Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dalam bulan ini kita dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370. Kepada sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut berkenaan kisah ini boleh baca artikel dibawah yang dipetik dari blog Dramaraja.blogspot.
Saya amat terkejut apabila artikel saya yang ditulis semalam telah mencapai hits yang sangat tinggi. Saya akui, artikel tersebut telahpun sampai ke tangan banyak pihak termasuk pihak berkuasa, MAS, dan juga media antarabangsa. Saya tidak tahu jika ada antara mereka bakal mengulas kembali artikel ini.
Namun saya telah diberitahu oleh seseorang yang bekerja untuk sebuah agensi, bahawa 90% daripada yang saya nukilkan dalam artikel itu adalah tepat. Saya hanya terlepas satu point utama iaitu "Benda berharga di Nusantara" dan disitulah jawapan yang saya akan temui lantas mendapat jawapan, 3 buah negara yang sedang berunding sehingga sekarang.
Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran dakwaannya. Kerana, ketika saya menulis artikel tersebut semalam, saya tidak mengharapkan ia tepat, sebaliknya saya mengharapkan agar lebih ramai orang membuka mata melihat dengan lebih jelas apa sebenarnya yang sedang berlaku. Saya jangkakan, orang yang menghubungi saya itu adalah seorang ejen bagi agensinya untuk mengorek asal muasal saya sahaja. Namun, berdasarkan kata-kata yang disampaikannya, saya menemui beberapa buah klu dan klu tersebut ada dalam spekulasi awal yang pernah saya postkan di facebook saya satu masa dahulu.