Saturday, August 24, 2013

Siapa itu Abdullah Munshi yg sebenar?





BUANG TERUS GELARAN MUNSYI ABDULLAH DARIPADA SEJARAH MELAYU VERSI KRISTIAN


Isu kalimah Allah yang hangat diperdebatkan oleh masyarakat Malayu Islam di Malaysia hari ini sepatutnya disusuli dengan usaha membersihkan terus Sejarah Melayu daripada elemen-elemen kristianisasi.


Contoh dakyah Kristian yang menggunakan Kalimah Allah - Bismillahirahmanirahim sambil menyerapkan unsur-unsur syirik kristianiti. Dibuat khas untuk orang Melayu pada abad ke 19.


Munsyi Abdullah atau Abdullah Kadir (dikhuatiri bukan nama betulnya) adalah seorang yang berbangsa India, dilihat sebagai tali barut penjajah yang utama dalam hal memporak perandakan Sejarah Melayu dengan bantuan Inggeris yang bertapak di negeri-negeri Selat.


Selain Sejarah Melayu, Adat Raja-raja Melayu pun disunting oleh Munsyi Abdullah?
Dibawah selian siapa dan diterbit oleh siapa?



Yang paling utama adalah gelaran Bapa Persuratan Melayu Moden yang telah diberikan kepada orang yang bertanggungjawab menterjemahkan bible kepada bahasa Melayu diawal abad ke 19 ini - wajib ditarik balik.

Jika ini tidak dilakukan maka akan terdapat percanggahan atau konflik akidah bagaimana seorang yang dengan rela hati menterjemahkan bible konsep triniti dengan tujuan menyesatkan akidah orang Islam boleh pula diangkat kepada tempat yang tertinggi dalam sejarah bangsa Melayu moden.


Keasberry inilah adalah pembimbing utama si Munsyi.


Sejarah Melayu dan segala mitos fantasi hasil tangannya juga yang menjadi anutan kebanyakkan orang Malayu yang tenggelam punca hari ini.

Isu penterjemahan bible ke dalam bahasa Melayu yang menjadi kecoh sejak mutakhir ini adalah bukti hasil langsung daripada usaha indoktrinasinya yang telah lepas.


Apa kerja Mubaligh? Apa jenis percetakan dan dakyah yang cuba di indoktrinkan?


Maka jika perkara itu telah dipersetujui, terang jelas nampak menyesatkan orang ramai eloklah dibuang terus daripada pemikiran orang Islam khasnya orang Melayu hari ini supaya ia tidak lagi menjadi beban kendong generasi anak-anak dimasa hadapan.


Sudah jelas peranan Munsyi Abdullah Kadir dan sumbangannya terhadap agama kristian tidak dapat dinafikan.


Bukankah Abdullah ibni Saba' itu asalnya seorang bapak Yahudi (dikatakan berasal dari San'a Yaman) yang berpura-pura Islam?




Surah Al Ikhlas cerita Tauhid Surah Meng Sa kan Allah.

Katakanlah (Muhammad s.a.w) Allah itu Sa. Tempat bergantung segala sesuatu pada Nya. Tidak beranak dan tidak diperanakan. Tiada sesuatu pun yang serupa atau menyamai-Nya.

Wallahhua'lam...





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Open Cbox