Saturday, August 3, 2013

Raja Namrud dan kaitannya dengan Illuminati Part 3

Namrud disebut juga dalam Perjanjian Lama
Di dalam kitab Perjanjian Lama juga ada menyebut tentang Namrud / Nimrod. Tetapi bukan menceritakan tentang kezaliman dan kejahatannya, tetapi kehebatannya.
Kejadian  10 : 8  Kush memperanakkan Nimrod; dialah yang mula-mula sekali orang yang berkuasa di bumi;
10 : 9  ia seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN, sebab itu dikatakan orang: “Seperti Nimrod, seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN.”
Tentang binaan-binaan yang mereka cuba bina ada disebutkan di dalam bahagian 11 kejadian
Kejadian  11 : 1  Semula, bangsa-bangsa di seluruh dunia hanya mempunyai satu bahasa dan mereka memakai kata-kata yang sama.
11 : 2 Ketika mereka mengembara ke sebelah timur, sampailah mereka di sebuah dataran di Babilonia, lalu menetap di sana.
11 : 3 Mereka berkata seorang kepada yang lain, “Ayo kita membuat batu bata dan membakarnya sampai keras.” Demikianlah mereka mempunyai batu bata untuk batu rumah dan ter untuk bahan perekatnya.
11 : 4 Kata mereka, “Mari kita mendirikan kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, supaya kita termasyhur dan tidak tercerai berai di seluruh bumi.”
11 : 5  Maka turunlah TUHAN untuk melihat kota dan menara yang didirikan oleh manusia.
11 : 6 Lalu Ia berkata, “Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa, dan ini baru permulaan dari rencana-rencana mereka. Tak lama lagi mereka akan sanggup melakukan apa saja yang mereka kehendaki.
11 : 7 Sebaiknya Kita turun dan mengacaukan bahasa mereka supaya mereka tidak mengerti lagi satu sama lain.”
11 : 8 Demikianlah TUHAN menceraiberaikan mereka ke seluruh bumi. Lalu berhentilah mereka mendirikan kota itu.
11 : 9  Sebab itu kota itu diberi nama Babel, karena di situ TUHAN mengacaukan bahasa semua bangsa, dan dari situ mereka diceraiberaikan oleh TUHAN ke seluruh bumi.
Mereka mahu membuat batu-bata dan membina binaan besar dan tinggi untuk mencakar langit. Dan mereka ini lah yang mula dikenali sebagai MASONS, yang pada zaman moden kini disebut sebagai Freemasons.  Mereka sememangnya hebat dalam senibina / arkitek.
Dan cita-cita Namrud pada ketika itu tidak kesampaian, kerana itu lah keturunannya sampai sekarang mahu merealisasikan juga cita-cita tersebut. Dan kerana itu lah lukisan piramid pada duit 1 dollar Amerika Syarikat itu belum siap, dan tinggal satu bucu lagi di atas. Dan mereka sudah hampir untuk melaksanakan misi mereka.
Tentang binaan-binaan yang mereka bina dan tujuan pembinaan serta matlamat mereka mungkin saya akan tulis pada tajuk lain pula nanti, insyaAllah.
.
Babylon baru
Di dalam Perjanjian Baru pada surat Wahyu ada menyebut;
Wahyu  13 : 18   Maka inilah “hikmat”. Biarlah orang yang mengerti, menghitung bilangan angka binatang itu; kerana itulah bilangan angka manusia. Adapun jumlahnya itu enam ratus enam puluh enam.
Sistem pernomboran dan harga Babylon lama ialah sexagesimal, iaitu berasaskan kepada nombor 6 atau 60.  Bandingan 60 sen mereka adalah sama perkiraannya dengan 1 dollar.  Dan sebenarnya kita juga sekarang ada lagi mengguna pakai sistem pernomboran mereka sebagai contoh perkiraan masa. 60 saat bersamaan dengan 1 minit,  60 minit bersamaan 1 jam, itu sebenarnya berasal dari sistem mereka. Dan perkiraan pada bulatan juga disebut sebagai 360 darjah, iaitu 60 x 6.
Babylon baru (Amerika) sekarang menggunakan sistem centesimal iaitu berasaskan kepada nombor 10. Tetapi apabila kita dekodkan nombor roman (MDCCLXXVI) pada ‘The great Seal’ , ianya mewakili nombor 1776, kita akan mendapati pertukaran sistem Babylon lama dengan babylon baru.  Secara matematiknya, 1110 dollar Babylon lama adalah sama dengan 666 dollar Babylon baru iaitu   (0.6 x 1110 = 666).
Nombor 1110 dan 666 ini telah secara halusnya dikodkan kepada nombor 1776 (1110 + 666) , iaitu tarikh terjumpanya republik Amerika dan permulaan Amerika sebagai yang disebut di dalam Bible sebagai ‘Babylon yang hebat’  bersama-sama dengan ‘Agama Misteri’ nya.  Dan tahun 1776 inilah dikenali sebagai tahun lompat bermulanya Hari Isnin sebagai hari  pertama dalam satu minggu (mengikuti kalendar Gregorian).
great seal
Dan ketahuilah bahawa nombor  666 TIDAK ADA KAITAN dengan AlQuran, kerana jumlah ayat AlQuran bukannya 6,666 ayat seperti yang digembar-gemburkan dulu.  Itu hanyalah satu FITNAH untuk memburukkan AlQuran tetapi sudah ternyata SALAH. Jumlah sebenarnya setelah dikaji dengan teliti ialah 6,236 ayat.
barcode666
.
Hari Easter dan kaitannya dengan Semiramis di Babylon
Menurut kepercayaan umat Kristian, Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Yesus telah dihidupkan kembali (dibangkitkan) pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.
Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci (Holy Week) disambut oleh mereka dan pada hari Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Yesus telah disalib. Pada Ahad Palma (Palm Sunday) yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para paderi.
Tetapi sebenarnya nama Easter itu bukan bermula di situ, tetapi sudah berkait dari zaman penyembah berhala dulu lagi, terutamanya dengan babylon. Perhatikan gambar di bawah;
easter origin
Ishtar itu adalah juga gelaran kepada Ratu Semiramis, ibu kepada Nimrod kerana dikatakan dia melahirkan Nimrod tanpa ayah dan dikatakan dia adalah Dewi dari syurga. Kerana itulah dia digelar ‘Dewi Kesuburan’  atau dalam bahasa babilonian nya ‘Ishtar’.  Maka Easter = Eastre = Ishtar = Ashtaroth = Astarte
.
Kesimpulan
Kisah tentang Namrud sememangnya masih berlanjutan hingga ke hari ini dengan diwarisi oleh keturunan-keturunannya. Dan anda dapat lihat dengan jelas kenapa Amerika Syarikat telah menakluki Iraq (Babylon) tidak lama dulu.  Bukan semata-mata kerana minyak, tetapi ada agenda lain yang menjadi misi mereka.
“Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tidak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” Hadith Riwayat Muslim
“Tidak akan kiamat dunia ini sehingga ada seorang lelaki daripada keluargaku yang akan memimpin bangsa Arab, namanya sesuai (serupa) dengan namaku.”Hadis riwayat Abu Dawud
Rasulullah bersabda:  “Al-Mahdi berasal dari keturunanku, keturunan dari Fatimah.” Hadis riwayat Abu Dawud
.
Khutbah Rasulullah S.a.w berkenaan Dajjal
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.” di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.”
.
Penulisan berkenaan Illuminati ini akan bersambung lagi selagi hayat saya masih ada insyaAllah kerana masih terlalu banyak untuk dibongkarkan.  Semoga kita dapat mengambil manfaat darinya , mencegah mana-mana yang tidak elok, berusaha untuk menguatkan umat Islam dengan bersatu di bawah Tauhid yang satu, dan sentiasa berdoa kepada Allah agar dilindungi dari fitnah Dajjal.
Semoga kita dapat menjadi manusia yang membantu perjuangan Nabi Isa a.s nanti dan sama-sama menegakkan HUKUM ALLAH kembali di muka bumi yang sudah banyak tercemar dan ternoda ini.


SUMBER

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Open Cbox