Thursday, March 14, 2013

Harimau Malaya Sebenar



PENIPUAN SEJARAH : GENERAL YAMASHITA BUKAN HARIMAU MALAYA

Untuk Pengetahuan semua populasi orang Jepun di Malaya  kira2 100 tahun dulu lebih tinggi dari orang India.Malah orang Jepun dikatakan lebih Melayu dari orang Melayu.. kalau tidak disebabkan  perang berkemungkinan dorang  jadi bangsa kedua terbesar di Malaysia selepas Melayu.

General Yamashita hanya datang ke Malaya untuk buat onar sahaja, dia bukan hebat sangat pun... yang paling hebat ialah  Tani Yutaka




Beliau dilahirkan di Terengganu pada 1910, merupakan anak lelaki dari satu keluarga Jepun yang berniaga kedai runcit di Hulu Terengganu.. Beliau  suka berbaju melayu dan bersongkok mcm orang2 Melayu.

Beliau bersama-sama ibubapanya  membuka kedai runcit secara kecil-kecilan. Kedai runcit warisan keluarga Yutaka tersebut masih lagi terpelihara sehingga terpaksa dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan setelah Malaysia memperoleh kemerdekaan. Bersama-sama bangsa cina, keluarga Tani Yutaka dianggap golongan minoriti di Terengganu. Bangsa Melayu masih lagi mendominasi dari segi populasi di sini. Namun, keluarga Tani Yutaka yang pandai berbahasa Melayu dengan loghat Terengganu dapat menyesuaikan diri dengan situasi sebegitu.





Tani Yutaka sendiri menggemari adab dan pemakaian orang Melayu. Beliau tidak malu untuk bersongkok dan bersamping sedangkan hakikatnya beliau berbangsa Jepun. Oleh sebab itu, teman-teman Tani Yutaka lebih ramai berbangsa Melayu berbanding bangsa-bangsa lain. Ia kemudian menjadi faktor penyebab mengapa Tani Yutaka berjuang bersama-sama bangsa Melayu untuk menumpaskan British di Malaya semasa era Perang Dunia Kedua.


Gambar di atas merupakan bekas rumahnya di Terengganu masih ada lagi padasekitar penghujung tahun 1940'an.. Rumah papan mcm rumah orang melayu lain.


Dilamar Fujiwara Kikan

Fujiwara Kikan atau lebih dikenali dengan F Kikan mula menghubungi  Tani Yutaka pada usianya mencecah 19 tahun. Semenjak itu 
Tani Yutaka  mula berkhidmat dengan F Kikan secara rahsia.

F Kikan,sebuah agensi risikan yang ditubuhkan pada tahun 1941 di Thailand dan diketuai oleh Major Fujiwara Iwaichi. F Kikan ditubuhkan untuk memujuk gerakan kemerdekaan di India,Indochina dan  Malaya untuk berkerjasama dengan pihak Jepun.

Di  Malaya , F Kikan telah berjaya memujuk beberapa orang sultan seperti Sultan Kedah untuk memihak kepada Jepun.

                                                            Major Fujiwara Iwaichi

F Kikan pernah mengarahkan unitnya untuk menyelamatkan kerabat diraja Sultan Kedah termasuklah Sultan Abdul Hamid dan Tunku Abdul Rahman daripada diapa-apakan oleh tentera Jepun. F Kikan juga pernah menghubungi Ibrahim Yaakob bagi berkerjasama dengan Jepun menentang British di Malaya. 

Ibrahim Yaakob adalah pemimpin utama parti Kesatuan Melayu Muda atau lebih dikenali KMM. KMM adalah antara beberapa organisasi yang berkerjasama dengan Jepun untuk menumpaskan British bagi menjadikan Malaya sebuah negara yang merdeka. Ibrahim telah dilantik oleh Jepun untuk menjadi Leftenan Kolonel kepada pasukan militia anti-British,Giyuugan

KMM dan Giyuugan kemudian diharamkan British selepas kuasa penjajah ini kembali memerintah Malaya setelah Jepun menyerah kalah pada 1945. Ibrahim bertindak ke Jakarta bersama keluarganya dan menukar nama kepada Iskandar Kamel.



Tragedi Oktober 

Dalam tahun 1930-an apabila  Jepun menakluk Manchuria, orang cina bangun menentang Jepun yang berada diluar negara.  Adik perempuan kepada 
Tani Yutaka (dua dari kanan) telah dirogol dan dibunuh oleh orang2 Cina di Terengganu.



Ditambah dukanya lagi apabila pelaku2  perbuatan tersebut telah dibebaskan oleh mahkamah Brittish.

Kemarahannya memuncak sehingga tujuan asalnya untuk menumpaskan British telah terarah juga kepada bangsa Cina di Malaya. Bermula pada tahun 1933,  bersama-sama rakannya (kebanyakkan orang Melayu) yang bersimpati dengan nasib yang menimpanya,  Tani Yutaka telah membalas dendam dengan membakar kedai milik orang cina dan tidak terkecuali juga milik orang-orang British. Nama Tani Yutaka mula ditakuti dan disegani oleh orang cina dan British. Gerakan memburunya telah dilakukan namun tidak berhasil. 

Siapa sangka budak Jepun muke baik sopan santun yg masuk Melayu ni jadi gangster yang amat ditakuti cina dan British pada tahun 1930-an to 1940-an


 Malaria


Disebabkan terlalu terdedah dengan hutan belantara, 
Tani Yutaka telah dijangkiti demam Malaria yang kemudiannya menjadi penyebab kepada kematiannya. Beliau meninggal dunia pada usia yang masih bergitu muda iaitu dalam lingkungan 32 tahun. Beliau meninggal dunia di Singapura pada 1942. Namun, terdapat sumber mengatakan beliau meninggal dunia di Johor sebelum dibawa ke Singapura untuk dikebumikan di tanah perkuburan khas bagi imigran Jepun.
               




Lagenda

Nama beliau tidak berapa dikenali di Malaya tetapi di Jepun beliau amat dihormati di Jepun sehinggakan kerajaan Jepun telah mengenang jasa beliau dengan menerbitkan sebuah filem khas untuk beliau pada tahun 1943. Filem tersebut  bertajuk Marai No Tora yang bermaksud 'Harimau Malaya'. Wataknya dipegang oleh Koji Nakata seorang palakon terkenal Jepun pada tahun 1930-an.






Yang menariknya mengenai filem ini adalah semua pelakon dalam filem ini berbangsa Jepun tetapi mereka semua berpakaian Melayu seperti baju melayu dan baju kurung. Watak  
Tani Yutaka  digambarkan  memakai songkok dan berbaju melayu serta menyanyikan lagu warisan bangsa Melayu iaitu lagu ‘Rasa Sayang’.

Ini adalah petikan daripada filem tersebut :
-->



Kaitan Dengan Yakuza



"Yamada Gang" dalam cerita Young & Dangerous V dikatakan berasal daripada nama  Yamada & Co. iaitu nama kedai 
Tani Yutaka di Terengganu.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Open Cbox