Salam hormat kepada semua pembaca.
Kita sering mendengar tetang lagenda King Arthur dan Knight
Of The Round Table bukan? Saya pasti tidak ada anak-anak atau orang
dewasa yang mendapat pendidikan modern dan mempunyai television di rumah
masing-masing tidak pernah dengar tentang raja Arthur dan pembantunya Merlin si
ahli sihir. Malahan sudah beberapa kali kisahnya difilemkan dari pelbagai sudut
dan pelbagai tafsiran oleh penerbit-penerbit barat yang amat yakin bahawa
mereka ini wujud.
Padahal sebahagian besar daripada masyarakat yang
berpendidikan tinggi tahu bahawa ia hanyalah lagenda semata-mata. Namun adakah
ini akan memberhentikan para peminat fanatik lagenda tersebut daripada terus
mencari bukti kewujudan sang raja misteri ini.Tentulah tidak! Mengapa agaknya
ini berlaku? Ini semua kerana sences of pride atau rasa
kebanggaan atau kemegahan yang dibawa oleh kisah-kisah lagenda Merlin dan Raja
Arthur ini.
Ianya memberikan kesan yang sangat mendalam dalam
sanubari masyarakat barat terutama yang berketurunan Inggeris. Bagi mereka
Arthur adalah lambang kehebatan bangsa Inggeris dan Arthur adalah hero bangsa
Inggeris yang berjuang demi rakyatnya untuk keamanan dan lambang pengorbanan
seorang raja adil yang mewujudkan sebuah kerajaan yang aman makmur
yakni Camelot dan lambang good vs evil.
Nah, inilah yang berlaku dalam masyarakat Melayu! Apa
yang mereka dahagakan adalah perasaan bangga atau prideterhadap
kewiraan Hang Tuah sepertimana kebanggaan orang Inggeris terhadap Arthur.
Mereka perlukan seseorang yang boleh dilihat dan dipandang sebagai Hero bangsa
yang sentiasa menang dalam setiap pertarungan dan sentiasa lucky atau
bernasib baik dalam setiap rintangan. Setiap bangsa di dunia ini mempunyai hero
sedemikian bagi pendapat saya.
Sehingga hari ini masih ada ahli sejarah yang
tercari-cari bukti-bukti arkeologi di sekitar wilayah Cornwall dan sekitarnya
untuk membuktikan bahawa Arthur dan Kerajaan Camelotnya pernah wujud suatu
ketika dahulu, dan ada diantara mereka telah menjumpai beberapa bukti yang
memberansangkan. Namun adakah penemuan ini menandakan Arthur benar-benar wujud
? wallah hu a’lam. Namun ia membangkitkan persoalan bahawa adakah semua fairy
tales itu dogeng belaka atau sebenarnya ia bermula daripada satu
kisah benar yang telah ditokok tambah? Nah! Inilah yang kita harus
fikirkan.
Kita sepatutnya mempunyai semangat ingin
tahu dan ingin kaji yang tinggi seperti ahli-ahli sejarah terpinggir ini dalam
mencari bukti-bukti kewujudan Hang Tuah dan Rakan-rakannya. Sebenarnya kalau
dibandingkan Kisan King Arthur dengan kisah Hang tuah , kita berada dihadapan
sedikit dengan bahan-bahan rujukan yang lebih banyak terutama dari segi
manuskrip-manuskrip seperti sulalatus salatin dan Hikayat Hang Tuah sendiri. Jadi
adalah tidak mustahil sekiranya Hang Tuah sebenarnya wujud. Hal ini ada
diceritakan sendiri di dalam Sulalatus salatin yang memang telah diyakini oleh
sejarawan kita bahawa mempunyai banyak unsur sejarah yang ternyata benar.
Malahan di dalamnya juga ada tercatat salasilah Hang Tuah sehinggalah ke anak
cucunya. Salah seorang anaknya kalau tak silap saya adalah Hang Nadim yang
sememangnya wujud dan memainkan peranan yang penting dalam penyerangan balas
terhadap pihak portugis dalam zaman empayar Johor –Riau.
Jadi saya tinggalkan persoalan mengenai Hang Tuah ini
setakat ini sahaja. Terpulanglah kepada anda untuk membuat keputusan dan
analisa masing-masing samaada Hang tuah Lima Bersaudara itu wujud atau tidak.
Namun saya berharap anda tidak putus asa dan rasa kecewa dengan kenyataan
seorang sejarawan veteran kita yang pernah mengungkapkan bahawa Hang tuah tidak
wujud. Itu hanya pandangannya sahaja. Masih banyak kajian yang boleh dibuat dan
saya pasti suatu hari nanti kebenaran akan muncul jua, wallah hu a’lam.
Hang tuah berkeluarga kr tuan.dari yg saya dengar selepas menyampaikan syarat dari puteri gunung ledang kepada sultan hang tuah merajuk dan membawa diri sampai tak di ketahui di mana hang tuah berada.keris taming sari yg di lempar ke laut tak ditemui.yg ada sekarang adalah pendua taming sari.makam pula ada yg mengatakan itu vuma makam kosong sebagai memperingati hangtuah.sedangkan jasad hang tuah tak diketahui dimana.itu keliru bagi saya.boleh tuan jelaskan lebih detai sejarah hang tuah
ReplyDelete