Friday, November 29, 2013

Sejarah Pembinaan Kaabah





Kaabah yakni rumah Allah adalah kiblat di mana seluruh umat Islam menghadapnya ketika menunaikan solat. Diriwayatkan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada air 2000 tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.

Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah”.

Sebelum Baitul Makmur dicipta, para malaikat tawaf mengelilingi Arasy pada masa yang sangat lama. Allah memandang mereka kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah membina sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitul Makmur. Allah memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitul Makmur dan tinggalkan Arasy. Para malaikat telah melakukan tawaf di Baitul Makmur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai 70,000 malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat selama-lama.

Kemudian Allah mengutuskan para malaikat turun ke bumi dan berfirman kepada mereka, “Binalah sebuah rumah untukKu di bumi sepertinya”. Allah memerintah seluruh makhlukNya di bumi supaya tawaf mengelilingi Kaabah sebagaimana penghuni langit tawaf mengelilingi Baitul Makmur. Diriwayatkan bahawa Allah telah mengutuskan Jibril kepada Nabi Adam serta Hawa supaya membina satu rumah untukNya. Jibril telah menggariskan (rangka) kepada keduanya lalu Nabi Adam menggali tanah manakala Hawa mengangkutnya sehinggalah air menyahut serta menyeru dari bawah beliau meminta agar berhenti menggali dengan kata-kata, “Cukuplah wahai Adam!”

Setelah Nabi Adam wafat, anak-anaknya telah membina Kaabah dengan menggunakan tanah dan batu. Diriwayatkan bahawa orang yang membinanya ialah anak Nabi Adam iaitu Nabi Syith. Mereka sentiasa mendiami dan memakmurkan Baitullah dan begitulah juga dengan orang-orang yang selepas mereka sehinggalah tiba zaman Nabi Nuh, Kaabah telah runtuh dan kawasan tersebut ditenggelami air serta tidak dapat dikesani.

Kemudian Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh itu. Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.

Sunday, November 24, 2013

Sejarah Kerajaan Di Serawak..

Borneo Oracle - ASAL KETURUNAN MELAYU SARAWAK BERPANGKAL... | Facebook
Sejarah purba Sarawak suatu waktu dahulu bermula dengan penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak yang membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Masyarakat Melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara suatu waktu dahulu. Ini telah dibuktikan dengan dengan penemuan beberapa bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han Cina di Santubong. Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Dikala itu muncullah seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang yang berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-15.Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak. Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncullah golongan bangsawan Melayu Sarawak yang bergelar Abang bagi lelaki dan Dayang bagi perempuan. Golongan Melayu Perabangan Sarawak telah memegang banyak jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak. Walaubagaimanapun ada juga teori yang mengatakan bahawa golongan bangsawan Perabangan itu juga berasal keturunan daripada Dato Godam daripada Pagaruyung. Namun begitu berapa ramai yang mengetahui bahawa ada satu lagi jejak warisan golongan Melayu Perabangan ini dengan sebuah kerajaan di Kalimantan Barat iaitu yang dikenali sebagai Kerajaan Sintang.

Kerajaan Sintang pada awalnya terletak di Desa Tabelian Nanga Sepauk, Kabupaten Sintang, Kalimantan Barat suatu waktu dahulu. Pada asalnya ianya adalah kerajaan dibawah pengaruh Hindu. Raja pertama Kerajaan Sintang adalah Aji Melayu iaitu seorang penyebar agama hindu dari Tanah Balang (Semenanjung Malaka) ke Sepauk. Mengikut sejarahnya, baginda telah menetap di Kunjau dan kemudian berpindah ke Desa Tabelian Nanga Sepauk. Hasil perkahwinannya dengan wanita tempatan yang bernama Putung Kempat telah dikurniakan dengan seorang puteri yang dinamakan Dayang Lengkong. Dan generasi Dayang Lengkong telah mewarisi Kerajaan Sintang melalui anakanda-anakandanya iaitu Abang Panjang, Demong Karang, Demong Kara, Demong Minyak, Dayang Setari, Demang Irawan (Jubair Irawan 1) dan Dara Juanti. Sekitar abag ke XIII, Demong Irawan telah mengambilalih kuasa tampuk pemerintahan Kerajaan Sintang dan menukar namanya menjadi Jubair Irawan I dan telah memindahkan pusat kerajaan Sintang daripada Desa Tabelian kepada satu lokasi di persimpangan Sungai Kapuas dan Muara Melawi. Setelah kemangkatan Jubair Irawan I, Kerajaan Sintang telah diperintah oleh adindanya iaitu Dara Juanti namun begitu ketika era pemerintahan Dara Juanti ini, Kerajaan Sintang berada di era kemunduran sehinggalah ianya seperti kerajaan yang tidak wujud. Sehinggalah akhirnya Kerajaan Sintang diwariskan kepada cicitnya iaitu Abang Samad barulah Kerajaan Sintang kembali bernyawa semula. Disinilah bermulanya era kecemerlangan Kerajaan Sintang apabila generasinya meneruskan sebuah kerajaan yang maju lebih-lebih lagi dibawah kepimpinan Jubair Irawan II, Abang Suruh dan Abang Tembilang. Pada masa ini Kerajaan Sintang masih lagi sebuah kerajaan berpengaruh hindu sehinggalah rajanya yang terakhir memerintah iaitu Abang Pencin yang telah memeluk agama Islam dan menjadikan Kerajaan Sintang sebuah kerajaan Islam di Nusantara. 

Saturday, November 23, 2013

Sejarah Bukit Besi..





















Bukit Besi terletak di Daerah Dungun, 33km dari Bandar Dungun dan 77km daripada Kuala Terengganu.Bukit Besi menjadi terkenal kerana pengeluaran bijih besi yang terbesar di Asia Tenggara. Bermula pada suku pertama abad ke-20. Perkembangan perusahaan perlombongan di Bukit Besi ini seiring dengan pertumbuhan perusahaan keluli di Jepun.

Mengikut cerita, lombong Bukit Besi ditutup kerana bijih besi dikatakan habis dikaut tentera Jepun. Jika ke sini, anda berpeluang melihat bekas tinggalan alatan dan kelengkapan melombong bijih besi seperti jajaran landasan keretapi dari Bukit Besi ke Jeti Sura, Dungun bagi membolehkan bijih besi diangkut dan dieksport.


Lokasi ini menjadi antara tumpuan pelancong terutama dari luar negara untuk melihat dari dekat tinggalan terowong, rumah penginapan, semaian timah dan cerobong kilang. Pengeluaran bijih digandakan untuk mendapat keuntungan besar dalam masa yang singkat.

Aktiviti pengeluaran dijalankan 24 jam sehari tanpa henti, kecuali hari Jumaat. Kepala keretapi juga telah diganti dengan yang baru, ditempah dari England. Jentera-jentera moden juga telah digunakan dalam proses pemecahan batu-batu bijih. Dengan ini pihak syarikat telah berjaya meningkatkan pengeluaran dan menghasilkan bijih besi.

Thursday, November 21, 2013

Perang Dunia 1,2 dan 3 Telah Dirancang Sejak 1981?


Sebenarnya sebagaimana Perang Dunia 1 dan ke 2 telah dirancang, Perang Dunia ke 3 ini juga telah dirancang dan dalang disebalik Peperangan Dunia ini adalah Dajjal Laknatullah. Untuk meyakini ini semua adalah perancangan mereka, mari kita tinjau pengakuan salah seorang wazir Dajjal laknatullah pada masa lalu yang dikenali sebagai ALBERT PIKE.

Siapakah Albert Pike dan apakah peranannya?



Albert Pike (29 Disember, 1809–2 April, 1891)
Seorang peguam, askar, penulis , dan Freemason. Pike ialah satu-satunya pegawai Confederate military angka diberi penghormatan dengan satu patung luar di Washington, D.C. (dalam Judiciary Square).

Orang-orang luar sangat sedikit tahu tentang rancangan-rancangan peribadi arkitek-arkitek New World Order. Suatu arkitek sedemikian ada Albert Pike, yang dalam Century ke-19, menubuhkan satu rangka kerja bagi menyebabkan One World Order. Berdasarkan satu "ilham" yang didedahkan kepada dia, Albert Pike menulis keluar satu pelan induk peristiwa-peristiwa yang akan dilaksanakan dalam abad ke-20, dengan lebih peristiwa-peristiwa ini akan berlaku di masa datang. Pelan ini yang mana kami percaya pemimpin-pemimpin tersembunyi atau 'hidden leaders" mengikuti hari ini membina pelan Perang Dunia ke 3 dan terakhir.

Brigade Of Gurkha - Dilahirkan Untuk Berperang





Gurkha sebenarnya bukanlah Special Force, namun mereka dikenali dengan reputasinya yang sangat menakutkan. Ada 2 suku di Nepal yang dikenali masyarakat luas, yaitu Sherpa yang dikenali sebagai suku pendaki / pemandu di Himalaya, satu lagi Gurkha, yang gemar berperang.

Semasa zaman kolonial british,terjadi Perang di Nepal,Inggris begitu kagum atas kegigihan mereka.Gurkha kemudian direkrut untuk bekerja dengan East India Company di India dan British Army.Gurkha terkenal dengan kemampuan berperangnya yang alami,agresif di medan pertempuran,tidak takut mati,kesetiaan yang tinggi, tahan dalam pelbagai medan perang dan cuaca, fizik yang kuat dan bekerja keras.

Sehingga Gurkha begitu disegani oleh kawan, ditakuti oleh lawan.Semulanya mereka menjadi tentera bayaran (mercenaries), akhirnya kemudian masuk dalam pasukan British Army yang digaji seperti tentera Inggris sendiri atau legiun asing pada umumnya. Mereka mempunyai unit sendiri dengan nama Brigade of Gurkha sebagai salah satu bagian dari angkatan bersenjata Inggris.

Wednesday, November 20, 2013

Sejarah hidup Tok Ku Paloh.



Latarbelakang

Nama penuh beliau ialah Saiyid Abdur Rahman bin Saiyid Muhammad al-Aidrus. Beliau lebih dikenali sebagai Tok Ku Paloh. Gelaran lain beliau ialah Engku Saiyid Paloh, Engku Cik, Tuan Cik dan Syaikh al-Islam Terengganu. Beliau lahir pada tahun 1233 Hijrah bersamaan dengan1817 Masihi dan meninggal dunia pada bulan Zulhijjah 1335 Hijrah bersamaan dengan September 1917 Masihi. Ayahnda beliau ialah Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus atau dikenali sebagai Tok Ku Tuan Besar di Terengganu.

Adik-beradik kandung Tok Ku Paloh ialah Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus yang dikenali sebagai Engku Saiyid Seri Perdana, Saiyid Ahmad al-Aidrus yang dikenali sebagai Tok Ku Tuan Ngah Seberang Baruh dan Saiyid Mustafa al-Aidrus yang dikenali sebagai Tok Ku Tuan Dalam, Tuan Embung Abu Bakar yang dikenali sebagai Tuan Embung Solok atau Tok Ku Tuan Kecik dan Tuan Nik (Senik).

Tok Ku Paloh dikurniakan umur yang panjang. Bererti ketika meninggal dunia Tok Ku Paloh berusia sekitar 102 tahun menurut perhitungan tahun Hijrah atau 100 tahun menurut tahun Masihi.

Beliau ialah seorang ulama dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III.

Pendidikan


Tok Ku Paloh telah belajar pelbagai bidang ilmu daripada orang tuanya sendiri yang merupakan seorang ulama besar yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam urusan Islam di Terengganu. Beliau juga berguru dengan Syeikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin al-Fathani atau Tok Syeikh Duyung. Tok Ku Paloh kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Mekah. Antara yang menjadi gurunya disana ialah Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan dan Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki.

Semasa melanjutkan pelajarannya di Mekah, Tok Ku Paloh telah bersahabat dengan Syeikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani, Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, Syeikh Nawawi al-Bantani, Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani (kelahiran Sungai Duyung Kecil, Terengganu) dan ramai lagi.[/B]

Monday, November 18, 2013

PUTERI MELAYU YANG DILUPAKAN. Part 1

Buku 101 Puteri Dunia Melayu - Sejarah dan Legenda.
Riwayat sejarah di negeri Kelantan ada menyebut tentang kisah seorang puteri raja yang sangat masyhur namanya di bumi Semenanjung Tanah Melayu. Suatu ketika dahulu, puteri Melayu ini bukan sahaja telah mengangkat martabat bangsa Melayu di mata dunia, malah baginda juga turut berjaya membuktikan kemampuan kaum wanita ketika di medan perang mahupun dalam seni mempertahankan diri.

Demi mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Semenanjung Tanah Melayu dari dijajah oleh pihak musuh, puteri Melayu ini telah bertindak memenggal kepala salah seorang raja Siam (Thai) yang zalim. Ini sekaligus menjadikan nama baginda begitu gah dalam sejarah bangsa Melayu.

Walau bagaimanapun, kebanyakan rakyat Malaysia hari ini TIDAK lagi mengenali puteri Melayu ini. Lebih memilukan, sejarah hidup dan pengorbanan besar puteri Melayu ini hampir dilupakan oleh bangsa Melayu itu sendiri. Ada yang mengatakan, terdapat pihak-pihak tertentu yang sengaja mahu melenyapkan nama puteri Melayu ini dari catatan sejarah demi kepentingan mereka.

Syabas diucapkan kepada Nisriwani Yahaya, Syed Zulflida S.M. Noor dan Dato’ Dr. Adi Haji Taha. Ketiga-tiga tokoh dari Malaysia ini telah mengambil inisiatif untuk mengumpul dan menyusun kembali kisah-kisah riwayat dan sejarah hidup puteri Melayu kebanggaan bangsa kita ini.

Semoga hasil usaha mereka akan dapat mengharumkan kembali nama puteri Melayu ini sebelum ianya luput dari ingatan anak cucu bangsa Melayu di masa akan datang. Berikut adalah kisahnya...

PENGENALAN
Adruja Wijayamala Singa.
Adruja Wijayamala Singa (1335-1345 Masihi) berasal dari Grahi - sebuah negara kota dan negara persekutuan Melayu yang terletak di utara Semenanjung Tanah Melayu. Baginda merupakan puteri kesayangan kepada Raja Sang Tawal atau Sultan Muhammad (1267-1335), Maharaja Grahi yang ketiga. Tahun kelahiran dan nama bonda puteri Melayu ini tidak diketahui. Adruja dilahirkan dan membesar di Kota Grahi, iaitu ibu kota kerajaan Grahi.

Adruja mempunyai empat orang saudara kandung, iaitu dua lelaki dan dua perempuan. Mereka ialah Raja Bharubhasa, Raja Singhadiraja, Puteri Cendana dan Puteri Linang Cahaya. Oleh kerana Adruja memiliki sifat keperibadian yang tegas dan garang, rakyat Grahi yang berketurunan Melayu-Hindu telah menggelar puteri Melayu ini sebagai ‘Dewi Durga’.
Carta keluarga Adruja Wijayamala Singa. 
(Sila klik gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas).
Lebih menarik lagi, Adruja merupakan keturunan Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa, Maharaja Srivijaya-Malayu (Palembang-Jambi) dari dinasti Mauli. Menurut manuskrip Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin), nama sebenar maharaja tersebut ialah Demang Lebar Daun. Nama 'Adruja Wijayamala Singa' dikatakan berasal dari bahasa Sanskrit, di mana:
  • ‘Adruja’ ialah kependekan bagi sebutan “adhi raja” yang bermaksud raja yang besar, mulia, tinggi darjatnya, yang utama, yang terbaik dan pemuka pasukan perang;
  • ‘Wijayamala’ pula merujuk kepada sejenis bunga seroja sakti yang dikatakan dapat menghidupkan orang mati; manakala
  • ‘Singa’ pula merupakan satu variasi bagi sebutan “simha” yang bermaksud singa - raja segala haiwan.
Carta salasilah leluhur atau nenek-moyang Adruja Wijayamala Singa.
(Sila klik gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas).
KEHIDUPAN AWAL

Adruja dilahirkan pada zaman di mana Grahi sedang menghadapi ancaman perang dari kerajaan Siam Sukhothai yang diperintah oleh Raja Rama Khamhaeng (1237/47-1317). Raja yang berketurunan Siam (atau Thai) ini merupakan seorang yang sangat zalim.
Kedudukan Grahi (atau juga dikenali sebagai Jawaka)
terletak di kawasan utara Semenanjung Tanah Melayu.
(Sila klik gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas).
Raja Rama Khamhaeng dikatakan mahu meluaskan tanah jajahannya ke arah selatan (Semenanjung Tanah Melayu) tetapi telah dihalang oleh nenda Adruja yang bernama Raja Sakranta atau Raja Aminuddin (1253-1267). Setelah Raja Sakranta mangkat, takhta kerajaan Grahi telah diserahkan kepada ayahanda Adruja yang bernama Raja Sang Tawal (Sultan Muhammad).

Sebagai Maharaja Grahi yang baharu, Raja Sang Tawal telah mengarahkan supaya dibina sebuah kota yang teguh demi menghalang tentera Siam Sukhothai dari menceroboh masuk ke Semenanjung Tanah Melayu. Setelah siap, kota tersebut diberi nama Kota Grahi.

Sejak dari usia kanak-kanak lagi, Adruja dikatakan pandai menunggang kuda dan bermain senjata seperti kelewang. Meskipun perilaku baginda menyerupai lelaki, namun Adruja dikatakan amat menyukai wangian kayu cendana yang telah dicampurkan ke dalam minyak wangi yang diperbuat daripada bunga melur. Ia adalah satu kesukaan khas yang menunjukkan bahawa Adruja masih ada sifat kewanitaan.
Adruja menyukai wangian yang diperbuat
daripada bunga-bungaan dan kayu-kayan.
PEMBAWA BENDERA GRAHI

Setelah umurnya mencecah belasan tahun, Adruja sentiasa menjadi pembantu ayahandanya di medan perang. Puteri tersebut biasanya dibenarkan membawa bendera kerajaan Grahi ketika Raja Sang Tawal pergi berperang dengan tentera Siam Sukhothai. Pengalaman berada di medan perang telah membantu Adruja membiasakan diri dengan melihat keganasan perang dalam segala aspek.

Setelah perang berakhir, Adruja akan membantu membalutkan luka dan memberi minuman kepada mana-mana tentera ayahandanya yang cedera. Melihatkan keadaan tentera Grahi yang kurang semangat juang serta rakyatnya yang sentiasa berundur, maka tergeraklah di hati puteri tersebut untuk membentuk satu pasukan khas yang terdiri dari kaum wanita.

Selain untuk membantu kaum lelaki di medan perang, tujuan pasukan khas wanita tersebut ditubuhkan adalah untuk membela nasib kaum wanita Melayu di Grahi yang sering diperkosa oleh tentera Siam Sukhothai tatkala mereka menyerang kampung-kampung yang jauh dari Kota Grahi. Selain itu, Adruja juga mahu membuktikan bahawa kaum wanita juga setanding dengan kaum lelaki walaupun di medan perang.

SYARAT PERKAHWINAN
Gambaran wajah dan pakaian yang
dipakai oleh Adruja Wijayamala Singa.
Cadangan Adruja untuk membentuk satu pasukan khas wanita telah diusulkan kepada ayahandanya, Raja Sang Tawal. Pada mulanya, Raja Sang Tawal enggan memperkenankan cadangan puterinya itu kerana tugas kaum wanita pada zaman tersebut hanya terhad kepada kerja memasak dan membantu merawat kecederaan tentera di medan perang sahaja.

Namun begitu, Raja Sang Tawal berubah fikiran dengan serta-merta setelah mengenangkan tindakan puteri kesayangannya itu yang pernah beberapa kali mempertahankan bendera kerajaan Grahi ketika di medan perang. Raja Sang Tawal akur lalu memperkenankan cadangan Adruja itu.

Pada masa yang sama, baginda cuba untuk menyelamatkan Adruja dengan mengahwinkan puteri tersebut. Walau bagaimanapun, Adruja terus menolak rancangan ayahandanya itu dengan berkata:
"Ayahanda mahu kahwinkan anakanda? Tidak! Sesiapa yang mahukan
anakanda, sila bertarung senjata satu lawan satu. Jika menang, boleh".
 
Melihatkan ketegasan dan kedegilan puteri tersebut, akhirnya Raja Sang Tawal terpaksa mengalah dan mengikut sahaja kehendak puterinya itu.

Bersambung di bahagian kedua.

Friday, November 15, 2013

Siapakah Orang Melayu Pertama Memeluk Islam??




Peta di atas menunjukkan kedudukan negara kota
Malayu dan empayar Srivijaya di Kepulauan Sumatera.
Tersebutlah kisah tentang sebuah kerajaan lama di Pulau Sumatera yang dikenali sebagai Malayu. Menurut catatan sejarah, lokasi negara kota tersebut dipercayai terletak di sekitar wilayah Jambi hari ini. Kerajaan Malayu dikatakan sangat terkenal dengan hasil pengeluaran lada hitamnya.

Kisah kemasyhuran kerajaan Malayu telah sampai ke pengetahuan Khalifah Mu’awiyah bin Abu Sufian atau Khalifah Mu’awiyah I (661-680 Masihi) - pengasas dan pemerintah pertama empayar Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik (atau Damascus).
Empayar Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik pada zaman kegemilangannya.
Setelah terdengar akan kemasyhuran kerajaan Malayu di sebelah Timur, maka timbullah niat di hati baginda untuk mengIslamkan kerajaan Malayu serta memonopoli perdagangan lada hitamnya. Kebetulan pula, baginda sedang berusaha untuk memperluaskan empayar Islam serta ajaran Islam ke seluruh dunia.

Pada ketika itu, kerajaan Malayu berada di bawah pemerintahan seorang maharaja yang bernama Sri Maharaja Lokitawarman. Baginda berbangsa Melayu dan beragama Buddha. Lantas, Khalifah Mu’awiyah I telah mengajak maharaja Malayu tersebut untuk memeluk Islam. Walau bagaimanapun, Sri Maharaja Lokitawarman telah menolak pelawaan khalifah tersebut secara baik.

Keengganan maharaja Malayu tersebut untuk memeluk agama Islam telah membantutkan niat Khalifah Mu’awiyah I untuk mengIslamkan kerajaan Malayu serta memonopoli perdagangan lada hitamnya. Tidak berapa lama kemudian, Sri Maharaja Lokitawarman telah mangkat dan tempatnya diambil alih oleh Sri Maharaja Srindrawarman.
Kerajaan Malayu yang berpusat di Jambi, Sumatera
sangat terkenal dengan hasil pengeluaran lada hitamnya.

Ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz (717-720 Masihi), baginda telah mengutus surat kepada Sri Maharaja Srindrawarman dan mengajak maharaja Malayu tersebut untuk memeluk agama Islam. Hubungan yang terjalin di antara kedua-dua pemerintah tersebut (khalifah Bani Umayyah dan maharaja Malayu) dikatakan sangat baik.

Usaha Khalifah Umar akhirnya membuahkan hasil apabila maharaja Malayu tersebut telah terbuka hati untuk menerima Islam. Peristiwa tersebut berlaku kira-kira pada tahun 718 Masihi. Menurut catatan sejarah, Sri Maharaja Srindrawarman dipercayai merupakan orang Melayu pertama di dunia yang memeluk agama Islam.

Orang Melayu asalnya berkulit gelap??

Rata-rata orang Melayu hari ini berkulit sawo matang atau coklat kemerah-merahan. Warna tersebut seakan-akan warna buah ciku yang sudah masak. Istilah ‘orang Melayu’ yang Penulis Blog maksudkan di sini bukan hanya sekadar meliputi orang Melayu di Malaysia sahaja, tetapi juga orang Melayu yang terdapat di Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand dan juga Myanmar.

Namun begitu, apakah pendapat anda sekiranya Penulis Blog mengatakan bahawa orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dahulukala asalnya berkulit hitam?. Penulis Blog yakin, tentu ramai yang tidak percaya! Mungkin ada di kalangan anda yang berfikir seperti ini - ‘bagaimana orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dahulukala berkulit hitam, sedangkan kita sebagai anak cucu atau keturunan mereka berkulit sawo matang?’. Berikut adalah jawapannya...
Tarikh Patani
Selain bahasa Melayu, manuskrip Tarikh Patani juga
kini boleh didapati dalam bahasa Inggeris dan Thai.
Beberapa bulan yang lepas, Penulis Blog telah menemui dua sumber pensejarahan yang membuktikan bahawa nenek-moyang kita dahulukala asalnya berkulit hitam. Sumber pertama ialah Tarikh Patani - sebuah manuskrip sejarah yang dipercayai dikarang pada sekitar tahun 1500 Masihi oleh Syeikh Safiuddin al-Abassi atau Tuk Raja Faqih, seorang ilmuwan Melayu yang berasal dari negeri Patani Darussalam. Menurut Tuk Raja Faqih di dalam manuskrip Tarikh Patani:-

Adapun orang Melayu (di Langkasuka) waktu itu rupa(nya) hitam-merah
atau hitam manisRupanya kecil daripada orang Arab dan (orang) Parsi.”

Potongan ayat di atas menyatakan kepada kita tentang bagaimanakah rupa asal orang Melayu dahulukala di Semenanjung Tanah Melayu, khususnya di Langkasuka serta seluruh tanah jajahannya. Mereka digambarkan sebagai bangsa yang berkulit hitam-merah atau hitam manis. Warna kulit mereka ternyata berbeza daripada warna kulit kita pada hari ini. Jika sumber dari Tarikh Patani belum meyakinkan anda, kita rujuk pula kepada sumber pensejarahan yang kedua.

Betul k Johor dahulu sebuah pulau??

1542 & 1598 Johor Itu Pulau


Lihat peta ini. Sungai Muar bercabang dua. Satu hulunya ke hulu sungai Pahang. Manakala satu cabang hulunya di sebelah kanan ke kuala sungai Pahang.

Johor terpisah dari semenanjung.

Tahukah anda?

1. Laluan sungai Muar inilah Hang Tuah melarikan Tun Teja dari Pahang.
2. Laluan ini jugalah angkatan perang Siam dari Ligor menyerang Melaka. Mereka berhenti di suatu pantai berbatu granit, kemudian memahat batu untuk dijadikan telaga untuk menakung air tawar. Tempat itu sekarang dikenali sebagai Batu Pahat.
3. Jika laluan ini masih ada lagi sekarang sebagai sebuah terusan kapal, nescaya Perlabuhan Tanjung Pelepas dan perlabuhan-perlabuhan Singapura akan lumpuh.


Lebih lanjut di sini

Wednesday, November 13, 2013

Kapal layar Melayu Dilukis guna pelan atas pasir



Teknologi Melayu sukar dijangkau akal. Sebenarnya orang luar mengagumi tukang-tukang kita dalam diam. Pernahkah anda melihat pelan istana2 lama, kapal-kapal laut atau masjid2 lama yang dibina menggunakan pelan yang terperinci?

Tahukah anda bahawa Che Ali Ngah (hidup sekitar abad ke-19) seorang pembina kapal di Pulau Duyong membina Bedar Setia dengan hanya melukis pelan kapal itu di atas pasir pantai sahaja sebelum membinanya!
Akhirnya bedar Setia dengan gahnya membelah lautan mengelilingi dunia.

Di Pulau Duyung telah terkenal dgn pembinaan Pinis & Bedar. Antara pinis yang telah mengelilingi dunia ialah Sabar, Jun Bahtera dan Naga Pelangi II. Kapal jenis bedar pula Setia, Dapat, Boleh, Cinta Jaya, Burong Bhari, Naga Pelangi dan 1001 Nights. Inilah antara hasil kerja tangan ajaib Melayu. Lukisan pelan di pasir pantai.
Bukan hanya di Pulau Duyong, dahulunya Johor juga merupakan pengeluar Jong terbesar di dunia selain Turki ketika zaman Utmaniah. Namun kegemilangan Jong Johor hanya tedapat dalam catatan2 asing. Terutama catatan dan lakaran Godinho de Eredia. Dalam kenangan kita pun tiada. Kerana Jong Johor tidak pernah wujud lagi.

Christoph Swoboda pelayar Jerman mengiktiraf kapal senibina Melayu kini. Katanya, tiada kapal layar di dunia ini mampu bertahan selama 100 tahun kecuali yang dihasilkan oleh tangan dan keringat Melayu di Pulau Duyong...
Rujukan:
Dewan Budaya Januari 2011.
Mohd Arof Ishak, Tamadun Alam Melayu 2009.

Tuesday, November 12, 2013

Australia wilayah Melayu ?

Adakah dengan seluas ini pengaruh Melayu di Lautan Selatan hingga ke Lautan Teduh TETAPI pengaruh Melayu tidak sedikitpun mencecah Pulau Benua Australia? Mustahil pada pemikiran saya! Adakah ini logik? Melayu belayar hingga ke Pulau Paskah (Easter Island) buat monumen di sana. Berdayung hingga ke Hawaii tubuh kerajaan di sana. Meredah ombak hingga ke Madagaskar bina tamadun di sana. Malah sejauh Afrika berdagang di sana. Adakah logik jika tiada langsung peninggalan warisan Melayu di Australia. Maksud saya di tanah besarnya, bukan setakat terhenti di Pulau Cocos dan Pulau Chrismas. Sekurang-kurangnya ada komuniti Melayu di Utara Australia atau puing-puing tinggalan Melayu. Sedangkan Melayu mempunyai warisan hingga New Zealand, iaitu sebelah bawah Tenggara Australia. Sungguh tidak masuk akal. Di sini saya sisipkan beberapa peta yang saya dapat dari carian Google.
Jika melihat dari peta ini, Pulau Papua juga tidak termasuk. Walaupun peta ini tentang keluarga bahasa Melayu, namun adakah ini logik sedangkan masyarakat di Hawaii menggunakan perkataan Lima untuk nombor 5 dan Muka untuk wajah. Dan masyarakat Maori menggunakan perkataan Valai untuk Balai. Adakah langsung tiada pengaruh bahasa Melayu di Papua? Sebenarnya mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan. Sila luaskan pembacaan anda untuk ini. Seterusnya, berbeza dengan peta dibawah.
Masalahnya, peta ini tidak memasukkan Segenting Kra dan Patani, Kemboja & Champa dalam pengaruh Melayu. 

Kemana menghilang Tulisan Kunlu ?

Dinar Emas Pasai Bertulisan Kunlu


Pernah tahu tentang tulisan Rencong? Tentu biasa kan. Pernah dengar dan lihat Tulisan Kunlu? 

Ukiran tulisan yang terdapat pada kupang emas ini diukir dalam bahasa Pasai yang dikenali sebagai Kunlu, iaitu bahasa (?) tulisan yang digunakan sebelum bahasa sanskrit.

Sejarah awal kupang emas ini dikesan pada zaman awal kemunculan Melayu di daerah Pasang Utara, Sumatera. Semasa awal terdirinya kerajaan Melaka, pemerintah Sultan Iskandar tidak mempunyai mata wang sendiri. Maka baginda menggunakan mata wang saudaranya tuanya kerajaan Pasai dalam urusan Perdangan harian di Melaka.

Jika telah wujud bahasa kunlu, maka bahasa kunlu tu bahasa apa? adakah bahasa Melayu?  Yang telah di branding semula setelah Melayu mendominasi Alam Melayu ini. Memang kita tahu, bahawa kita adalah orang gunung (kunlun). Jadi peringkat awal tamadun kita dikenali sebagai bangsa kunlun. Jadi bahasa kita dikenali sebagai bahasa kunlu.

Monday, November 11, 2013

German guna inspirasi gobek api cipta enjin diesel?

Teknologi Melayu Inovasi Jerman (Gobek Api)
Saya membaca artikel yang menarik ini dari Majalah Agro Malaysia Bil 2 Okt-Dis 2010, dan sangat wajar saya kongsikan di sini.



Menurut Dr Rahmat Ghazali, beliau pernah berbual dengan seorang jurutera dari Jerman yang sangat memandang tinggi penciptaan orang Melayu. Salah satu ciptaan orang Melayu yang menjadi perhatiannya ialah Gobek Api.



Menurut jurutera ini, sebenarnya teknologi enjin diesel adalah diasaskan oleh teknologi Gobek Api!
Malah jurutera Jerman ini mahu sahaja menyatakan bahawa orang Melayulah yang telah mengasaskan teknologi enjin diesel.



Malangnya, dalam masyarakat Melayu, teknologi Gobek Api terhenti begitu sahaja apabila datangnya mancis dan pemetik api, maka tiada lagi inovasi.



Namun di Jerman, Gobek Api telah dimanfaatkan sehingga menghasilkan teknologi enjin diesel yang banyak digunakan dalam pembangunan jentera dan penciptaan kenderaan. Malah, ia pemangkin kepada bidang industri pengangkutan dan industri perkilangan yang akhirnya menjadikan Jerman sebuah negara maju.


**Kenapa orang luar mengakui kehebatan orang Melayu?


Sumber

Bangsa Misteri Di India..



Ravana seorang Raja bangsa Rakshasa. Ayahnya adalah berbangsa Yaksha. 


Artikel in adalah tentang jenis-jenis bangsa purba yang pernah wujud di India suatu ketika dahulu. Pengetahuan kita tentang bangsa-bangsa purba ini sebenarnya juga adalah amat penting untuk kita memahami sejarah bangsa Melayu di Nusantara terutama setelah pembentukan kaum-kaum baru setelah banjir besar Nabi Nuh. Sebenarnya bangsa-bangsa purba di benua India dibahagikan kepada dua kelompok. Kelompok pertama adalah kelompok yang dianggap baik atau suci dan kelompok kedua adalah kelompok yang dianggap jahat dan kejam.




Tentang mengapa terjadinya pembahagian sebegini dalam masyarakat India purba tidaklah mahu saya sentuh dengan mendalam disini kerana ianya amat panjang.  Di dalam epik klasik India seperti Mahabrata dan Ramayana, serta Purana ada dinyatakan nama-nama kaum atau bangsa tersebut. Namun demikian dalam epik-epik ini kesemua bangsa ini tidak digambarkan sebagai manusia biasa sebaliknya mereka digambarkan memiliki pelbagai kuasa ajaib dan sakti mandraguna. Penceritaan mengenai mereka biasanya tidak dapat lari daripada mitos dan dan lagenda. Diantara puak-puak yang terdapat pada masa tersebut adalah seperti Yakshas, Kinnaras, Kimpurushas, Rakshasas, Suparnas, Vanaras, Vidyadharas, Valikilyas, Pisachas, Devas dan Asuras.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Open Cbox