Thursday, August 29, 2013

Salasilah Wali Songo





Tujuan penulisan ini adalah untuk menghapuskan kekeliruan dan fitnah yang mungkin telah lama timbul terhadap Wali Songo, khususnya dikalangan rakyat Malaysia.

Hasil kajian ini bukanlah paling tepat, tetapi ianya adalah berdasarkan banyak sumber sama ada dari Indonesia, Kamboja, Patani, Inggeris, Belanda termasuklah Malaysia.
Selain sumber sejarah, salasilah keturunan ulama2 dari Malaysia, Patani dan Indonesia

************************************************** **************



Wali Songo adalah bermaksud Wali Sembilan yang perkataan ‘songo’ itu adalah dari sebutan Jawa. Perkataan Wali Songo seringkali juga dieja sebagai Wali Sanga …


1) SUNAN GRESIK

Nama sebenar: Maulana Malik Ibrahim
Panggilan lain: Syeikh Maghribi, Kakek Bantal

Salasilah:

Maulana Malik Ibrahim bin Sayyid Barakat Zainul Alam bin Sayyid Jamaluddin al-Hussein bin Sayyid Ahmad Syah Jalaluddin.

Ringkasan:

- Bapanya, Sayyid Barakat Zainul Alam ialah putera kepada Sayyid Jamaluddin al-Hussein dan Puteri Linang Cahaya atau Puteri Mariam.
- Maulana Malik Ibrahim atau Sunan Gresik di Kerisik, Patani Darul Salam.
- Tahun kelahirannya tidak diketahui.
- Mempunyai seorang adik bernama Sayyid Ahmad Zainul Alam.
- Merupakan Kepala/Ketua Wali Songo dan yang paling tua.
- Pada tahun 1397, Maulana Malik Ibrahim mengetuai rombongan dakwah bersama Raja Chermin ke Jawa untuk mengislamkan Raja Majapahit.
- Negeri Chermin yang dimaksudkan ialah sebuah negeri yang besar yang merangkumi Kelantan Tua dan Patani yang berpusat di Kota Jeddah, Bukit Panau (sekarang di Tanah Merah, Kelantan). Ketika itu nama Kelantan dan Patani masih belum wujud.
- Berdakwah di Gresik, Jawa Timur dan membuka pusat pengajian di sana.
- Mempunyai 2 puteri, Siti Muqfaroh dan Siti Sarah.
- Meninggal dunia dalam tahun 1419, dan dimakamkan di Gapura Waten, Gresik di Jawa Timur.


2) SUNAN AMPEL

Nama sebenar: Maulana Ahmad Rahmatullah
Panggilan lain: Raden Rahmat

Salasilah:

Maulana Ahmad Rahmatullah bin Sayyid Ibrahim al-Akbar (Sunan Nggesik) bin Sayyid Jamaluddin al-Hussein bin Sayyid Ahmad Syah Jalaluddin.

Ringkasan:

- Bapa Sunan Ampel ialah Sayyid Ibrahim al-Akbar juga lebih dikenali sebagai Ibrahim Asmarakandhi atau Ibrahim Asmaro. Banyak lagi gelar lain yang diberikan kepadanya berdasarkan tempat2 di mana beliau berdakwah. Gelaran al-Akbar itu merupakan gelaran yang diambil dari bapanya, Sayyid Jamaluddin Hussein al-Akbar atau lebih popular dengan panggilan Sayyid Hussein Jamadil Kubro.
- Sayyid Ibrahim al-Akbar mempunyai 2 orang isteri.
- Isteri pertamanya di Patani ialah Wan Maimunah binti Syeikh Yusuf al-Syandani dan mempunyai 5 orang anak: Syeikh Wan Abdul Rahman, Wan Jamilah as-Syandaniyah, Syeikh Wan Yahya, Syeikh Wan Muhammad Yassin dan Syeikh Wan Hussein.
- Isteri kedua Sayyid Ibrahim al-Akbar ialah Puteri Canda Wulan binti Wira Bhadrawarman (Raja Champa), yang memperolehi 4 orang anak: Maulana Ishaq (Sunan Wali Lanang), Maulana Ahmad Rahmatullah (Sunan Ampel/Raden Rahmat), Maulana Ali Murtadho ( Raden Santeri/Tok Seban) dan Siti Zainab.
- Sunan Ampel dilahirkan di Champa.
- Mempunyai hubungan sepupu dengan Sunan Gresik.
- Dari Champa, Sunan Ampel berdakwah di Palembang
- Setelah Sunan Gresik meninggal dunia dalam tahun 1419, datuknya, Sayyid Jamaluddin al-Hussein telah menugaskan Sunan Ampel meneruskan dakwah di Jawa pula.
- Sunan Ampel berdakwah dan membuka pusat dakwah di Denta Ampel.
- Sunan Ampel meninggal dunia dalam usia yang sangat tua dan dimakamkan di Ampel, Surabaya.


3) SUNAN GIRI

Nama sebenar: Muhammad Ainul Yaqin
Panggilan lain: Raden Paku, Joko Samudro, Prabu Satmata

Salasilah:

Muhammad Ainul Yaqin bin Maulana Ishaq (Sunan Wali Lanang) bin Sayyid Ibrahim al-Akbar (Sunan Nggesik) bin Sayyid Jamaluddin al-Hussein bin Sayyid Ahmad Syah Jalaluddin.


Ringkasan:

- Bapa Sunan Giri ialah Maulana Ishaq (Sunan Wali Lanang) yang juga adik-beradik dengan Sunan Ampel.
- Maulana Ishaq berkahwin dengan Dewi Sekardadu puteri Prabu Menak Sembayu (Raja Blambangan) dan lahirlah Sunan Giri.
- Perkahwinan kedua Maulana Ishaq di Pasai dengan Wan Biru (Wan Fatimah) binti Sayyid Ali Nurul Alam pula melahirkan 7 orang anak: Siti Sarah, Siti Musalmah, Syeikh Muhammad Qossim, Siti Khatijah, Siti Maimunah, Syeikh Ibrahim dan Siti Aisyah.
- Sunan Giri dilahirkan di Blambangan dan dibesar dan dididik oleh Sunan Ampel iaitu bapa saudaranya sendiri.
- Rakan seperguruan di Pesantren Ampel ialah Raden Fattah.
- Setelah tamat pengajian dengan Sunan Ampel, beliau pergi pula menuntut ilmu agama di Pasai dan Pulau Besar, Melaka.
- maka Sunan Giri membuka pusat pengajian agama di Desa Sidomukti, Selatan Gresik. Desa Sidomukti berada di kawasan bukit bukau yang bukit dalam Bahasa Jawa disebut giri.
- Apabila kerajaan Hindu Majapahit diruntuhkan oleh Raden Fattah dengan bantuan Wali Songo, Sunan Giri dilantik menjadi Penasihat Kerajaan Islam Demak menggantikan Syeikh Wan Hussein as-Senawi (Pateh Sri Amaravamsa) bin Sayyid Ali Nurul Alam.
- Sunan Giri kemudiannya dilantik sebagai Panglima Islam Demak dan Mufti Kerajaan Demak.
- Setelah Kerajaan Islam Demak berakhir, Sunan Giri diiktiraf sebagai Mufti Besar bagi semua kerajaan Islam di seluruh Pulau Jawa.


4) SUNAN BONANG

Nama sebenar: Makhdum Ibrahim
Panggilan lain: Raden Makhdum Ibrahim

Salasilah:

Raden Makhdum Ibrahim bin Maulana Ahmad Rahmatullah (Sunan Ampel / Raden Rahmat) bin Sayyid Ibrahim al-Akbar (Sunan Nggesik) bin Sayyid Jamaluddin al-Hussein bin Sayyid Ahmad Syah Jalaluddin.

Ringkasan:

- Bapa Sunan Bonang iaitu Sunan Ampel mempunyai 4 orang isteri.
- Isteri pertama, Nyai Ageng Manila (Rohana) binti Aryo Tejo (Temenggung Majapahit) yang melahirkan: Siti Sariah (Siti Syari’ah/Nyai Ageng Maloka), Siti Mutmainnah, Siti Hafsah, Raden Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang), Raden Qasim (Sunan Drajat / Raden Syaifuddin) dan Siti Sarah.
- Isteri kedua, Dewi Karimah binti Ki Bang Kuning, melahirkan: Dewi Murtasiyah dan Dewi Mutasimah.
- Isteri ketiga, Nyai Ageng Bela (anak saudara Aryo Tejo) melahirkan: Raden Hasyhim
- Isteri keempat: tidak diketahui namanya, melahirkan: Ratu Asyiqah, Alawiyah, Maulana Ahmad Hasamuddin (Sunan Lamongan)
- Terdapat nama2 lain anak Sunan Ampel yang tidak diketahui ibu kandung mereka, sama ada orang sama meliki nama panggilan berbeza: Raden Zainal Abidin (Sunan Demak), Pangeran Tumapel dan Raden Faqeh (Sunan Ampel 2).
- Belajar agama dengan ayahnya sendiri, Sunan Ampel.
- Suka mengembara sambil berdakwah.
- Tempat pertama yang berdakwah ialah Kediri, ketika itu masyarakat masih beragama Hindu. Di sana Sunan Bonang mendirikan Masjid Sangkal Daha.
- Sunan Bonang kemudian menetap di Bonang, Lasem di Jawa Tengah dan mendirikan pusat dakwah yang kemudian dikenali sebagai Watu Layar.
- Walaupun menetap di Bonang, tetapi beliau tetap meneruskan kembara dakwah seperti ke Tuban, Pati, Madura dan akhirnya meninggal dunia di Pulau Bawaen.
- Sunan Bonang dimakamkan di Tuban, di bahagian barat Masjid Agung.


5) SUNAN DRAJAT

Nama sebenar: Raden Qasim
Panggilan lain: Raden Syaifuddin

Salasilah:

Raden Qasim bin Maulana Ahmad Rahmatullah (Sunan Ampel / Raden Rahmat) bin Sayyid Ibrahim al-Akbar (Sunan Nggesik) bin Sayyid Jamaluddin al-Hussein bin Sayyid Ahmad Syah Jalaluddin.

Ringkasan:

- Sunan Drajat adalah adik Sunan Bonang yang berbapakan Sunan Ampel.
- Belajar ilmu agama dari ayahnya sendiri di Denta Ampel.
- Tugasan pertama dari ayahnya ialah berdakwah melalui jalan laut pesisir Gresik.
- Akhirnya Sunan Drajat singgah di Dusun Jelog, Banjarwati.
- Setahun selepas itu, Sunan Drajat berpindah dan mendirikan pusat dakwah di Dalem Wulur yang dikenali sebagai Desa Drajat.
- Sunan Drajat terkenal dengan sifat suka membantu dan menolong orang lain.
- Di pusat pengajiannya, beliau memelihara ramai anak yatim dan menempatkan fakir miskin.





6) SUNAN GUNUNG JATI

Nama sebenar: Syarif Hidayatulah


Salasilah:

Syarif Hidayatullah bin Sultan Wan Abdullah Umdatuddin bin Sayyid Ali Nurul Alam bin Sayyid Jamaluddin al-Hussein bin Sayyid Ahmad Syah Jalaluddin.

Ringkasan:

- Bapa Syarif Hidayatullah, ialah Wan Abdullah yang mempunyai banyak gelarannya. Salasilah Sunan Gunung Jati adalah paling dan tidak banyak pertikaian. Ahli sejarah bersepakat dengan salasilah Sunan Gunung Jati tersebut.
- Wan Abdullah mempunyai 3 orang isteri.
- Isteri pertama, Nyai Rarasantang (Syarifah Mudaim) binti Prabu Siliwangi (Raja Panjajaran) melahirkan: Syarif Hidayatullah dan Syarif Nurullah
- Isteri kedua, Ratu Asyiqah binti Maulana Ahmad Rahmatullah (Sunan Ampel), melahirkan: Raden Fattah dan Syarif Babullah
- Isteri ketiga, Puteri Raja Champa, melahirkan: Wan Abul Muzaffar Waliyullah
- Syarif Hidayatullah berdakwah di Gunung Jati dan menjadi leluhur Kesultanan Cirebon.
- Beliau banyak memainkan peranan bersama anggota Wali Songo dalam menjatuhkan kerajaan Hindu Majapahit serta mendirikan Kerajaan Islam Demak.
- Sunan Gunung Jati terlibat dalam pengusiran Portugis di Sunda Kelapa.
- Beliau menggunakan kaedah seni tempatan yang diselaraskan dengan syariat Islam dalam misi dakwahnya untuk memujuk masyarakat memeluk agama Islam.
- Beliau bersama puteranya, Maulana Hasanuddin menyebarkan Islam sehingga ke Banten.


7) SUNAN KALIJAGA

Nama sebenar: Raden Said
Panggilan lain: Lokajaya, Syeikh Malaya, Pangeran Tuban, Raden Abadurrahman

Salasilah:

Raden Said bin Syeikh Ahmad (Raden Sahul / Temenggung Wilatika – Adipati Tuban) bin Syeikh Subakir (Muhammad al-Baqir / Syeikh Mansur) bin Sayyid Ali Nuruddin bin Sayyid Ahmad Syah Jalaluddin.

Ringkasan:

- Ayahnya Syeikh Ahmad atau Raden Sahul adalah tokoh yang dinamakan sebagai pemberontak untuk meruntuhkan kerajaan Hindu Majapahit.
- Masyarakat Jawa suka mengaitkan beliau suka berendam di dalam sungai (kali) atau ‘jaga kali’.
- Sunan Kalijaga memainkan banyak memainkan peranan penting dalam pembangunan Masjid Agung Cirebon dan Masjid Agung Demak.
- Beliau sangat akrab dengan saudaranya, Sunan Gunung Jati dan Sunan Bonang.
- Sunan Kalijaga berdakwah banyak menggunaan prinsip psikologi. Kaedahnya sangat lembut dan beransur2 berusaha menolak kepercayaan masyarakat terhadap agama Hindu.
- Kaedah menggunakan seni ukir, wayang kulit, gamelan dan burdah banyak menarik masyarakat ke jalan Islam sehingga tertolak kepercayaan lama masyarakat secara halus.
- Antara golongan pemerintah yang memeluk Islam melalui Sunan Kalijaga ialah Adipati Panadaran, Kartasura, Kebumen, Manyumas serta Pajang (Yogjakarta).
- Sunan Kalijaga meninggal dunia dalam usia melebihi 100 tahun dan dimakamkan di Kadilandu, Selatan Demak.


8) SUNAN KUDUS

Nama sebenar: Jaafar Shaddiq


Salasilah:

Jaafar Shaddiq bin Utsman Haji (Sunan Ngudung) bin Maulana Ali Murtadho (Raden Santeri) bin Sayyid Ibrahim al-Akbar (Sunan Nggesik) bin Sayyid Jamaluddin al-Hussein bin Sayyid Ahmad Syah Jalaluddin.

Ringkasan:

- Ibu Sunan Kudus ialah Nyai Ageng Maloka (Siti Syari’ah) binti Maulana Ahmad Rahmatullah (Sunan Ampel).
- Nenek sebelah ibunya ialah Siti Sarah, iaitu puteri Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik) dan Siti Fatimah (Wan Biru) binti Sayyid Ali Nurul Alam.
- Sunan Kudus menuntut ilmu agama dengan Sunan Kalijaga.
- Setelah menamatkan pengajian dengan Sunan Kalijaga, beliau berkelana berdakwa ke pendalaman Jawa Tengah, seperti Sragen, Simo sehinggalah Gunung Kidul.
- Cara dakwahnya lebih halus daripada gurunya Sunan Kalijaga.
- Sebelumnya para anggota wali (pendakwah Islam Jawa) tidak menemui calon yang sesuai untuk berdakwah di Kudus kerana masyarakatnya sangat tebal dengan ajaran Hindu dan Buddha dan keras terhadap ajakan terhadap agama lain.
- Di Kudus, beliau memanfaatkan segala symbol Hindu dan Buddha dalam dakwahnya. Kesannya dapat dilihat pada senibina Masjid Kudus.
- Syarah Sunan Kudus banyak menceritakan kisah ketauhidan dalam melembutkan hati masyarakat kepada Islam dan ternyata usaha itu berhasil.
- Apabila ayahnya, Sunan Ngudung (Utsman Haji) meninggal dunia, beliau diminta supaya menggantikan kekosongan jawatan Panglima Perang Demak yang ditinggal oleh ayahnya itu.
- Ketika Demak di bawah pimpinan Sultan Prawata, Sunan Kudus telah turut sama bertempur dengan Adipati Jipang, Arya Penangsang.


9) SUNAN MURIA

Nama sebenar: Raden Prawoto


Salasilah:

Raden Prawoto bin Raden Said (Sunan Kalijaga) bin Syeikh Ahmad (Raden Sahul / Temenggung Wilatika – Adipati Tuban) bin Syeikh Subakir (Muhammad al-Baqir / Syeikh Mansur) bin Sayyid Ali Nuruddin bin Sayyid Ahmad Syah Jalaluddin.

Ringkasan:

- Ibu Sunan Muria ialah Siti Sarah, puteri Maulana Ishaq (Sunan Wali Lanang) dan Siti Fatimah (Wan Biru) binti Sayyid Ali Nurul Alam.
- Sunan Muria mempelajari ilmu agama dari ayahnya sendiri, Sunan Kalijaga.
- Beliau banyak menggunakan kaedah ayahnya dalam berdakwah tetapi, namun dia lebih suka berdakwah ditempat terpencil.
- Sunan Muria mendekati masyarakat dengan mengajar mereka cara bercucuk tanam, berniaga dan menangkap ikan.
- Semasa berlaku konflik dalaman dalam Kesultanan Demak, Sunan Muria sering dirujuk sebagai orang tengah. Banyak kerumitan diselesaikan dan cadangan penyelesaian masalah tidak pernah ditolak oleh semua pihak.
- Sunan Muria berdakwah dari Jepara, Tayu, Juana, Kudus dan Pati. Beliau akhirnya meninggal dunia di kawasan penempatan lereng Gunung Muria, 18 kilometer ke utara Kota Kodus.

__________________________________________________ _______________

Kesemua anggota Wali Songo merupakan zuriat yang bermula daripada Sayyid Ahmad Syah Jalaluddin. Manakala salasilah Sayyid Ahmad Syah Jalaluddin adalah seperti berikut:

Sayyid Ahmad Syah Jalaluddin bin Sayyid Abdullah bin Sayyid Abdul Malik al-Azhamatkhan.
Sayyid Abdul Malik al-Azhamatkhan ialah putera Alwi Ammu al-Faqih bin Muhammad Shahib Mirbath dari Hadramaut, Yaman.



Sumber

3 comments:

  1. salam..

    Bukankah Sayyid Barakat Zainul Alam putera kepada Sayyid Jamaluddin al-Hussein dan Puteri Jauhar (Muar Lama)?

    Puteri Linang Cahaya atau Puteri Mariam adalah puteri kepada Raja Chermin (Kelantan).

    Mungkin di sini lebih tepat berkenaan salasilah Wali Songo:

    - http://tabutjawi.blogspot.com/2012/02/salasilah-wali-songo.html
    - http://tabutjawi.blogspot.com/2012/02/maulana-malik-ibrahim-sunan-gresik.html

    ReplyDelete
  2. Khutubul Akwan Syed Muhammad Shafie Jamaluddin al maghribi

    ReplyDelete
  3. Ermmmm satu yg berputar kat sini .sunan ambel tu kawin 4 atau 2.sebab di sejarah sunan bonang srbut 4 pula isteri.sedangkan di sejarah salahsilah sunan ambel di ceritakan kawin 2.kompiussssss

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Open Cbox