Friday, March 1, 2013

Evolusi Bola Rasmi Piala Dunia


Posting kali ini khas untuk peminat bola. Berikut adalah gambar evolusi bola rasmi FIFA piala dunia dari piala dunia 1930 sehingga piala dunia 2010. Dalam gamabr gambar dibawah kita dapat melihat macam mana bola berubah daripada bola yang awal sekali digunakan sehingga yang paling akhir. Bola yang digunakan bermula pada tahun 1930 sehingga 1982.. Selepas itu Adidas menggunakan sintetic sepenuhnya.


1.Bola Rasmi Piala Dunia 1930 perlawanan antara tuan rumah Uruguay dan argentina.

2.The Federale 102, merupakan bola rasmi untuk piala dunia 1934 di italy.

3.Allen, bola rasmi piala dunia 1938 di perancis


4.The Super Duplo T, bola rasmi piala dunia 1950 di brazil



5.Bola rasmi yang digunakan semasa piala dunia 1954 di switzeland


6.Bola rasmi yang digunakan semasa piala dunia 1958 di sweden


7.Crack,merupaka bola rasmi piala dunia 1962 di chile


8.The Special Edition Slazenger merupakan bola yang digunakan semasa final piala dunia 1966 pada  perlawanan antara england dan jerman di england.


9.Adidas Telstar, merupakan bola rasmi piala dunia 1970 di mexico. Ia di warnakan hitam putih supaya mudah dilihat di kaca tv.


10.Untuk piala dunia 1974 di jerman  Adidas Telstar sekali lagi digunakan. Telstar merupakan singkatan kepada televisison star.



11.Adidas Tango Durlast, merupakan bola rasmi untuk piala dunia 1978 di argentina. Ia merupakan bola termahal pada masa itu, £50.


12.Adidas Tango Espana,merupakan bola rasmi untuk piala dunia 1982 di sepanyol. Ia merupakan bola terakhir yang di hasilkan daripada kulit asli yang digunakan di piala dunia.


13.Adidas Azteca, merupakan bola rasmi untuk piala dunia 1986 di mexico. Ia merupakan bola piala dunia pertama yang dihasilkan daripada sintetik.


14.Adidas Etrusco Unico,merupakan bola rasmi untuk piala dunia 1990 di itali. 


15.Adidas Questra,merupakan bola rasmi untuk piala dunia 1994 di USA. Bola ini sangat popular di kalangan penyerang namun penjaga gol tidak menyukainya kerana kepantasannya tidak dapat dijangka.


16.Adidas Tricolore, merupakan bola rasmi untuk piala dunia 1998 di perancis. 



 17.Adidas Fevernova, merupakan bola rasmi untuk piala dunia 2002 di korea dan jepun.



18.Adidas Teamgeist,merupakan bola rasmi untuk piala dunia 2006 di jerman


19.Adidas Jabulani,merupakan bola rasmi untuk piala dunia 2010 di afrika selatan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Open Cbox