Orang
Melayu di Kemboja.
Salam
pembaca semua setelah lame xber update blog ni kali ini saya ingin mengetengahkan artikel berkenaan pengaruh orang Melayu di
Kemboja sekitar zaman pasca Angkor atau zaman dimana hagemoni kerajaan Khmer
telah mengalami kemunduran teruk akibat serangan bertubi-tubi daripada Siam dan
Vietnam serta pemberontakan dalaman. Sebelum itu ingin saya maklumkan bahawa
sebenarnya pembabitan rumpun Melayu atau orang Melayu dalam politik istana
Khmer sebenarnya telah bermula sejak zaman purbakala lagi . Penglibatan orang Melayu dalam arena
politik Khmer berterusan sehinggalah hagemoni dinasti-dinasti melayu seluruh
Nusantara semakin merudum, malahan setelah Srivijaya, Majapahit, Sri Dhammaraja
dan Melaka telah runtuh masih terdapat saki baki orang Melayu daripada
gelombang baru yang menetap di Kemboja. Orang Melayu yang berada di Kemboja ini
adalah terdiri daripada Melayu Semenanjung, Sumatera, Jawa dan lain-lain
kepulauan dan tak lupa juga orang Melayu Cam ( bagaimana mereka boleh berada di
Kemboja akan diceritakan dalam artikel saya yang lain). Mereka ini dikenali
oleh masyarakat Khmer dengan panggilan Cheava atau Jawa yang merujuk kepada
orang2 yang berasal daripada seluruh kepulauan Melayu dan bukan Pulau Jawa
sahaja.
Sekitar
tahun 1636 orang Belanda telah mula mengorak langkah untuk membuka loji di
Kemboja setelah mereka berjaya mengalahkan Portugis di Melaka. Menurut catatan
Mereka yang sampai ke Kemboja pada masa tersebut, terdapat banyak kawasan
penempatan orang Melayu dan Jawa di sekitar ibu kota Khmer. Orang Melayu pada
zaman ini digambarkan memainkan peranan yang amat penting di ibu negeri Kemboja
dan digambarkan bukan hanya sebagai pedagang tetapi juga sebagai penterjemah
dan orang tengah. Mereka menjadi perantara diantara Kerajaan Khmer dengan
pedagang Eropah. Menurut Francis Valentyn, perkataan Camboetjsa atau kemudiannya
ditukar menjadi Cambodia oleh orang Inggeris adalah berasal daripada ejaan atau
sebutan yang didapatnya daripada orang Melayu dan bukan Khmer.
Ketika
duta besar Belanda Hendreik Hagenaar tiba di Kemboja pada tahun 1637 bagi
menjalankan urusan perniagaan dan loji Belanda, surat-surat daripada gabenor
V.O.C di Batavia kepada Raja dan pemangku raja mestilah diterjemah terlebih
dahulu kepada Bahasa Melayu sebelum bahasa Kemboja dan kemudian barulah
dipersembahkan! Apabila duta besar ini menghadap pemangku raja, menurut catatan
Belanda surat yang dipersembahkan dalam adat yang kompleks. Setelah seorang
penterjemah memberitahu isi kandungan surat tersebut secara lisan, barulah
surat itu dibaca dengan kuat dalam BAHASA MELAYU di dalam istana dan kemudian
akan diterjemahkan pula dalam bahasa Kemboja.
Atur
cara seperti ini juga dilaksanakan apabila surat disembahkan kepada Raja
pemerintah iaitu Raja Ang Dan Raj. Dilaporkan bahawa sepanjang upacara
penghadapan duta besar tersebut, pembantunya iaitu seorang wakil pengurus loji
Belanda di Kemboja iaitu Jan Galen telah berucap dalam BAHASA MELAYU kepada
putera Khmer Pamraja yang menjadi pemangku raja tersebut. Menurut catatan
Belanda juga baginda pemangku raja sendiri juga bertitah dalam BAHASA MELAYU!
Menurut catatan Belanda lagi beberapa orang yang terlibat dengan urursan
perdagangan dengan orang Belanda di Kemboja memakai gelaran intche atau
sebenarnya Encik seperti Encik Lanang Dan Encik Asam. Hal ini bermakna orang
tengah yang menguruskan perdangangan diantara Belanda dan Kerajaan Kemboja
adalah ORANG MELAYU!
Sekarang
saudara sekalian, anda boleh lihat betapa besarnya pengaruh bahasa dan bangsa
Melayu dalam kawasan Asia tenggara. Ia bukan sahaja bahasa yang digunakan di
Kepulauan Melayu sahaja malahan hingga ke Istana Raja Khmer di Tanah besar Asia
Tenggara! Namun ada dikalangan bangsa kita sendiri yang mencemuh peranan Bahasa
Melayu dan menganggap ia tidak setaraf bahasa lain. Jika bangsa asing boleh
mengerti kehebatan dan kewibawaan BAHASA WARISAN SRIVIJAYA ini mengapa tidak
kita! Catatan-catatan sezaman daripada Portugis dan Belanda seperti ini
ditambah lagi dengan Riwayat-riwayat tempatan mengukuhkan lagi teori bahawa
sebenarnya bangsa Melayu adalah bangsa penguasa bertaraf Ruling Class yang
bukan calang-calang hebatnya sehginggakan Raja-raja Kemboja Dinasti Khmer
bergantung harap pada mereka dalam urusan hubungan luar dan perdangangan
antarabangsa. Hal ini juga dapat membuktikan tahap keintelektualan bangsa
Melayu diakui berbanding bangsa-bangsa Asia Tenggara yang lain. Bangsa Melayu
pada zaman SRIVIJAYA adalah ahli-ahli falsafah, agama, sains, arkitek dan
politik yang sangat intelligent dan ianya ternyata berkesinambungan sehingga
abad-abad lewat. Sekian Wallah hu a’lam.
Wife saya pernah ke Kemboja. Org Melayu sana menganggap org Melayu Malaysia ni sbg abang mereka. Mereka percaya yg bangsa Melayu Kemboja berasal dari Tanah Melayu.
ReplyDeleteDan 1 lagi, mereka juga ada 1 bahasa lain (bukan Melayu rasanya sbb wife saya x faham, maybe Bahasa Melayu lama). Bahasa ni diorang cakap, org tempatan Kemboja tak tahu/faham sebab ianya semacam dilarang diajar kpd selain bukan Melayu)
Kat Kemboja orang Melayu dah lupa bahasa Melayu salah satu sebab paling teruk terjadi ialah zaman Polpot yang mana budaya asing seperti pakaian, bahasa dan agama di RESET balik kepada 'KHMER'. Itu lah yang paling menyedihkan orang Cham, Melayu anak2 mereka kebanyakan dah tak tau cakap bahasa ibunda. Tapi yang kawasan kampung masih tau itu pon ada mix Khmer.
ReplyDelete