Friday, August 23, 2013

Lagenda Keluarga Sidek

DATO' MOHD SIDEK ABDULLAH KAMAR (ALLAHYARHAM)

Allahyarham Dato' Sidek lahir pada 9 Januari 1936 di Banting, Selangor. Beliau bersekolah di Sekolah Agama Al-Mansor, Pulau Pinang. Antara kejayaan beliau ialah Juara Beregu Lelaki dan Beregu Campuran Daerah Kuala Langat (1958); Juara Perseorangan Lelaki Daerah Kuala Langat (1959-1962); dan Juara Perseorangan Lelaki Piala Novis Melayu Selangor (1964). 

Pada 1970, beliau bersara dan seterusnya bermula detik beliau melatih anak-anaknya menceburi sukan badminton. Allahyarham juga merupakan pengasas Kelab Nusa Mahsuri -- kelab badminton pertama di Malaysia, ditubuhkan pada 10 April 1997. Beliau merupakan bapa kepada 5 orang jaguh badminton adik beradik iaitu Misbun Sidek, Jalani Sidek, Razif Sidek, Rahman Sidek dan Rashid Sidek. Allahyarham Dato' Sidek, seorang yang tegas mendidik anak. Jasanya kepada dunia sukan negara memang tak terbalas. 

Al-Fatihah.



DATUK MOHMED MISBUN BIN HAJI MOHD SIDEK 

Misbun Sidek (lahir 17 Februari 1960 di Kanchong Darat, Banting, Selangor) merupakan seorang bekas pemain badminton kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan anak sulung daripada adik-beradiknya. 

ZAMAN KANAK - KANAK

Visi Datuk Sidek Abdullah Kamar untuk melihat anak-anaknya menjadi jagoan badminton bermula dengan anak lelaki pertamanya, Misbun sebagai eksperimen.

Ketika usianya mencecah tujuh tahun iaitu pada 1967, Misbun sudah mula dilatih secara serius oleh bapanya di gelanggang badminton di hadapan rumah mereka di Kampung Kanchong Darat, Banting, Selangor. Dua tahun kemudian, rutin sama turut dilalui adiknya, Razif dan Jalani setahun kemudian.

Namun di peringkat awal, bakat Misbun dalam badminton ditenggelami adiknya, Razif. Razif atau dikenali Mok di kalangan adik-beradik, lebih berdisiplin dan jarang ponteng latihan, berbanding Misbun dan Jalani yang lebih nakal. Tetapi sejak kategori bawah umur 15 tahun, Misbun sudah mula menewaskan Razif yang dua tahun lebih muda darinya.

KARIER AWAL

PADA usia 16 tahun, Misbun Sidek terpilih mewakili negara dalam Kejohanan Jemputan Asia di Hong Kong berikutan kejayaannya muncul juara kategori bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Selain kejohanan itu, anak kedua daripada lapan beradik itu juga terpilih ke Terbuka Australia atau lebih dikenali dengan nama Silver Bowl.

Di peringkat kebangsaan, Misbun terus mengekalkan dominasinya dan melakar gelaran hatrik bawah 18 tahun pada 1978, diikuti kategori bawah 21, setahun kemudian.

Pada 11 November 1976, Stadium Negara bergema menandakan dominasi keluarga Sidek bermula. Selepas Misbun muncul juara bawah 18 tahun beberapa bulan sebelumnya, adiknya, Razif dan Jalani muncul juara bawah 15 tahun MSSM selepas menewaskan pasangan Negeri Sembilan, Michael Chua dan Lim Jit Eng 15-10, 15-1.

Razif juga unggul dalam acara perseorangan dengan menewaskan pemain Pulau Pinang, Chung Peng Hoong 15-9, 15-3. Misbun menemani bapanya, Datuk Sidek Abdullah Kamar menyaksikan detik bersejarah itu. Misbun bertembung buat pertama kali dengan Razif dalam kategori 18 tahun merebut gelaran Novices Selangor di Dewan SBA, Kampung Attap pada 30 Januari 1977. Pertembungan itu amat dinantikan kerana Misbun adalah juara bawah 18 tahun MSSM manakala Razif unggul dalam kategori bawah 15.

Sesuai dengan statusnya sebagai abang, Misbun menewaskan Razif dalam saingan sengit rubber game 10-15, 15-5, 15-2. Setahun kemudian, pada usia 18 tahun, Misbun sudah terpilih untuk menjalani latihan skuad Piala Thomas negara. Dia boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pemain senior ketika itu seperti Suffian Abu Bakar, James Selvaraj, Saw Swee Leong, Phua Ah Hua Moo Foot Lian, Ong Teong Boon, Ho Khim Soon dan Kwek Chiew Peng.

KARIER SETERUSNYA

Setelah mengalahkan Liem Swie King di Sukan SEA Manila 1991, beliau memenuhi nazarnya dengan mencukur rambut ala 'Mohican' (botak di kiri kanan dengan rambut tebal menjurai di tengah). Ketika bertanding di Hong Kong beberapa waktu kemudian, beliau tetap muncul dengan potongan rambut yang aneh itu. 

Kejayaan itu melayakkan Misbun bergelar Olahragawan Kebangsaan 1981.

Ketika final Piala Dunia 1982 di Stadium Negara, Misbun Sidek tewas kepada bintang Indonesia, Lim Siew King. Walhal dia ada peluang memenangi perlawanan. Selepas kalah set pertama 12-15, Misbun bangkit untuk menang set kedua 15-3 dan mendahului 10-1 pada set penentuan. Sepanjang kejohanan itu, Misbun beraksi cemerlang. Dalam laluannya hingga ke final, dia menundukkan pemain terkemuka seperti Luis Pongoh dari Indonesia, Morten Frost Hansen (Denmark) dan Prakash Padukone (India). 

Pada awal September 1982, ketika persiapan menghadapi Sukan Komanwel dan Asia, Misbun tiba-tiba mengejutkan pegawai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan peminat apabila meninggalkan kem latihan skuad negara di Pusat Latihan Polis (Pulapol) bersama rakan sepelatihnya, Ajib Mohiddin. Selain muncul naib juara dunia, Misbun juga memenangi Terbuka Sweden dan mengekalkan kejuaraan kebangsaan pada 1982.

Setahun kemudian, dia muncul juara Terbuka Jerman, Sweden, Kanada, separuh akhir Piala Dunia dan tempat ketiga Kejohanan Grand Prix Dunia. Dalam kejohanan Piala Dunia, Misbun tewas kepada pemain Indonesia, Hastomo tetapi penampilan uniknya nyata menarik perhatian peminat membanjiri Stadium Negara. Malah penampilan warna warni Misbun sedikit sebanyak membantu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memenuhkan kantung dengan hasil jualan tiket luar dugaan. 

Pada 19 Ogos 1983, ketika Misbun bertemu Jens Peter Nierhoff dari Denmark, dilaporkan BAM mengutip tiket berjumlah RM70,000, keesokannya bertemu pemain China, Chen Changjie (RM117,000) manakala ketika tewas kepada Hastomo, jualan tiket adalah RM128,840.

Bakat, penampilan dan karisma Misbun turut mendapat perhatian masyarakat antarabangsa. Pada 7 Oktober 1983, Misbun menempa sejarah sebagai pemain pertama Asia Tengara dan kedua Asia selepas jaguh India, Prakash Pradukone menjadi pemain profesional di bawah International Management Group (IMG). 


Pengiktirafan itu suatu yang menakjubkan kerana Misbun kini setaraf dengan bintang antarabangsa lain di bawah IMG seperti Bjorn Borg, Jimmy Connors, Jack Nicklaus, Arnold Palmer, Sebastian Coe dan Alberto Salazar.
TAHUN 1984 menyaksikan Misbun Sidek membuat kejutan apabila mengambil keputusan menunaikan haji di Mekah pada usia 24 tahun. Namun pada 30 September 1984, Misbun tiba-tiba sakit akibat kekeringan air dalam badan di Mekah dan ia menggemparkan keluarga serta peminat badminton negara. 

Misbun pulang ke tanahair pada 4 Oktober 1984. Pada bulan sama, Misbun kembali memegang raket dan mewakili Malaysia ke Terbuka Kanada.

Pada 8 Januari 1985, sejarah tercipta lagi dalam keluarga Sidek. Kali ini, mereka menjadi keluarga terbesar mewakili negara dalam kejohanan luar negara. Misbun, Razif, Jalani, Rahman dan Rashid terpilih kali pertama beraksi bersama di pentas antarabangsa di Terbuka Hong Kong. Maka lengkaplah Sidek Brothers - lima anak lelaki keluarga Sidek.

Apapun, di sebaliknya penampilan peliknya, Misbun masih mampu menyinar di pentas antarabangsa dengan gelaran terakhir dicapai pada 1988 selaku naib juara Piala Thomas, selepas tewas kepada China 4-1. Setahun kemudian, Misbun mengambil keputusan nekad untuk bersara. Hatinya masih kuat untuk bermain namun keadaan fizikalnya tidak mengizinkan.

Misbun pernah merangkul pingat emas bagi acara perseorangan lelaki badminton pada Sukan SEA 1981 di Manila, Juara Badminton Kebangsaan Malaysia (1981, 1982, 1983, 1984, 1986, 1987); Naib juara Piala Dunia 1982; Naib juara Seluruh England 1986; Naib juara Grand Prix Badminton Dunia 1988 dan Naib juara Piala Thomas 1988 (berpasukan lelaki). 

Misbun Sidek akan senantiasa dikenang sebagai jurulatih yang telah melahirkan ramai jaguh seperti Roslin Hashim, Hafiz Hashim dan Dato' Lee Chong Wei. Respek.












MOHAMED RAZIF MOHD SIDEK

Razif Sidek (lahir 29 Mei 1962 di Banting, Selangor) merupakan anak kedua selepas Misbun antara kelima-lima anak-anak Sidek yang bermain badminton. Beliau sering bermain secara beregu dengan adik lelakinya, Jalani. Razif dan Jalani memenangi gelaran Kejohanan Seluruh England pada 1982 selepas menumpaskan pasangan Scotland, Billy Gilliland dan Dan Travers. 

Beliau juga merupakan anggota skuad Malaysia yang memenangi Piala Thomas buat kali pertama dalam 25 tahun, dengan kemenangan 3-2 ke atas Indonesia di Stadium Negara pada 1992. Beliau melakar sejarah menjadi atlet Malaysia pertama memenangi pingat Sukan Olimpik pada temasya Barcelona 1992. 

Mereka merangkul pingat gangsa buat Malaysia setelah mencapai separuh akhir kategori beregu lelaki yang mana mereka tewas kepada pasangan Korea, Park Joo-bong dan Kim Moon-Soo. 

Semasa perjalanan kariernya dengan Jalani, mereka merupakan antara empat beregu terbaik di dunia (Park Joo-bong/Kim Moon-soo, Rudy Gunawan/Eddy Hartono dan Tian Bingyi/Li Yongbo) dari era 1980-an hingga awal 1990-an. Selepas bersara sebagai pemain badminton, beliau dilantik sebagai jurulatih kebangsaan Malaysia dari 1994 hingga 1996.








HAJI MOHAMED JALANI MOHD SIDEK

Mohamed Jalani Mohamad Sidek (lahir 10 November 1963 di Banting, Selangor) merupakan bekas pemain badminton yang merangkul pingat gangsa bersama abangnya, Razif dalam perlawanan beregu pada Sukan Olimpik 1992. Anak-anak Sidek menjadi pemenang pingat Olimpik yang pertama untuk negara mereka sejak penyertaan pada temasya 1956 di Melbourne. 

Semasa perjalanan karier dengan abangnya Razif, mereka memenangi beberapa gelaran kejohanan tempatan dan antarabangsa. Detik paling bersejarah semasa beliau menjadi pemain termuda yang memenangi gelaran Kejohanan Seluruh England pada 1982. 

Selepas bersara sebagai pemain badminton, beliau mengasaskan sebuah kelab badminton bagi mencari bakat pemain baru, yang dipanggil Kelab Nusa Mahsuri, yang mana beliau menjadi penasihat sejak 1996. Beliau bertanggungjawab dalam perkembangan adik beradik Hashim, Roslin dan Hafiz yang menjadi pemain badminton kebangsaan Malaysia.





Razif dan Jalani Sidek: Beregu yang digeruni. 

Kesefahaman antara dua beradik ini digelar sebagai 'telepathic'. Kekuatan mereka ialah pertahanan dalam rally yang panjang, di mana pihak lawan yang kurang sabar pasti akan melakukan kesilapan.

Piala Thomas 1992 







RAHMAN SIDEK

Rahman Sidek (lahir pada 20 September 1965 di Banting, Selangor) merupakan Jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Ketua Jurulatih Program Pembangunan Badminton Junior Usahasama Majlis Perbandaran Petaling Jaya/Kelab Badminton Nusa Mahsuri. Beliau pernah menjadi Juara Beregu Lelaki Terbuka Kanada; Juara Beregu Lelaki Terbuka Jerman; Naib Juara Berpasukan Piala Thomas; Juara Beregu Lelaki Terbuka Perak dan Juara Berpasukan Piala Thomas (1992).






RASHID SIDEK

Abdul Rashid Mohamed Sidek (lahir 8 Julai 1968 di Kanchong Darat, Banting, Selangor) merupakan bekas pemain badminton lelaki dari Malaysia serta pemain perseorangan bertaraf dunia sewaktu era 1990-an. 

Beliau merupakan anak bongsu adalah yang bongsu dalam kalangan lima Adik-beradik Sidek yang semuanya terlibat dalam arena badminton kebangsaan. Abang beliau, Razif Sidek dan Jalani Sidek merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik bagi beregu lelaki pada 1992. Beliau menjadi pemain termuda yang memenangi Kejohanan Badminton Junior kebangsaan pada tahun 1980 ketika berumur 12 tahun. 

Rashid Sidek memenangi pingat gangsa untuk acara perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik 1996 di Atlanta setelah menewaskan Juara Dunia dari Indonesia, Heryanto Arbi. Beliau menjadi pemain nombor satu dunia buat julung kalinya pada tahun 1997. Beliau kini berkhidmat sebagai jurulatih kepada pemain pelapis dalam pasukan badminton kebangsaan Malaysia. 

Beliau dikatakan yang paling handal di kalangan Sidek bersaudara, kerana ketangkasannya sewaktu permainan jaring dan 'smash' yang padu dan kencang (uhmm...ada warga CG yg tak setuju keh?). 

Beliau diiktiraf sebagai antara perseorangan lelaki terbaik pernah dilahirkan negara kita.









Servis-S : Servis yang tak terlupakan.

Cara melakukan Servis Sidek ialah dengan sebelah tangan memegang kepala bulu tangkis ke arah atas, manakala bahagian bulunya pula menghala ke arah permukaan gelanggang. Sebelah tangan lagi yang memegang raket perlu berada dalam kedudukan untuk membuat pukulan backhand (memukul bulu tangkis dengan tolakan pergelangan tangan, dan bukannya dengan hayunan keseluruhan tangan). 

Setelah berada dalam kedudukan tersebut, servis akan dilakukan dengan tolakan raket ke arah bahagian bulu. Bulu tangkis yang dipukul sebegitu akan berpusing-pusing melayang ke arah gelanggang lawan. 

Servis Sidek dianggap menyukarkan pihak lawan untuk membalas pukulan kerana pihak lawan perlu betul-betul pasti bilakah kepala bulu tangkis yang berpusing-pusing itu akan menghadap ke arah mereka sebelum ia boleh dipukul kembali, kerana pukulan balas yang salah pada bahagian bulu akan menyebabkan hantaran yang tidak sempurna malah boleh menyebabkan bulu tangkis melekat pada jaringan raket pihak lawan. 

Antara pemain yang mula-mula mempopularkan serangan pada masa menerima servis ialah Heryanto Arbi dan Lim Swie King. 

Ia sememangnya menjadi masalah kepada pemain lawan untuk mengambil servis ini dan membuat serangan pada gerakan awal. Hal ini demikian kerana, pemain lawan yang menerima servis ini akan menerima bulu, bukan kepala. Alasan diharamkan adalah kerana ia merosakkan bulu tangkis. Servis-S ini dikatakan sangat berkesan dalam permainan beregu. Razif dan Jalani dikatakan dapat memenangi Kejohanan Seluruh England 1982, hasil dari keberkesanan 'Servis-S'.

Kontroversi teknik pukulan bulu tangkis yang luar biasa itu memaksa Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) mengambil keputusan untuk mengharamkan penggunaan Servis Sidek pada 1980. 



BUKU BUKU SIDEK






JASA KAMU SEMUA AKAN DIKENANG SELAMANYA

2 comments:

  1. Perkongsian yang hebat. Amat sukar untuk menjumpai laman yang penuh dengan maklumat tentang Anak2 Sidek seperti laman ini. Masyarakat Malaysia sekarang sudah makin melupakan jaguh2 ini (terutamanya Melayu). Bila agaknya Melayu boleh bangkit semula dalam mendominasi kesemua perkara dalam negara sekali lagi...

    ReplyDelete
  2. Taipan Indonesia | Taipan Asia | Bandar Taipan | BandarQ Online
    SITUS JUDI KARTU ONLINE EKSKLUSIF UNTUK PARA BOS-BOS
    Kami tantang para bos semua yang suka bermain kartu
    dengan kemungkinan menang sangat besar.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    Cukup Dengan 1 user ID sudah bisa bermain 7 Games.
    • AduQ
    • BandarQ
    • Capsa
    • Domino99
    • Poker
    • Bandarpoker.
    • Sakong
    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • FaceBook : @TaipanQQinfo
    • WA :+62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61
    Come & Join Us!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Open Cbox