Wednesday, April 10, 2013

UFO Sebenarnya Pesawat Ciptaan Nazi ?? part 1

UFO Haunebu Hasilan Ciptaan NAZI German



Definisi UFO secara ringkas
Seperti  yang kita tahu, UFO seringkali dikaitkan dengan "benda atau sesuatu yang bergerak dengan kelajuan  tinggi, dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar."

Itu ertinya, UFO yang akan saya cerita disini adalah segala hal mengenai yang telah saya jelaskan di atas. Bukanlah tentang makhluk halus, atau piring yang terlempar keluar dari jendela, karena ada sepasang suami istri yang bertengkar.hehe

UFO mepunyai pelbagai bentuk . Di antaranya ialah : 


Cylindrical (Cigar-Shaped) atau Silinder
Disc atau Cakram
Triangle atau Segitiga
Diamond atau Berlian
Hat atau Topi
Double Hat
Sphere atau Bulat
Saucer atau Piring (inilah yang paling terkenal pada era Perang Dunia II)
dan beberapa bentuk lain






saya akan mencuba mengulas semampu mungkin  mengenai bentuk UFO. Bentuk yang akan saya ulas disini ialah Nazi UFO Haunebu atau Haunebu. Haunebu adalah salah satu dari beberapa jenis bentuk  UFO Nazi. Teknologi Nazi selain Haunebu dan Vrill ialah RFZ (Rundflugzeug), Feuerball, Diskus, Andromeda-Gerate, Flugkreisel, Kugelwaffen, Reichsflugscheiben, Vrill, dan Kugelblitz (anti aircraft tank).

Haunebu, atau dengan kata lain adalah Hauneburg-Gerate (H-Gerat) adalah sebuah pesawat yang dibuat oleh Jerman yang bentuknya tidak seperti bentuk pesawat biasa. Ia berbentuk seperti lonceng, tapi jelas bukan The Bell yang saya maksud, dan mampu terbang dengan kelajuan yang tinggi. Haunebu dibuat dengan pelbagai siri iaitu daripada Haunebu I sehingga  Haunebu IV.


--> Pada tahun 1925, Adolf Hitler dari parti Nazi, membentuk sebuah badan separa tentera  yang dikenali sebagai  Schutzstaffel. Schutzstaffel atau lebih dikenali sebagai  SS mempunyai pelbagai fungsi yang berbeza, dari tentera sehingga ekonomi dan pengurusan.  SS turut dikenali dengan nama lain iaitu  Schwarze Sonne atau dengan kata lain "Black Sun".


Logo NAZI SS.




SS yang konon menganuti fahaman  okultisme dan dikembangkan oleh "Order of Black Sun" ini ditugaskan untuk menciptakan sejenis tenaga baru untuk persenjataan. Satu tenaga yang berasaskan anti-graviti. Tugas mereka lebih 
 kurang  seperti ini :


"Mengembangkan tenaga alternatif dan sumber bahan bakar melalui proses gasifikasi(
perubahan bahan bakar padat secara termo kimia menjadi gas) arang batu melalui proses yang rumit  dan penciptaan generatornya,meneliti bahan bakar berasaskan alkohol serta mengembangkan perputaran oksigen cair, turbin reaksi , dan Air Propultion Independent motor(AIP) 
dan Electro-Machine-Gravitic "

Thule Triebwek (Tachyonator-7). Salah satu perangkat terpenting dalam Haunebu.


Salah satu projek mereka adalah mencipta pesawat tempur yang bernama H-Gerat, H Device atau yang lebih dikenali sebagai  Haunebu.


Sejarah penamaan Haunebu

SS E-IV (Entwicklungsstelle 4) menciptakan apa yang disebut dengan "electric-magnetic-Gravitic engine" atau EMG. Dengan digabungkannya EMG dengan perangkat mesin tenaga bebas Hans Cooler lalu ia menjadi satu tenaga  konverter dan dipasangkan pada sebuah Van De Graaf  band generator "plus" Marconi vortex dynamo (tanki bulat untuk merkuri), sehigga terciptalah putaran  penuh pada medan eletrik yang mampu meredam bobot dan mempengaruhi graviti perangkat tersebut.

Perangkat tersebut kemudian di uji  pada mesin yang berbentuk cakra bulat yang direka oleh  Thule. Lokasi percubaannya terletak di daerah Barat Laut Jerman yang bernama Hauneburg. Sehingga, nama cakra tersebut dipercaya dinamakan Hauneburg Device atau H-Gerat, atau Haunebu sempena tempat percubaannya itu...

Ok , sekarang kita beralih pula  kepada Thule (dibaca "Thula" atau "Thoule")

Jika anda pernah mendengar mengenai Nazi,jadi Anda juga tahu bahwa Hitler sangat menjunjung tinggi bangsa  Arya.

Bagi Hitler, bangsa Arya adalah bangsa  yang paling agung di muka Bumi. Parti Nazi Okultisme percaya bahawa masyarakat Thule adalah orang-orang dari bangsa Arya terdahulu. Hal itu berdasarkan penemuan sebuah buku misteri "Oera Linda Book" boleh lihat disini  tentang buku tersebut. Meskipun ketulinan buku itu  masih diperdebatkan.




Oera Linda Book halaman 46


Thule Society atau masyarakat Thule, adalah sekelompok rahsia yang dibentuk pada tahun 1911. Konon, masyarakat ini diketuai oleh Walter Neuhaus.

Kita kembali kepada Haunebu.

Haunebu Gerat seri I mempunyai dua prototype dengan diameter sepanjang 25 meter. Mampu mengangkut lapan kru. Haunebu mempunyai kelajuan  yang menakjubkan, ia mungkin pesawat yang paling laju dpada era Perang Dunia, iaitu 4800 km per jam pada ketinggian rendah. Pada peningkatan selanjutnya, Haunebu mampu bergerak dengan kecepatan 17000 km per jam, dan mampu terbang selama 18 jam.

Untuk mengurangkan bahang kepanas kerana geseran  yang dihasilkan oleh kelajua tinggi, badan Haunebu dilapisi oleh bahan Victalen dobel.



Haunebu I dilengkapi pula dengan persejataan yang disebut 60mm KraftStrahlKanone (KSK).

Berikut adalah beberapa gambar Haunebu.











Berikut adalah spesifikasi Haunebu I






Bersambung di bahagian kedua

1 comment:

  1. Assalamualaikum. Satu perkongsian yang menarik tentang ufo. Selama ini, barat cuba set dlm fikiran kita bhw adanya makhluk asing dan makhluk asing ni akan menjadi ancamn bagi kita. Dengan maklumat yang diberikan oleh admin sedikit sebanyak dapat menambah info kita tentang ufo dan tidak mudah menerima sahaja apa yang didakwa oleh barat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Open Cbox