Salam, terlalu banyak jika
hendak saya perkatakan mengenai masyarkat melayu dan budayanya. Tetapi apa yang
perlu difahami ialah elemen kemanusiaan menjadi perkara paling penting dalam
setiap diri manusia yang bernama melayu itu, yang bermaksud orang melayu itu
sangat peka akan rasa atau perasaan orang lain. Budaya bukan sahaja memaparkan
seluruh kemampuan akal dan budi, namun kemampuan akal itu telah menuntut orang
melayu untuk meggunakan seluruh kuderat, daya dan usaha dalam meneroka khazanah
alam, melalui kerja dan karya. Alam sebagai sumber budaya bendawi boleh
dimanipulasikan untuk kepentingan sendiri. Interaksi dengan alam bukan sekadar
melahirkan pengalaman kehidupan tetapi juga melahirkan kiasan, misalan
,analogi, perbilangan, perumpamaan, peribahasa, pantun dan sebagainya untuk
dijadikan panduan kehidupan. Seluruh khazanah falsafah sosial ini lahir
daripada pengamatan orang melayu terhadap alam.
Saudara sekalian, orang melayu mampu mengkategorikan, menyusun dan
mengklasifikasikan seluruh khazanah herba yang dihasilkan oleh hutan tropika di
sekitarnya. Mereka kenal segala tumbuhan, mereka tahu khasiat dan fungsi setiap
akar kayu, kulit kayu, teras kayu, daun kayu,buah kayu dan pucuk kayu.
Mereka juga paham akan ikan di air, segala binatang di hutan, segala unggas dan
serangga yang berterbangan di udara, kokok ayam dan kicau burung, mereka tahu
bila hari akan siang dan bila kan malam. Segala sumber alam adalah ilmu kepada
mereka. Seorang pelombong akan meminta bantuan kepakaran pawang bijih untuk
menyeru agar bijih dapat dikeluarkan dari tempat asalnya. Pawang bijih menyeru
melalui pengetahuan ilmu asal usul galian atau logam berkenaan. Gabungan antara
ilmu bendawi dan bukan bendawi digunakan, antara yang natural dan super natural
disatukan untuk mencapai matlamat. Gabungan ini juga boleh disebut sebagai
sains awal melayu.
Asal embun menjadi air,
Asal air menjadi buih,
Asal buih menjadi batu
Asal batu menjadi bijih.
Bomoh pawang dan dukun adalah
manusia melayu yang istimewa. Mereka bukan sahaja memahami fakta alamiah,
tetapi juga memahami yang bukan alami atau ghaib. Mereka boleh berkomunikasi
dengan yang ghaib, boleh memanipulasikan kuasa ghaib untuk kepentingan manusia.
Ilmu ini dinamai magis oleh para pengkaji antropologi. Pawang ular,pawang
buaya, pawang gajah, pawang kayu, pawang besi dan pawang bijih, malah bomoh
urut mampu menghuraikan kepada kita unsur-unsur asal usul setiap kejadian, baik
manusia mahupun bukan manusia. Jika kita membaca atau mendengar mantera-mantera
yang digunakan oleh pawang-pawang dan bomoh ini maka kita akan temui ilmu
asal-usul kejadian ini. Sebagai contoh pawang buaya perlu mengetahui asal usul
buaya tersebut dan akan menyerunya menggunakan jampi serapah yang mempunyai
unsur-unsur kejadian haiwan tersebut. Pawang dan bomoh serta dukun ini bolehlah
dianggap sebagai saintis melayu tradisional atau awal.
Seperti juga saintis
yang harus mengetahui asal kejadian sesuatu haiwan yang dikajinya daripada
embrio atau telur maka pawang ini juga mempunyai ilmu mereka yang tersendiri
untuk mendefinisikan asal kejadian haiwan tersebut. Pendek kata pawang-pawang
haiwan ini boleh dianggap sebagai ahli zoologi melayu tradisional. Mereka bukan
sahaja perlu mengetahui asal usul
sesuatau haiwan tersebut malah perlu mengetahui jenis makanan kesukaannya,
habitatnya dan tabiat haiwan tersebut. Tugas ini tidak ada bezanya dengan
seorang zoologist profesional pada zaman ini. Pawang gajah misalnya perlu
mengetahui konsep gajah berang yang memerlukan beliau memahami psyikologi
seekor gajah kerana gajah adalah sejenis haiwan yang pintar. Pawang gajah harus
tahu apakah perkara yang boleh menyebabkan si gajah naik berang dan si gajah
tenang semula. Ilmu ini juga perlu untuk diaplikasikan bagi menangkap gajah
yang liar. Pawang gajah juga harus mempelajari cara membuat ubat-ubat tertentu
untuk digunakan kepada gajah. Malah pada suatu ketika mungkin pawang gajah
dikehendaki membuat gajahnya berang bagi tujuan taktik peperangan. Semua ilmu
ini harus dimiliki oleh seorang pawang gajah selain daripada bantuan ilmu supra
natural. Oleh itu yang membezakan diantara pawang gajah dan seorang ahli
zologist hanyalah dari sudut metodologi yang digunakan mereka. Yang satunya
bersandarkan rasional saintifik dan yang satu lagi berdarkan peng-alam-an dan
ilmu rasa serta bantuan ghaib.
Seorang bidan dan tukang
urut pula perlu memahami struktur anatomi tubuh badan manusia baik lelaki
mahupun wanita. Mereka tahu akan segala urat, nadi, tulang, otot dan kedudukan
organ-organ dalam tubuh tanpa perlu mebedahnya. Apabila diurut mereka bukan
sahaja mengurut urat dan otot malah menekan, menggosok seluru badan untuk
memastikan kelancaran perjalanan darah. Semua ini saya alami secara peribadi
kerana nenek saya adalah seorang bidan kampung yang sering mengurut. Beliau
mampu mengetahui bahagian mana yang paling perlu diurut dan bahagian mana yang
perlu dibiarkan. Beliau juga mampu mengetahui punca sesuatu sakit itu berlaku .
ghal ini boleh disamakan dengan kedah diagnosis yang dijalankan oleh para
doctor moden. Malah ada bidan atau dukun yang boleh mendiagnos pesakitnya hanya
dengan melihat caranya bernafas, berjalan, memek muka dan cara pesakitnya
bercakap. Walau semoden manapun ilmu perubatan yang kita punyai sekarang namun
pada suatu ketika ada juga penyakit yang tidak dapat diubati oleh para doktor
moden dan hanya boleh diubati oleh dukun, tabib dan bidan sahaja.
Mengikut teori melayu
apabila perjalanan darah itu lancar, tubuh akan pulih dan sihat. Perkara inilah
yang sering keluar dari mulut nenek saya. Hal ini menunjukkan bahawa bomoh dan
bidan melayu faham akan unsur yang empat iaitu air, api, tanah dan angin yang
digunakan bukan sahaja untuk mengesani ketidak seimbangan tetapi juga
keserasian. Perkara ini saling tidak tumpa seperti konsep Ying dan Yang dalam masyarakat cina. Matlamat ilmu melayu yang terakhir adalah mereka
mengutamakan keseimbangan dan keserasian setiap unsur alam, lantaran ilmu sains
proto mereka ini berpaksi pada hukum alam, namun ini bukan bermakna mereka
mengamalkan survival of the fittest seperti yang didogmakan oleh Darwin, tetapi
mereka mengutamakan keseimbangan atau equilibrium, homeostasis.
Apabila saintis tradisional
ini berinteraksi dengan alam ghaib , mereka bukan sahaja dapat mengawal dan
memanipulasi tetapi dapat menggunakannya untuk kepentingan kolektif masyarakat.
Mereka memanipulasi segala makhluk ghaib untuk menganiaya manusia lain, mereka
juga menggunakan makhluk gahib untuk perlindungan dan kerja-kerja berat. Mereka
tahu dimana ruang tempat duduk makhluk tersebut, samaada di air, di laut
mahupun di darat. Orang melayu mengkategorikan segala unggas, binatang dan
serangga hanya memiliki semangat dan nyawa tetapi manusia mempunyai roh,
semangat dan juga nyawa. Sehubungan dengan itu orang melayu mampu
mengkategorikan hieraki kegaiban. Dikemuncak pyramid ialah tuhan yang maha esa,
dibawahnya ialah segala malaikat, kemudian segala dewa dan jin, diikuti segala
roh para anbiya dan wali, diikuti pula dengan roh nenek moyang, segala penuggu
hantu raya dan jembalang tanah, puaka air, mambang tanah dan semangat.
Dari alam sekitar juga
mereka dapat memahami dan menaakul bahawa batas sempadan alam ini adalah
terlalu luas suajana mata memandang, tetapi mereka meletakkan penanda juga dari
sumber alam seperti bukit bukau, gunung ganang, kaki langit, pokok sungai dan
lain-lain. Alam yang makro kosmos ditandai dari muka bumi ke kaki langit dan
terus keawan. Mereka mengetahui bahawa langit itu berlapisan, mereka tahu ada
bulan dan bintang serta ada matahari. Mereka juga tahu tentang air, tali air,
punca air, mata air, tali arus, pasang surut laut, mereka tahu tentang masa dan
hubungan masa, pergerakan bulan dan hubungannya dengan sumber ikan, sekilas
ikan di air, sudah tahu jantan betinanya. Secara mikro kosmos mereka tahu
tentang jarak, masa dan ruang. Mereka mengukur jarak dengan sejengkal, sehasta,
serantai, mereka juga mengukur masa denga ukuran jarak, seperti segalah,
sepuntung, sepurnama ,sepekan dan selikur atau 20 hari.
Ilmuan melayu mempunyai
pengetahuan proto sains ialah seorang yang dapat mengenal, mahupun menyusun dan
membuat penjenisan disamping mengetahui asal usul serta faktor sebab dan akibat
dan peranan setiap persoalan yang dikemukakan. Walaupun ada yang pandai dan
tahu malah mahir dalam hal tertentu seperti bomoh, dukun, pawang ,bidan ,
pemimpin adat dan panglima tetapi terdapat satu lagi kategori ilmuan melayu
yang penting terutama semenjak orang melayu memeluk agama islam. Ilmuan
tersebut digelar pak lebai, tok guru, tok alim, ulama dan ustaz. Kelompok ini
adalah orang istimewa yang menguasai ilmu berkenaan keagamaan. Tradisi Islam di
alam melayu melahirkan ramai ilmuan Islam yang banyak menulis kitab-kitab jawi
dalam pelbagai bidang keagamaan. Tradisi keberaksaraan juga turut berkembang
melalui agama Islam, tulisan jawi menjadi tulisan melayu. Seluruh kesultanan
melayu di alam melayu memiliki khazanah ilmu agama yang kini terdapat di
pasantren, pondok dan dayah.
Namun demikian masuknya
unsur tradisi barat ke alam melayu telah banyak menghakis dan meruntuhkan
seluruh ilmu budaya melayu dan menjadikannya sebagai mitos, tidak ilmiah, tidak
rasional, tidak menguntungkan dari segi pekerjaan dan sebagainya. R.O Winsted misalnya
telah memainkan peranan memperkecilkan perundangan melayu yang dimasukkannya
sebagai salah satu daripada korpus kesusasteraan melayu seperti Hukum kanun
Melaka dan undang-undang Johor serta lain-lain. Karya-karya ini tidak dianggap
sebagai sebuah karya undang-undang melayu tetapi sebaliknya sebagai karya
sastera. Malahan seluruh penulisan keagamaan dikategorikan oleh beliau sebagai
sastera kitab dan tidak dilihat sebagai sumber ilmu agama Islam hasil karya
ulama tempatan.
Secara halus R.O Winsted
dan mereka yang sepertinya sudah memainkan peranan meruntuhkan korpus ilmu
sains dan proto sains melayu. Kita juga tanpa disedari terperangkap tanpa ada
usaha menolak klasifikasi R.O Winsted dan merekonstruksi semula berdasarkan
kesesuaian zaman. Dengan kemunculan dan pengukuhan tradisi berbahasa inggeris,
dan barangkali pada masa kini kita orang melayu tidak boleh menegur sesuatu
pihak, apakah mungkin pintu akal budi melayu akan tertutup. Pada saat ini
seluruh korpus dan khazanah melayu dilihat dalam kerangka tradisi moden,
saintifik atau tidak saintifik, maka apa jua yang keluar dari budaya melayu
dinilai tradisional, tidak saintifik berbanding yang barat, moden dan
saintifik. Malah seluruh sejarah melayu disebut mereka penuh dengan unsur
campur aduk antara fakta dengan fantasi. Penulisan historiografi melayu seperti
Sulalatus Salatin, Hikayat merong mahawangsa, Misa melayu, Hikayat Banjar,
Hikayat Pasai dan lain-lain Cuma sesuai disebut sebagai karya historiografi
berunsur sastera sahaja. Seluruh sistem ukuran dan konsepsi ruang melayu yang
tidak jelas, kurang asas matemalicalization dilihat kurang saintifik dan tidak
mekanikal. Selain daripada usaha barat merosakkan ilmu melayu, orang melayu sendiri
juga berkeyakinan kepada idea ilmu barat dan turut memberikan penilaian yang
sama bodoh. Oleh itu marilah kita berusaha untuk menyingkap tabir akal melayu.
Membuka pintu ilmu melayu dan membentang alam ketamadunan melayu
seluas-luasnya. Sekian, wallah hu a’lam.
No comments:
Post a Comment