposit 10%
    * Bonus Harian 5%
    * Bonus Naik Level
    Dan Masih Banyak Bonus Lainnya.
    * Deposit Via Pulsa Tanpa Potongan Rate 100%
    * Deposit dan Withdraw 24 jam Non stop tanpa kendala
    * Proses Deposit & Withdraw Tercepat
    * Jaminan Jackpot 100% Dan Mudah Cair
    * Livechat 24 Jam Online
    * Segera Bergabung Di Betpulsa,net
    * Untuk Info Lebih Lanjut Bisa Hubungi CS Kami

    ## Contact_us ##
    WHATSAPP : 0822 7636 3934

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Open Cbox