-->
Adolf Hitler tubuhkan divisyen tentera Islam
Satu pendedahan yang agak menggemparkan muncul
baru-baru ini apabila Institut Kajian Aero dan Angkasa Malaysia (IKAM) menemui
fakta-fakta menarik di sebalik kajian IKAM terhadap data sejarah Operasi
Divisyen Hanzar!
Pendedahan itu menimbulkan kekeliruan mengenai
siapakah sebenarnya Adolf Hitler? Dalam banyak catatan sejarah, tidak ada yang
positif bagi menggambarkan pemimpin Jerman semasa Perang Dunia Kedua ini. Bukan
sahaja negatif malah namanya masih dicaci sehingga hari ini kerana tragedi
holocaust. Jutaan orang Yahudi mati dipercayai kononnya angkara perintah
Hitler.
Bagaimanapun, sesuatu yang menghairankan
sebaliknya terjadi. Hitler didapati masih mempunyai nilai toleransi yang tinggi
dengan membenarkan penubuhan beberapa divisyen tentera beragama Islam di dalam
kem atau menjadi sebahagian daripada bala tentera nazi Jerman.
Menurut Jeneral Leon Degrelle, seorang
komander divisyen Waften SS (askar rakyat) Jerman, ada tiga divisyen Waffen SS
yang 90 peratus anggotanya beragama Islam. Jumlah anggota dalam ketiga-tiga
divisyen ini pula berjumlah 60,000 orang.
Antara tiga divisyen tentera beragama Islam
Waffen SS ini, divisyen tentera paling terkenal adalah Divisyen ke-13 Waffen SS
Hanzar. Divisyen ini beroperasi di Balkan dengan 90 peratus anggotanya
berbangsa Albania, Bosnia dan Croatia yang beragama Islam. Bakinya orang Croat
beragama Kristian Katolik yang berjumlah 21,000 orang.
Operasi Divisyen Hanzar mendapat perhatian
IKAM kerana ia sesuatu yang sangat unik dan menakjubkan. Operasi tentera udara
sukarela Croatia berjaya menembak jatuh hampir 300 kapal terbang tentera udara
Rusia (komunis) sedangkan kapal terbang mereka yang dimusnahkan tentera udara
Rusia kurang daripada 10 pesawat ketika Perang Dunia Kedua tercetus di Balkan.
Hanzar adalah perkataan Arab, Bosnia dan
Croatia yang bermaksud parang. Parang hanzar ini dipilih sebagai nama rasmi dan
juga simbol bagi Divisyen ke-13 Waffen SS.
Pakaian rasmi Divisyen Hanzar pula sama
seperti pakaian rasmi Waffen SS yang lain. Cuma bezanya, anggota tentera
Divisyen Hanzar memakai tarbus. Dari segi persenjataan, anggota pasukan ini
juga dilengkapkan dengan senjata seperti anggota Waffen SS lain.
Namun IKAM mendapati apa yang lebih menarik
ialah terdapat seorang tokoh Islam yang mampu menjalinkan hubungan baik dengan
Hitler. Dia turut berperanan sebagai pemimpin Divisyen Hanzar.
Beliau ialah Mufti Besar Baitulmaqdis, Haji
Amin Al Husseini. Beliau ialah pemimpin yang berpengaruh di Wilayah Arab
terutama di kalangan pemimpin Arab Palestin.
Sepanjang Perang Dunia Kedua itu, Amin Al
Husseini menetap di Jerman bagi menentukan pembentukan koordinasi antara
fahaman Nazi dan polisi Arab sehingga membawa kepada pembentukan Divisyen
Hanzar pada Februari 1943.
Divisyen Hanzar dihantar mengikuti latihan
ketenteraan di Perancis sebaik sahaja penubuhannya. Ia mula beroperasi di
Balkan pada Februari 1944. Divisyen ini beroperasi dengan jayanya menentang
gerila komunis Partisan pimpinan Josip Broz Tito dan juga tentera Rusia.
Walaupun jawatan Muftinya dilantik oleh
kerajaan British yang ketika itu menjajah Palestin, namun Amin Al Husseini
merupakan seorang yang sangat membela Islam. Beliau juga bertanggungjawab
menyekat kemaraan dan kemasukan beramai-ramai Yahudi ke Eropah setelah kaum itu
gagal di sekat memasuki wilayah Palestin.
Generasi sekarang hanya mengenali Hitler namun
ketokohan Amin Husseini sebagai pejuang Islam pada Perang Dunia Kedua sangat
jarang diketahui. Malah beliau seorang yang banyak berjasa menggerakkan
kebangkitan orang Islam selepas kekalahan kerajaan Uthmaniah (Ottoman) di
Palestin diikuti Mesir dan Iraq.
Malah beliau merupakan mentor perjuangan
kepada pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Allahyarham Yassier
Arafat dan ketua pemimpin dan pejuang Islam yang lain.
Walaupun ada laman web yang memburuk-burukkan
nama Amin Al Husseini kerana dituduh terlibat dalam pembunuhan orang Kristian
di Balkan namun paparan gambar sepanjang hayat beliau jelas menunjukkan tokoh
ini mampu menerokai hubungan antarabangsa yang cukup luar biasa terutama
berjaya menjalinkan satu hubungan dengan Hitler.
Presiden IKAM, Norul Ridzuan Zakaria berkata,
adalah satu isu yang sangat menarik apabila Hitler memberikan persetujuan untuk
menubuhkan Divisyen Hanzar dan toleransinya terhadap kegiatan anggota divisyen
berkenaan yang majoritinya terdiri daripada orang Islam.
Sebelum ini begitu banyak
fakta menjelaskan bahawa Hitler adalah seorang diktator yang kejam dan tidak
bertoleransi terhadap keagamaan, apa tah lagi Islam, katanya
dalam satu rencana yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.
Menurut Norul Ridzuan, setiap batalion atau
rejimen dalam Divisyen Hanzar akan dilengkapi seorang imam dan seorang guru
agama yang bertugas untuk memastikan setiap anggota divisyen ini terus
mengekalkan cara hidup sebagai muslim.
Di samping itu, divisyen ini
kerap menerima kunjungan Mufti Baitulmaqdis Imam Amin Al-Husseini yang
melengkapkan pengisian rohani anggota divisyen ini, katanya.
Sebagaimana fakta sejarah merekodkan kekalahan
tentera-tentera Nazi dalam Perang Dunia Kedua itu, begitu juga nasib yang
diterima oleh tentera Divisyen Hanzar yang terpaksa menyerah diri pada Mei 1945
apabila pasukan tentera Jerman berundur dari Balkan. Lebih malang lagi kesemua
mereka kemudian dibunuh oleh diktator Tito yang disokong oleh British dan
Rusia.
Mungkin satu semakan semula sejarah Hitler perlu
dibuat. Ini kerana hubungan baik Hitler dan Amin Al Husseini tentunya tidak
terhad atas kepentingan politik dan mengembangkan pengaruh masing-masing.
Pasti masih ada sesuatu yang telah
disembunyikan daripada pengetahuan umum di sebalik Hitler yang sering
diburukkan dengan holocaustnya itu. Benarkah beliau sekejam itu?
Persoalan ini ditimbulkan oleh Pesiden Iran,
Ahmadinejad baru-baru ini mengenai sejauh mana kebenaran holocaust. Ujar
pemimpin itu, jika benar ia wujud maka itu sepatutnya menjadi dosa orang
Eropah.
Tetapi mengapa rakyat Palestin
dan umat Islam yang terpaksa menanggungnya. Namun, kita meyakini Barat
sebenarnya telah berjaya diperalatkan oleh Yahudi untuk menghancurkan negara
Islam demi kelangsungan rejim dan puak Israel, katanya.
No comments:
Post a Comment