Tuesday, September 3, 2013

Kemajuan teknologi kuno dan binaan-binaan Nabi Sulaiman a.s Part 1




































Nabi Idris a.s
Nabi Idris a.s adalah nabi kedua dalam senarai 25 Rasul yang wajib diketahui. Rasul Allah 

yang kedua ini juga mendapat gelaran As-Siddiq, sepertimana Abu Bakar r.a juga mendapat gelaran sedemikian.

Menurut suatu riwayat dari Ibnu Abbas, Nabi ldris a.s itu adalah seorang tukang jahit (Khayyath). Ibnu Abbas mengatakan pula bahawa setiap kali dia menusukkan jarumnya ke kain selalu dia membaca zikir "Subhanallah" (Maha Suci Allah).

Di dalam Tafsir al-Qurthubi disebutkan bahawa Nabi ldris itulah manusia yang mula-mula menulis dengan qalam. Yang mula-mula menjahit dengan jarum. Yang mula-mula mengetahui ilmu bintang dan ilmu hisab. Dia bernama Idris, yang diertikan belajar kerana dia banyak sekali belajar Kitab Allah. Ada disebut bahawa kepadanya diturunkan 30 Shuhuf.

Sedangkan menurut Syaikh Thanthawi Jauhari di dalam Tafsir Jawahir-nya, yang dimaksudkan dengan Idris ialah Osiris atau Azoris, dan perkataan Idris adalah ucapan dalam bahasa Arab. Serupa juga dengan Yeshoa (dalam bahasa Ibrani / Hebrew) diucapkan dalam bahasa Arab ialah Isa, manakala Yohannes diucapkan dalam bahasa Arab ialah Yahya.

Menurutnya lagi, Osiris atau Idris ini adalah seorang Nabi yang diutus Allah kepada bangsa Mesir purba­kala dan membawa ajaran-ajaran dan perubahan yang besar-besar. Di dalam sejarah-sejarah Kuno Mesir disebutkan bahawa Nabi Idris meninggal kerana di­bunuh oleh saudaranya sendiri kerana dengki kepada pengaruhnya yang besar. Lalu dipotong-potong badannya untuk dihancurkan. Tetapi sepotong dari badan itu dipelihara oleh isterinya dan diawet; pengawetan mayat itulah kelaknya yang menjadi kepandaian utama orang Mesir purbakala.

Nabi Idris adalah Osiris tidak disebut dalam tafsir-tafsir AlQuran lama kerana ilmu tentang Egyptologi baru bermula pada abad ke 19, dimana para sarjana baru dapat menterjemahkan huruf-huruf Hieroglyph dalam piramid.

Dan ajaran-ajaran Osiris yang didapati dari huruf-huruf Kuno itu bertemu pokok ajaran Tauhid. Cuma setelah lama kemudian sepeninggalannya, setelah pada mulanya hakim-hakim mengakui bahawa jasanya sangat besar, maka beliau di­tempatkan di tempat yang amat tinggi di alam lain, maka beliau pula lah yang dipertuhan orang, dipuja dan disembah, sepertimana dilakukan oleh orang Kristian kepada Isa Al-Masih atau orang Buddha kepada Bodhisatwa. [1]

Dan ajaran-ajaran Osiris dari tulisan Hieroglyph yang ada ditemui pokok ajaran Tauhid itu juga menguatkan lagi teori bahawa binaan-binaan piramid dan seumpamanya yang dijumpai di seluruh dunia itu sebenarnya dibina oleh Nabi Sulaiman a.s dengan mengarahkan para jin suruhannya. Dan tulisan-tulisan Hieroglyph itu untuk menceritakan kejadian masa lalu dan bercampur juga dengan kejadian masa hadapan. Di bawah nanti ada diterangkan lebih lanjut berkenaan hal ini.


Penemuan-penemuan artifak kuno

1 - Alat mekanikal Antikythera- Ia adalah sejenis jam yang kini dipamerkan di Greek National Museum (Muzium Negara Yunani) di Athens. Ditemui pada tahun 1900 - 1902 oleh penyelam di Antikythera, sebuah pulau kecil yang terletak di antara Greece dan Crete. Bangkai kapal di mana objek itu didapati tenggelam pada 65 SM.

Kesemua bahagian logam mesin kelihatan dari lembaran satu kandungan dibuat dari gangsa bertimah rendah, tiada satu pun daripada bahagian-bahagian yang dibuang, atau dari logam lain.

Dari tulisan-tulisan (dalam Greek kuno) pada plat depan jam boleh disimpulkan bahawa jam bermula dari SM abad pertama. Ia adalah satu jam astronomi tentang matahari terbit dan terbenam, atau boleh jadi juga menandakan fasa bulan.
2 - Bateri Baghdad - Pada tahun 1936 ditemui objek yang luar biasa dalam Khuyut Rabuah di Baghdad. Dalam penggalian arkeologi mereka menjumpai periuk misteri atau pasu yang dianggarkan dibuat sejak tempoh antara beberapa ratus tahun sebelum Kristus sehingga beberapa ratus tahun selepas Kristus.Bateri Baghdad adalah sebuah balang setinggi 15 cm dengan tudung asfalt. Batang besi (dioksidakan) dimasukkan ke dalam pusat ke dalam, dan dikelilingi oleh silinder tembaga panjang 9 cm dengan diameter 26 mm. Apabila balang diisi dengan satu atau elektrolit lain, seperti jus lemon atau cuka, maka ia mampu untuk mengalirkan voltan elektrik kira-kira 1 volt. Walau bagaimanapun, bateri itu adalah terlalu kecil untuk mengalirkan kuasa tunggal untuk tujuan ini, dan mesti terdapat berpuluh-puluh bateri ini dirangkaikan.

Perjanjian dengan bateri pertama apabila ia dicipta oleh lelaki Perancis iaitu George Lech anche pada tahun 1867 adalah menarik. Ia juga terdiri daripada periuk dengan (zink) elektrod negatif (karbon) dan positif, dipisahkan daripada satu sama lain oleh cecair elektrolitik.

Bateri ini terletak di Muzium Negara di Baghdad, tetapi adalah diragukan sama ada ia masih ada selepas kecurian pada tahun 2003.

3 - Arca seperti kapal terbang emas - Objek yang ditemui di Tolima di Colombia dan India ini berumur sekurang-kurangnya 1500 tahun, walaupun umur sebenar tidak boleh dipastikan kerana lokasi asalnya tidak lagi diketahui.

Beberapa eksperimen telah dijalankan di mana replika-replika pesawat ini dibuat dalam jumlah kira-kira 1 meter. Pembina mendakwa bahawa mereka berjaya membuatkannya terbang (Daniken-1997, ms 186, Daniken, 1973, ms 172).

Objek emas itu mempunyai bentuk yang biasa: sayap delta segi tiga, hidung pesek, ekor tinggi dan berukuran kira-kira 8 - 12 cm panjang.


4 - Pasu-pasu batu - Salah satu misteri terbesar sepanjang masa adalah penemuan pasu batu di Mesir. Di dalam dan berhampiran piramid Firaun Djoser di Saqqara, kira-kira 30 km selatan Kaherah, beribu-ribu pasu batu dijumpai.

Pasu-pasu batu ini dianggarkan daripada masa sebelum 2800 SM. Pasu-pasu ini diperbuat daripada jenis batu paling keras seperti diorit, gneiss dan granit dan memerlukan penggunaan alat-alat yang sangat keras termasuk penggerudian berlian, pengisar berlian dan (silinder) penggerudian dan lain-lain. Sedangkan pada masa itu alat-alat tersebut tidak wujud.

Ketika itu besi tidak lagi dikenali, apatah lagi penggerudian dan menggergaji. Walau bagaimanapun, kebanyakan pasu batu itu bentuknya sempurna, biasanya bulatan betul-betul simetri.  [2]





Arca batu seakan-akan komponen suatu mesin





Kaum 'Aad (kaum Nabi Hud) dan petikan dari AlQuran

Aad adalah nama bapa suatu suku yang hidup di jazirah Arab di suatu tempat bernama Al-Ahqaf terletak di utara Hadramaut antara Yaman dan Umman dan termasuk suku yang tertua selepas kaum Nabi Nuh serta terkenal dengan kekuatan jasmani dan bentuk tubuh-tubuh yang besar dan sasa. Mereka dikurniai oleh Allah tanah yang subur dengan sumber-sumber airnya yang mengalir dari segala penjuru sehinggakan memudahkan mereka bercucuk tanam untuk bahan makanan mereka. dan memperindah tempat tinggal mereka dengan kebun-kebun bunga yang indah-indah.

Sebagaimana dengan kaum Nabi Nuh, kaum Nabi Hud iaitu Kaum Aad ini juga penghidupan rohaninya tidak mengenal Allah Yang Maha Kuasa Pencipta alam semesta. Mereka membuat patung-patung yang diberi nama Shamud dan Alhattar dan itu yang disembah sebagai tuhan mereka yang menurut kepercayaan mereka dapat memberi kebahagiaan, kebaikan dan keuntungan serta dapat menolak kejahatan, kerugian dan segala musibah. Ajaran dan agama Nabi Idris a.s. dan Nabi Nuh a.s. sudah tidak berbekas dalam hati, jiwa serta cara hidup mereka sehari-hari.

Akibat dan hasil dari aqidah yang sesat itu, pergaulan hidup mereka menjadi dikuasai oleh tuntutan dan pimpinan Iblis, di mana nilai-nilai moral dan akhlak tidak menjadi dasar penimbangan atau kelakuan dan tindak-tanduk seseorang tetapi kebendaan dan kekuatan lahiriah lah yang menonjol sehingga timbul kerusuhan dan tindakan sewenang-wenang di dalam masyarakat di mana yang kuat menindas yang lemah, yang besar memperkosa yang kecil dan yang berkuasa memeras yang di bawahnya. Sifat-sifat sombong, bongkak, iri-hati, dengki, hasut dan benci-membenci yang didorong oleh hawa nafsu yang bermerajalela dan menguasai kehidupan mereka sehingga tidak memberi tempat kepada sifat-sifat belas kasihan, sayang menyayang, jujur, amanah dan rendah hati. [2]

Kaum 'Aad ialah kaum yang derhaka kepada Allah dan rasulNya Nabi Hud a.s. Mereka ditimpa bala bencana sehinggakan tamadun mereka terus hancur luluh.

"Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ’Aad?. (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi. Yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain."  [Surah al-Fajr ayat 6-8]

"Dan juga pada (kisah) Aad ketika Kami kirimkan kepada mereka angin yang membinasakan. Angin itu tidak membiarkan satu pun yang dilaluinya, melainkan dijadikannya seperti debu."  [Surah adz-Dzaariyaat ayat 41-42]


"Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik? Dan kamu membuat benteng-benteng dengan maksud supaya kamu kekal (di dunia)?. Dan apabila kamu menyeksa, maka kamu menyeksa sebagai orang-orang kejam dan bengis."  (Surah as-Syu’araa’ : ayat 128-130)


[15]Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: “Siapakah yang lebih kuat dari kami?” Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya).

[16]Lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang dalam beberapa hari yang nahas malang, kerana Kami hendak merasakan mereka azab seksa yang menghina dalam kehidupan dunia; dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat lebih besar kehinaannya; sedang mereka tidak diberikan pertolongan (menghindarkan azab itu).  [Surah Fussilat : Ayat 15 - 16]


"Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya, yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang.  [Surah Al-Haqqah : Ayat 6 - 7]



Kaum Tsamud (kaum Nabi Shaleh) dan petikan dari AlQuran

Kaum Tsamud adalah suku kuno Arab yang diperkirakan hidup sekitar millenium pertama Sebelum Masehi dan dekat dengan waktu kenabian Muhammad S.a.w. Mereka diperkirakan berasal dari wilayah Arab selatan yang kemudian pindah menuju utara. Mereka kemudian menetap di Gunung Athlab, Madain Shaleh.

Sejumlah besar kaum Tsamud merupakan pengukir dan pemahat bukit yang baik. Ukiran dan pahatan mereka hingga kini dapat ditemui di Gunung Athlab dan hampir seluruh Arab bahagian tengah.  [3]

Kaum Tsamud ini adalah satu kaum yang derhaka terhadap Allah dan rasulNya Nabi Shaleh a.s. Antara dosa besar yang mereka lakukan ialah membunuh unta mukjizat nabi Shaleh dan mereka juga cuba membunuh nabi Shaleh sendiri tetapi gagal kerana dimusnahkan oleh Allah S.w.t.

"Adapun kaum Tsamud, maka Kami beri petunjuk kepadanya, lalu mereka mengutamakan kesesatan dari hidayah petunjuk; mereka pun disambar oleh petir azab yang menghina dengan sebab apa yang mereka telah lakukan.  Dan Kami selamatkan orang-orang yang beriman serta mereka tetap bertaqwa."  [Surah Fussilat : Ayat 17 - 18]


[23](Demikian juga) kaum Tsamud telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasul mereka, Nabi Shaleh).

[24]Lalu mereka berkata: Patutkah kita menurut manusia dari jenis kita, lagi yang berseorangan? Jika demikian, sesungguhnya kita berada dalam keadaan sesat dan gila!
[25]Tidaklah patut wahyu peringatan itu diturunkan kepadanya (padahal orang-orang yang lebih layak ada) di antara kita. Bahkan dialah seorang pendusta, lagi sombong angkuh.

[26]Mereka akan mengetahui kelak siapakah orangnya yang pendusta, lagi sombong angkuh itu.

[27]Sesungguhnya Kami menghantarkan unta betina (yang menjadi mukjizat) sebagai satu ujian bagi mereka. Lalu (Kami perintahkan Rasul Kami): Tunggulah (apakah yang mereka akan lakukan) serta bersabarlah (terhadap tentangan mereka).

[28]Dan khabarkanlah kepada mereka, bahawa sesungguhnya air (telaga mereka) terbahagi di antara mereka dengan unta itu, tiap-tiap bahagian air itu dihadiri oleh yang berhak mengambilnya (pada hari gilirannya).

[29](Mereka selepas itu merasa bosan dengan keadaan unta itu dan berkira hendak membunuhnya), lalu mereka memanggil kawan mereka (yang sanggup membunuhnya), dia pun bertindak sampai dapat membunuhnya.

[30]Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!

[31]Sesungguhnya Kami hantarkan kepada mereka satu pekikan (yang dahsyat), lalu menjadilah mereka (hancur) seperti ranting-ranting dan daun-daun yang pecah hancur, yang dikumpulkan oleh pemilik kandang binatang ternak.

[32]Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?  [Surah Al-Qamar : Ayat 23 - 32]


[11] (Ingatlah), kaum Tsamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;

[12] Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),

[13] Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Shaleh) kepada mereka: ” (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!”

[14] (Setelah Nabi Shaleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Dia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).  [Surah As-Syams : Ayat 11 - 14]
 kaum Sadum (kaum Nabi Lut) dan petikan dari AlQuran

Masyarakat Sadum adalah masyarakat yang rendah paras moralnya dan rosak akhlak. Masyarakat Sadum tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang beradab. Maksiat dan kemungkaran bermerajalela dalam pergaulan hidup mereka. Pencurian dan perampasan harta milik merupakan kejadian hari-hari di mana yang kuat menjadi kuasa sedang yang lemah menjadi korban penindasan dan perlakuan sewenang-wenang. Maksiat yang paling menonjol yang menjadi ciri khas hidup mereka adalah perbuatan homoseksual (liwat) di kalangan lelakinya dan lesbian di kalangan wanitanya. Kedua-dua jenis kemungkaran ini begitu bermerajalela di dalam masyarakat sehinggakan ia merupakan suatu kebudayaan bagi kaum Sadum.

Seorang pendatang yang masuk ke Sadum tidak akan selamat dari diganggu oleh mereka. Jika ia membawa barang-barang yang berharga maka dirampaslah barang-barangnya, jika ia melawan atau menolak menyerahkannya maka nyawanya tidak akan selamat. Akan tetapi jika pendatang itu seorang lelaki yang bermuka tampan dan berparas elok maka ia akan menjadi rebutan di antara mereka dan akan menjadi korban perbuatan keji lelakinya dan sebaliknya jika si pendatang itu seorang perempuan muda maka ia menjadi mangsa bagi pihak wanitanya pula.  [3]

Kaum Sadum ini juga derhaka terhadap Allah dan rasulNya Nabi Luth, maka ditimpakan bala bencana besar berupa gempa bumi yang kuat dan hebat disertai angin yang kencang dan hujan batu sijjil yang menghancurkan dengan serta-merta.

[80]Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?

[81]“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”.

[82]Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri”.

[83]Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan.

[84]Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.  [Surah Al-A'raaf : Ayat 80 - 84]


Kisah Nabi Luth dalam Al-Quran terdapat pada 85 ayat dalam 12 surah diantaranya surah "Al-Anbiyaa" ayat 74 dan 75 , surah "Asy-Syu'ara" ayat 160 sehingga ayat 175 , surah "Hud" ayat 77 sehingga ayat 83 , surah "Al- Qamar" ayat 33 sehingga 39 dan surah "At-Tahrim" ayat 10 yang mengisahkan isteri Nabi Luth yang mengkhianati suaminya.



Antara kisah penduduk Madyan (kaum Nabi Syu'aib) dalam AlQuran

[85] Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib. Ia berkata: “Wahai kaum sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata dari Tuhan kamu. Oleh itu, sempurnakanlah sukatan dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya; dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman.

[86]“Dan janganlah kamu duduk pada tiap-tiap jalan lalu-lalang, dengan menakut-nakutkan dan menghalangi orang-orang yang beriman dari melalui jalan Allah, dan kamu pula menghendaki supaya jalan Allah itu bengkok terpesong. Dan ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah menjadikan kamu kembang ramai, serta perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berbuat kerosakan.

[87]“Dan jika ada segolongan dari kamu beriman kepada wahyu (perintah-perintah Allah) yang aku telah diutuskan untuk menyampaikannya, dan segolongan lagi tidak beriman, maka sabarlah sehingga Allah menjalankan hukumNya di antara kita semua, dan Dia lah jua sebaik-baik hakim”.

[88]Ketua-ketua yang sombong takbur dari kaum Nabi Syuaib berkata: “Sesungguhnya kami akan mengusirmu wahai Syuaib dan orang-orang yang beriman yang menjadi pengikut-pengikutmu dari negeri kami ini, atau kamu berpindah kepada ugama kami”. Nabi Syuaib menjawab: “Adakah (kamu hendak melakukan yang demikian) sekalipun kami tidak menyukainya?

[89]“Sesungguhnya (bermakna) kami berdusta terhadap Allah, jika kami berpindah kepada ugama kamu sesudah Allah menyelamatkan kami daripadanya. Dan tidaklah harus kami berpindah kepadanya sama sekali, kecuali jika Allah Tuhan kami, menghendakinya. Pengetahuan Tuhan kami meliputi akan tiap-tiap sesuatu. Kepada Allah jualah kami bertawakal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim”.

[90]Dan berkatalah pula Ketua-ketua yang kafir dari kaum Nabi Syuaib (kepada orang ramai): “Sesungguhnya jika kamu mengikut Syuaib nescaya kamu dengan perbuatan yang demikian menjadilah orang-orang yang rugi”.

[91]Maka mereka dibinasakan oleh gempa, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing.

[92]Orang-orang yang mendustakan Nabi Syuaib (punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah mendiami negeri itu. Orang-orang yang mendustakan Nabi Syuaib, merekalah orang-orang yang rugi.

[93]Kemudian Nabi Syuaib meninggalkan mereka sambil berkata: “Wahai kaumku! Sesungguhnya aku telah menyampaikan kepada kamu perintah-perintah Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepada kamu. Oleh itu, tidaklah aku merasa sedih terhadap orang-orang kafir (yang telah binasa itu)”.

[94]Dan (Tuhan berfirman): Kami tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang Nabi (yang didustakan oleh penduduknya), melainkan Kami timpakan mereka dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk merendah diri (insaf dan tidak berlaku sombong takbur).

[95]Setelah (mereka tidak juga insaf) Kami gantikan kesusahan itu dengan kesenangan hingga mereka kembang biak (serta senang-lenang) dan berkata (dengan angkuhnya): “Sesungguhnya nenek moyang kita juga pernah merasai kesusahan dan kesenangan (sebagaimana yang kita rasakan)”. Lalu Kami timpakan mereka (dengan azab seksa) secara mengejut, dan mereka tidak menyedarinya.

[96]Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

[97]Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?

[98]Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?

[99]Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi.

[100]Adakah (yang demikian itu tersembunyi dan) tidak jelas kepada orang-orang yang mewarisi negeri itu sesudah penduduknya (hilang lenyap kerana ditimpa bencana), bahawa kalau Kami kehendaki tentulah Kami akan menimpakan mereka pula dengan azab disebabkan dosa-dosa mereka, dan Kami meteraikan di atas hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar (nasihat-nasihat pengajaran)?

[101]Negeri-negeri (yang telah Kami binasakan) itu, Kami ceritakan sebahagian dari khabar beritanya kepadamu (wahai Muhammad); dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan keterangan-keterangan yang nyata (mukjizat), sesudah itu mereka tidak juga beriman kepada apa yang mereka telah mendustakannya dahulu. Demikianlah Allah meteraikan di atas hati orang-orang yang kafir.

[102]Dan Kami tidak mendapati bagi kebanyakan mereka sebarang janji (yang ditepati), dan Kami tidak mendapati kebanyakan mereka melainkan orang-orang yang fasik.  [Surah Al-A'raaf : 85 - 102]

Bersambung di bahagian keduaSUMBER

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Open Cbox