Saya amat pasti bahawa ramai diantara anak-anak muda di luar sana tidak mengetahui malahan tidak pernah mendengar langsung mengenai Rentaka, atau disebut Lantakas dalam bahasa inggerisnya. Namun demikian senjata Melayu yang satu ini mempunyai sejarah yang panjang dalam perjuangan melawan penjajah bangsa. Boleh dikatakan Selain keris, Rentaka adalah salah satu jenis senjata bangsa kita yang paling terkenal di kalangan orang barat sejak awal kedatangan mereka lagi.
Kebiasaannya
rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara
50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter
kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor
Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor
Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah
Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni
meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya
mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan
larat, naga, buaya, cicak, ikan lelumba malahan turut diukirkan corak
pucuk rebung.
Apa yang unik mengenai
senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama
didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya
dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan
di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza
dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak
mudah dialihkan. Ciri mudah alih rentaka juga menyebabkan bidikannya
lebih mudah untuk kena pada sasaran.
Pahlawan
Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai
pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka
sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika
mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat
takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata,
rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian
terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei
juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai
pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan
daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah
berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan
Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan
Kesultanan Melayu Melaka.
Kehebatan
senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman
para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan
mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan
persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka
di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan
rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.
SUMBER
SUMBER
No comments:
Post a Comment