Sunday, March 17, 2013

Semangat Juang Tentera Hoplit Yunani




“Hartaku yang bernilai ialah tombak dan pedangku dan taming kulit yang halus, dengan ini aku menyemai, dengan ini aku menuai, dengan ini aku menginjak-injak anggur menjadi arak yang manis. Dan dengan ini aku dipanggil sebagai basilus [raja]. Kepada siapa yang tidak berani menyanggupi tombak dan pedang dan taming...mereka semua akan melutut dalam ketakutan dan menghormati aku, memanggilku sebagai basilus.”



Perisai Hoplit Yunani Kuno


Pembangunan ketenteraan semasa Zaman Kuno meminda terus skala dan alam peperangan Yunani dan memperkenalkan askar infantri jenis baru yang dipanggil hoplit. Walaupun beberapa peralatan hoplit menyerupai zaman sebelumnya, banyak penambahbaikan telah dibuat dan dalam beberapa hal suatu alat ketenteraan baru dicipta sepenuhnya.

Askar-askar hoplit memakai perisai pelindung diperbuat daripada gangsa atau besi yang merupakan bahan baru di Yunani pada zaman itu. Besi mendapat tempatnya di Yunani sekitar Zaman Kuno; Homer mempunyai pengetahuan tentangnya dan menyebutnya dalam beberapa peristiwa, walaupun kebanyakan rujukannya kepada besi dalam ketenteraan sebenarnya merujuk kepada gangsa.


Perisai


Askar hoplit membawa perisai yang  dipanggil hoplon iaitu asal-usul nama hoplit itu sendiri. Ia sangat  berbeza dengan perisai Meisinia yang tinggi dan berpetak. Perisai  baru itu berbentuk bulat, cekung seperti mangkuk, garis pusat sekira-kira tiga kaki dan lebih kurang seinci tebal.

Perisai  ini biasanya diperbuat daripada kayu ditutupi dengan helaian gangsa atau besi yang diukir hias. Berat perisai tersebut  adalah lebih kurang 7 kg. Demi membolehkan askar membawanya dengan mudah di medan, dua pencengkam pasang, satu daripadanya diikat pada lengan bawah dan satu lagi dipegang dengan tangan.

Perisai dipegang pada tangan kiri, membenarkan askar hoplit melindungi bahagian kirinya sementara tangan kanannya bebas menyerang dengan pedang.


Perisai dada


Seterusnya ialah perisai dada di mana sekurang-kurangnya pada Zaman Kuno dipanggil katuk genta dan seberat antara 14 hingga 18 kg. Perisai dada yang lebih bergaya, seperti perisai dada berotot,  dibangunkan kemudian.


Rawan



Rawan dipakai untuk melindungi bahagian betis bermula dari lutut hingga pergelangan kaki, yang tidak dilindungi oleh perisai  atau perisai dada.


Baida


Akhir sekali adalah baida. Walaupun terdapat banyak jenis baida Yunani, yang paling terkenal adalah baida Korin. Ia jauh berbeza daripada pelindung kepala yang digunakan orang-orang Meisinia dan sama seperti barangan lain ia mungkin telah dipinjam daripada tamadun luar; mungkin berasal dari Assiria.

Baida ini seberat 1 kg dan menutupi kebanyakan kepala dan tengkuk. Ia memberikan sebanyak mungkin  perlindungan tetapi terdapat hanya sedikit bukaan kecil untuk mata, hidung dan mulut, bermakna penglihatan sisi hampir tidak wujud dan pendengaran juga amat sukar.

Baida ini sangat tidak selesa; hanya ada sedikit atau tidak ada langsung pelapik untuk melembutkan pukulan ke kepala malah haba serta kekurangan aliran udara kerap kali tidak tertanggung.

Pada bahagian atas baida terdapat rambu bulu kuda direka bentuk agar askar hoplit kelihatan lebih tinggi dan menggerunkan lawan, untuk menyediakan sekadar-kadar perlindungan dari anak-anak panah dan lain-lain senjata terlancar dari bahagian atas dan juga untuk menepis pukulan dari pedang atau tombak.


Tombak & Pedang


Sebermula Zaman Kuno, orang-orang Yunani mula membuat senjata daripada besi berbanding gangsa. Hoplit Yunani menggunakan dua senjata: tombak dan pedang.

Tombak biasanya lebih penting dan digunakan untuk menikam lawan dan bukannya merejam. Ia berukuran di antara enam hingga sembilan kaki panjang dan kira-kira setebal satu inci garis pusat dan seberat 1.5 kg. Batangnya dibuat daripada kayu manakala kepala tombak dan pinggulnya daripada besi.

Askar hoplit juga membawa pedang pengelar lebar dan pendek, juga daripada besi.

Tertib Falank: Strategi  Peperangan Hoplit


Disamping mencipta senjata baru dan perisai baru, askar goplit juga menggunakan strategi peperangan yang baru.

Falank merupakan formasi  tempur jenis baru , dibangunkan untuk mengambil sepenuh kesempatan daripada teknologi ketenteraan yang dibincangkan sebelum ini dan sesuai untuk askar-askar yang menghadap ke depan serta kekurangan upaya untuk bergerak ke sisi.


Gambar di atas menunjukkan hoplit dalam tertib falank. Tapi tombak yang digunakan ialah sarissa; tombak panjang 20 kaki dengan 3-4 lapisan mata sebarisan, meluas di zaman Makedonia, Alexander Agung. Awal zaman kuno panjang tombak hanyalah sekitar 9 kaki sahaja, tapi konsepnya masih sama.


Falank merupakan formasi yang panjang berpetak terdiri daripada askar-askar dihimpun rapat, harfiahnya dari bahu ke bahu. Lazimnya falank adalah sedalam-dalam lapan orang, namun terdapat juga beberapa kelainan.

Dengan memegang taming di lengan kiri, seorang askar hoplit akan dilindungi bahagian kanannya oleh taming jirannya dan lebih rapat jiran itu maka lebih baik.

Setiap askar hoplit tentunya tidak dapat melihat sangat di kiri atau kanan dan dia tidak dapat mendengar dengan baik memandangkan baidanya tidak mempunyai lubang telinga; justeru itu dia akan bergantung penuh kepada rakan juang lain untuk membantu melindungi dirinya.



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Open Cbox