Sunday, April 7, 2013

Fakta Disebalik Perang Salib Part 2




Para Knights umumnya adalah anak para bangsawan yang tidak memiliki hak waris. Di masa itu seperti juga para bangsawan dimana saja, kekayaan dan kekuasaan  ayah hanya diwarisi oleh putera sulungnya, kecuali bagi raja atau baron kaya dimana putera ke dua hingga ke 3 masih mungkin mewarisi satu county atau estate dengan istana kecil. Putera-putera yang tidak atau merasa kurang memiliki kekayaan biasanya sejak remaja mengasah diri dengan ilmu  peperang. Mereka kemudian pada usia tertentu (15-16 tahun) di lantik menjadi Knight oleh Raja atau Baron tempat dia mengabdikan diri.

Ada sebuah peraturan yang tidak pernah dilanggar oleh kedua belah pihak sewaktu perang salib. Iaitu Fakta Nobility atau Hukum Chivalry yang berlaku di abad pertengahan bahawa Raja tidak boleh membunuh sesama Raja. Khususnya apabila ditawan. Salah satu kod etika Knights dan para Noble adalah mereka pantang membunuh keluarga atau orang2 dari keturunan bangsawan yang menyerah/tertawan dalam pertempuran. Akan tetapi khasnya buat religius-military Order spt Templar, Hospitaller dan Teutonic dalam perang Salib, peraturan itu tidak berlaku terhadap para noble/bangsawan Muslim. Kecuali dalam keadaan tertentu atau mendapat hak keistimewaan dari pemimpin Crusader yang mendapat arahan terus dari Paus.




--> Dalam tradisi Arab sendiri, seorang Raja pantang membunuh sesama Raja. Hal itu yang diterapkan Saladin ketika dia tidak membunuh Guy of Lusignan, Raja dari Kerajaan Latin di Jerusalem ketika berjaya memenangi pertempuran Hattin.

Saladin pernah melanggar etika dan hukum perang Islam yg selalu dia junjung tinggi ketika dia menghapuskan semua tawanan Ksatria Templar dan Hospitaller ketika dia memenangi pertempuran Hattin. Sementara Richard The Lion Heart juga pernah melanggar kod etika Chivalry serta etika Noble-nya ketika dia menghapuskan 2000 tentera Saladin yang ditawan di depan gerbang Acre/Akko.

Kalau selama ini kita mendengar bahawa Saladin itu komandan yg cemerlang, maka salah satu panglima mamluk iaitu Baybar adalah komandan yang garang. Tidak kalah garangnya dalam soal bunuh-membunuh seperti Crusaders. Kalau Crusaders dibawah pimpinan Richard pernah menghukum mati seluruh tawanan muslim di Aacre, pasukan Baybar juga membunuh semua orang kristian di Acre, termasuk pendeta dan perempuan. bahkan dia mengirim surat kepada komandan crusaders untuk menceritakan secara terperinci pembunuhannya di dalam surat itu.

Semasa pengepungan kota Acre, Baybars menggunakan siege weaponnya selain sebagai senjata penghancur berat jarak jauh, juga sebagai senjata psikologi dan biologi. Senjata katapel-nya tidak hanya melontarkan batu ke arah kota, tapi juga mayat pasukan musuh, tawanan anak-anak yang masih hidup serta bangkai binatang spt kuda, unta dll. Di abad pertengahan hal itu kerap disebut sbg ‘humor pasukan artileri’. Namun Baybars melakukannya lebih intensif dan mengerikan.

Akibat ramai pemuda pada masa itu terkena penyakit Wahn (cinta dunia dan takut mati). Maka Saladin lantas mengasaskan sebuah festival yang diberi nama peringatan Maulid Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Tujuannya untuk menumbuhkan dan membangkitkan semangat perjuangan. Di festival ini dikaji habis-habisan sirah Nabawiyah (sejarah nabi) dan Atsar (perkataan) sahabat, terutama yang berkaitan dengan nilai-nilai jihad. Festival ini berlangsung dua bulan berturut-turut. Hasilnya luar biasa. Banyak pemuda Muslim yang mendaftar untuk berjihad membebaskan Palestina. Mereka pun siap mengikuti pendidikan ketenteraan.




No comments:

Post a Comment