Friday, July 10, 2015

Sejarah Terusan Kra...Utara Malaya Bahagian 2

Apakah itu Segenting Kra? Mengikut pemahaman umum, Segenting Kra adalah satu wilayah atau kawasan yang paling kecil (sempit) daratannya diantara Lautan Andaman dan Teluk Siam. Bagi rakyat Malaysia, Segenting Kra bermaksud kawasan kawasan diantara wilayah Narathiwat, Songkla malah Hadyai.

Kawasan ini adalah antara kawasan paling strategik dari segi ekonomi jika ditadbirkan dengan baik dan aman. Kini Segenting Kra adalah satu kawasan yang agak bergolak dan berbahaya untuk diduduki atas sebab keganasan yang berlaku disana.

Kenapa Segenting Kra menjadi persoalan kita. Tahukah anda semua, bahawa satu masa dahulu kawasan ini adalah milik Kerajaan Kedah Tua dan Kerajaan Kelantan. Namun pihak British telah menggunakannya sebagai satu agenda mereka untuk mengawal kerajaan Malaysia dan Thailand (Siam).


Isu Segenting Kra pernah dibincangkan oleh kerajaan Malaysia, Thailand dan Indonesia satu masa dahulu. Pernah ada cadangan dari pihak Malaysia agar dibuat satu terusan disana (seperti terusan Suez) yang menghubungkan Laut Andaman dan Teluk Siam/Laut China Selatan. Ianya pernah menjadi satu agenda yang kuat pada awal tahun 90′an lagi.

Malah Kerajaan Thailand dan Indonesia amat bersetuju akan perkara ini, seehinggakan satu segitiga ekonomi telah dipersetujui untuk dibangunkan. Ianya dikenali sebagai Segitiga IMT-GT (Indonesia, Malaysia, Thailand – Growth Triangle).


Cadangan untuk terusan yang membelah Segenting Kra, bagi memendekkan laluan perkapalan di Asia telah diutarakan semenjak tahun 1677, bila Raja Ayuthia, Narai meminta seorang jurutera Perancis bernama De Lamar untuk membuat kajian bagi pembinaan satu terusan yang menghubungkan Songkhla dan Marid (Myanmar sekarang).

Kajian mendapati cadangan ini tidak praktikal dengan kemudahan teknologi yang ada ketika itu. Pada tahun 1793, idea ini kembali diutarakan oleh adik bongsu Raja Chakri (Rama I) untuk memudahkan kapal-kapal perang melindungi pantai barat Siam. Pada awal kurun ke–18, pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris juga menunjukkan minat kepada pembinaan terusan ini. Selepas Burma menjadi jajahan British pada tahun 1863 dengan Victoria Point yang bertentangan dengan muara Kra menjadi titik paling selatannya, satu peninjauan telah dilakukan tetapi dengan hasil negatif.

Pada tahun 1882, pembina Terusan Suez, Ferdinand de Lesseps telah melawat kawasan ini tetapi dilarang untuk menyelidik lebih dalam atas arahan Raja Siam.


Geografi

Lebar segenting Kra di bahagian terkecilnya adalah cuma 44 km, tetapi ketinggian pergunungan di kawasan ini adalah sekitar 75 m di atas aras laut. Untuk perbandingan, panjang Terusan Panama adalah 77 km, tetapi titik tertingginya di Gaillard Cut hanya 64 m di atas paras laut. Terusan Panama melepasi titik ini pada ketinggian 12 m (dasar terusan) dan 26 m (paras air terusan), jadi kapal-kapal perlu memasuki pintu air untuk dibawa naik ke ketinggian 26 m di atas paras laut. Terusan Suez pula panjangnya sehingga 192 km tetapi melalui kawasan yang mendatar.Panjang terusan Thai yang dicadangkan ini dianggarkan antara 50 dan 100km bergantung kepada laluan yang dipilih.


Bagaimana nak potong selatan Thai daripada Malaysia?

Pada kurun ke-20, idea tentang terusan ini kembali diperkatakan, tetapi lokasinya berubah ke satu kawasan di selatan Thai, untuk menghubungkan Teluk Bandon berhampiran Surat Thani dengan Phangnga. Pada tahun 1985, terdapat satu rancangan oleh syarikat Jepun untuk membina terusan ini menggunakan lebih 20 peralatan nuklear yang setiap satunya berkekuatan dua kali ganda kuasa bom atom yang dijatuhkan di Hiroshima. Tapak terbaru terusan ini dirancang di sepanjang wilayah Nakhon Si Thammarat dan Trang. Jika disiapkan, terusan ini dijangka bakal memberi ledakan ekonomi di kawasan berhampiran serta seluruh
Thailand dan memberi saingan hebat kepada pelabuhan-pelabuhan di Selat Melaka seperti Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Singapura.


Impak dari segi ekonomi

Salah satu pemangkin segitiga ekonomi tersebut adalah wujudnya satu terusan yang membolehkan kapal-kapal kargo dan “tanker” melaluinya. Keujudan terusan ini akan memungkinkan pembangunan industri maritim bagi kawasan Sumatera Utara, Langkawi dan Selatan Thailand. Secara otomatisnya ianya akan menguntungkan ketiga-tiga negara ini dan membolehkan mereka memajukan industri perkapalan secara maksima.

Jika IMT-GT ini terjadi dimana terusan Segenting Kra ini berjaya dilaksanakan, maka secara logiknya mana-mana kapal dagang yang menggunakan SelaT Melaka akan menggunakannya demi untuk menjimatkan masa dan kos bahanapi. Secara otomatiknya laluan di Selat Melaka akan berkurang dengan mendadak.

Pelabuhan di Aceh (Sumatera Utara), Langkawi dan Hadyai akan lebih maju dan dimaksimakan penggunaan serta operasinya melangkaui Pelabuhan Keppel di Singapura. Jika ini berlaku, Pelabuhan Keppel di Singapura akan menjadi malap malah operasinya pula hanya melibatkan kapal-kapal dagang berskala kecil serta yang melalui Selat Melaka dalam perjalanan mereka ke Jakarta, Australia atau New Zealand.

1 comment:

  1. Gabung Bersama kami di Betpulsa,net
    Daftar di Betpulsa,net Dan mainkan Ratusan Game Dalam 1ID
    Situs Paling Terpercaya Betpulsa
    Menangkan Bonus Jutaan Rupiah Setiap Harinya
    Jaminan Kemenangan Bergaransi.
    AYO SEGERA BERGABUNG DAN BUKTIKAN SENDIRI

    Games Yang Tersedia Antara Lain :
    * SPORTSBOOK
    * POKER
    * LIVE CASINO
    * IDN LIVE
    * BLACK JACK
    * SLOT ONLINE
    * SABUNG AYAM S128

    Promo di Betpulsa :
    * Min Depo 25 K
    * Min WD - 50 K
    * Bonus New Member 15%
    * Next Deposit 10%
    * Bonus Harian 5%
    * Bonus Naik Level
    Dan Masih Banyak Bonus Lainnya.
    * Deposit Via Pulsa Tanpa Potongan Rate 100%
    * Deposit dan Withdraw 24 jam Non stop tanpa kendala
    * Proses Deposit & Withdraw Tercepat
    * Jaminan Jackpot 100% Dan Mudah Cair
    * Livechat 24 Jam Online
    * Segera Bergabung Di Betpulsa,net
    * Untuk Info Lebih Lanjut Bisa Hubungi CS Kami

    ## Contact_us ##
    WHATSAPP : 0822 7636 3934

    ReplyDelete